Home News Lindsay Clansy Cekik Mati Anak-Anaknya Akibat Postpartum Anxiety

Lindsay Clansy Cekik Mati Anak-Anaknya Akibat Postpartum Anxiety

0

Dunia dikejutkan dengan berita menyayat hati seorang ibu muda berusia 32 tahun dari Amerika Syarikat iaitu Lindsay Clancy yang juga merupakan seorang bidan di wad bersalin telah mencekik sehingga mati anak-anak kandungnya sendiri.

Lindsay Clancy sebelum ini aktif menceritakan pengalaman dan perjalanan hidupnya yang menghidap penyakit postpartum anxiety atau lebih dikenali sebagai penyakit meroyan dikalangan masyarakat kita.

0FD845E6 ADDF 46D0 A4CD F7C659563983

Meroyan adalah sejenis kemurungan klinikal yang menjejaskan wanita selepas kelahiran anak. Antara faktor utama meroyan adalah tidak cukup rehat, kurang tidur, pertukaran hormon dalam tubuh wanita sebaik sahaja melahirkan anak, dan pelbagai faktor lain termasuklah faktor genetik dan sejarah perubatan.

Lindsay Clancy dan suaminya Patrick Clancy memang sudah maklum dan mereka telah membuat persiapan bagi menghadapi penyakit meroyan yang dihidapi Lindsay.

Lindsay menjalani rawatan terapi tanpa gagal namun nasib malang tetap mengejar wanita itu apabila akhirnya anak-anak kesayangan mati di tangannya sendiri.

BAA7DA0D 570A 44D4 8ED4 FB0C96C02D6A

Siapa sangka seorang bidan atau jururawat bilik bersalin sendiri tidak mampu mengatasi masalah depresi meroyan, penyakit ini sukar dielak. Lindsay Clancy mendapat sokongan moral yang kuat dari suaminya, dilaporkan Patrick Clancy melakukan kerja dari rumah bagi menemani isterinya yang menderita penyakit meroyan sejak melahirkan anak mereka yang ke tiga.

Kejadian malang itu berlaku apabila Patrick keluar untuk mengambil makanan yang dipesan di luar. Bapa kepada tiga orang anak itu keluar hanya 25 minit sahaja, dalam tempoh 25 minit itu tidak dijangka Lindsay Clancy hilang kewarasan lantas mencekik sampai mati dua anaknya manakala bayi mereka yang berusia 8 bulan berjaya diselamatkan pada waktu itu.

3174A01B E224 429B 9FC2 34CE5C1054DF

Bayi malang itu dilaporkan meninggal dunia selepas 3 hari dicekik oleh ibunya. Dua mangsa lain ialah Cora yang berusia 5 tahun dan Dawson yang baru sahaja berusia 3 tahun. Selepas mencekik ketiga-tiga anaknya, Lindsay Clancy bertindak terjun keluar tingkap dipercayai percubaan untuk membunuh diri.

Lindsay Walau Bagaimanapun terselamat setelah terjun dari tingkat dua rumahnya. Pihak polis masih merahsiakan keadaan Lindsay dan hanya menyatakan bahawa Lindsay kini dibawah pemantauan pihak hospital dan dalam masa yang sama berada dibawah tahanan polis.

Patrick Clancy telah mengeluarkan kenyataan dan meminta semua orang memaafkan isterinya. Dia telah memaafkan isterinya dan dia sedar apa yang dilakukan adalah diluar kawalan isterinya.

Dia memohon orang ramai supaya berhenti mencemuh dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Lindsay kerana dia benar-benar faham akan situasi yang dilalui oleh isterinya itu.

“Kejutan dan kesakitan itu tidak terhenti-henti dan amat menyakitkan,” tulis Patrick Clancy dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui GoFundMe bagi pihak keluarga. Tambah Patrick, “Walaupun kekurangan rehat dan tidur yang sedikit sahaja, saya sentiasa teringatkan mereka dan kerap bermimpi tentang mereka. Cora, Dawson, dan Callan adalah intipati hidup saya dan jiwa saya hilang sepenuhnya tanpa mereka.”

Baca Lagi: “The Black Label Mula Mengganas!!”- Park Bo Gum Disahkan Bersama Syarikat Ini

Baca Juga: “Neymar Dengan Lisa!?”- Gambar Mereka Berdua Telah Mengejutkan Netizen