Home Entertainment Jejaka Berbaju Melayu Di Korea. Jom Saksikan Runway In Seoul Hanya Di...

Jejaka Berbaju Melayu Di Korea. Jom Saksikan Runway In Seoul Hanya Di Viu

0

Blimey youtuber yang terdiri daripada Dasol dan Jade, adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Rasanya satu Malaysia dah kenal dengan Blimey yang kerap membuat  kandungan video tentang Malaysia.

Pasti ramai antara korang yang masih ingat lagu cover “Bukan Cinta Biasa” mereka bersama Han Byul.

Jangan tak tahu mereka juga telah mendapat sokongan Pelancongan Malaysia sebagai pengiktirafan kepada mereka yang kerap mempromosikan budaya Malaysia di Korea.

1166077403 2Untuk Runway In Seoul , Blimey telah berkolaborasi bersama dua pelakon kacak dari Malaysia, Meerqeen dan Nadhir. Berbekalkan Baju Melayu, mereka berdua telah ke Seoul untuk mempromosikan pakaian tradisi melayu kepada rakyat Korea.

daebaking.co Jejaka Berbaju Melayu Di Korea  Namun jangan ingat ianya semudah itu , kerana di setiap episod Meerqeen dan Nadhir akan diberikan tugasan dan cabaran yang berbeza oleh Blimey untuk diselesaikan.

Antara tugasan yang diberikan, mereka perlu memakai Baju Melayu dan mencari orang Korea yang mengenali baju kebangsaan yang dipakai oleh mereka. 

daebaking.co Jejaka Berbaju Melayu Di Korea 2Bukan sekadar menyelesaikan tugasan yang diberikan, Meerqeen dan Nadhir juga tidak lupa untuk memperkenalkan dan menerangkan sedikit sebanyak kepada orang ramai di Korea tentang Baju Melayu yang dipakai mereka.

daebaking.co Jejaka Berbaju Melayu Di Korea 3Terasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jangan tak tahu nampak bendera Malaysia pun dah bangga di sana.
daebaking.co Jejaka Berbaju Melayu Di Korea 3
Itulah yang terjadi apabila mereka terlihat seorang gadis Korea yang memakai jaket dengan logo bendera Malaysia. Siapakah gadis Korea itu? Kenapa dia memakai jaket dengan logo bendera Malaysia? Klip video gadis ini bersama Meerqeen dan Nadhir juga pernah viral di Tik Tok Viu Malaysia.

@viu.malaysia

✅sembang dengan ‘Gadis’ Korea cakap bahasa Malaysia #RunwayInSeoul #SeoulSearching #NewonViu #ExclusiveonViu #Meerqeen #fyp #Nadhir #Korea

♬ original sound – Viu Malaysia – Viu Malaysia

Telatah mereka berdua dalam menghadapi cabaran untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan pasti mencuit hati anda. Jom tengok apa lagi tugasan lain yang diberikan kepada mereka.

Jangan lupa langgan pakej premium Viu untuk menonton Runway In Seoul tanpa gangguan iklan. Apa lagi jom layan Runway In Seoul di aplikasi Viu sekarang.