BLACKPINK dilaporkan akan meninggalkan YG Entertainment untuk memilih label anak syarikat THE BLACK LABEL.
Menurut KpopHerald ( subdivisi K-Pop outlet media The Korea Herald ), BLACKPINK akan meninggalkan YG Entertainment dan menukar label pengurusan mereka menjadi THE BLACK LABEL, yang merupakan syarikat bersekutu di bawah YG Entertainment.
[Exclusive] @BLACKPINK will change their agency to YG affiliate @THEBLACKLABEL, founded by Teddy, according to our sources. The industry insider added that the discussions over changing the girls' management have been made since early this year. #BLACKPINK #블랙핑크 pic.twitter.com/dVup3zPfTC
— KpopHerald (@Kpop_Herald) December 30, 2022
BLACK LABEL dulu merupakan anak syarikat YG Entertainment, yang bermaksud bahawa YG Entertainment menguasai lebih dari 50 peratus BLACK LABEL. Namun, sejak November 2020, THE BLACK LABEL telah menjadi syarikat bersekutu di bawah YG Entertainment. Syarikat bersekutu bermaksud syarikat induk ( YG Entertainment ) mengawal antara 20-50 peratus syarikat.
Seorang pegawai YG Entertainment telah memberitahu KpopHerald bahawa mereka tidak dapat mengesahkan berita itu, tetapi anggota BLACKPINK masih mempunyai masa yang tersisa dalam kontrak mereka.
“Saya tidak dapat mengesahkan berita itu, tetapi kontrak kami dengan ahli belum berakhir. Sukar untuk mengesahkan sama ada mereka akan menandatangani kontrak dengan The Black Label atau tidak setelah kontrak mereka berakhir.”
—YG Entertainment
Baca Juga: “Artis-Artis Ini Tidak Patut Digantung”- KBS Dikecam K-Netizen Kerana Tindakan Yang Tidak Adil
Baca Juga: Peminat Tak Henti-Henti Memuji Interaksi Comel SNSD Yoona Dan BTS V