ANKUR ARORA MURDER CASE adalah sebuah filem diterbitkan oleh Dhanraj Films & ASA Productions & Enterprises Limited, ia mengfokuskan tentang drama “Kecuaian Perubatan” pertama Bollywood yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar.
Terdapat banyak kes di mana pesakit terpaksa meninggal dunia kerana kecuaian doktor seperti yang ditunjukkan dalam filem ini dan disini pengarah Suhail Tatari menyindir doktor tersebut melalui salah satu kes dimana pembunuhan yang boleh dielakkan dilaksanakan oleh seorang doktor yang menganggap dirinya sebagai Tuhan.
Ya bagi sesetengah masyarakat, mereka menganggap Doktor yang menyelamatkan jiwa manusia adalah Tuhan tetapi perbuatan itu membawa kita ke aspek lain dari penyelamat hidup ini.
Objektif kes ini dijadikan diilhamkan dalam sebuah filem tidak lain kerana ingin membuka mata masyarakat dan pihak berwajib agar kes sedemikian tidak seharusnya dipandang remeh dan ingin mewujudkan satu panduan menangani isu sosial dalam kecuaian bidang perubatan.
- Kematian & penderitaan akibat Kecuaian Perubatan adalah satu jenayah dan penjenayah tidak boleh terlepas daripada hukuman
- Kematian di Teater Operasi kerana kecuaian adalah Pembunuhan yang jelas
- Bukan sahaja orang miskin, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa Kecuaian Perubatan baik yang kaya, terkenal atau berkuasa. Mereka mungkin adalah seseorang yang tinggal berdekatan atau ia juga boleh berlaku kepada diri kita dan keluarga kita sendiri!
Seperti dalam kes Ankur Arora ini, kanak-kanak malang itu disahkan mengalami sakit perut ringan yang kemudiannya menjadi mangsa ketamakan dan kecuaian salah seorang pakar bedah terkenal Dr Asthana (lakonan Kay Kay Menon).
Puncanya bermula apabila Ankur Arora yang sepatutnya berpuasa sebelum masuk ke bilik pembedahan telah memakan beberapa keping biskut tetapi tanpa menjalani pemeriksaan susulan sebelum pembedahan, doktor meneruskan juga pembedahannya.
Persoalannya, adakah bahaya menjalani pembedahan pada perut yang tidak kosong?
Jawapannya, YA IA BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA PESAKIT.
Bahaya yang paling biasa untuk mempunyai makanan di dalam perut semasa pembedahan adalah aspirasi (apabila makanan di dalam perut dimuntahkan semasa pesakit tidak sedarkan diri dan lumpuh akibat anestetik). Ia kemudiannya memasuki paip angin dan memasuki paru-paru menyebabkan sesak nafas yang boleh menyebabkan radang paru-paru atau kematian.
Adakah ia boleh dikaitkan dengan kecuaian perubatan apabila doktor mengetahui bahawa perut tidak kosong dan masih menjalani pembedahan?
Menurut seorang Pentadbir Hospital, sekiranya doktor mengetahui keadaan pesakit dan tidak membatalkan pembedahan maka ia dianggap cuai di pihak doktor. Mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab doktor untuk bertanya kepada pesakit bahawa mereka telah makan apa-apa, sama ada mereka mengalami sebarang alahan dan kebanyakan pembedahan dibatalkan atas sebab ini.
Berbalik kepada ulasan filem Ankur Arora Murder Case (2013) ini, bayangkanlah seorang ibu harus menyaksikan anak kecilnya dibawa ke bilik pembedahan namun setelah itu anaknya tidak pernah kembali lagi.
Dr Asthana (Lakonan Kay Kay Menon), merupakan seorang pakar bedah yang terkenal disebuah hospital bertaraf 7 bintang. Dia dianggap sebagai seorang doktor yang sangat sombong dan angkuh kerana kredibiliti dan namanya yang dikenali.
Bagaimanapun ramai doktor pelatih yang mengagumi kredibilitinya dan ingin menjadikan Dr Asthana sebagai model dan teladan untuk menjadi doktor yang berjaya kelak.
Namun, kerana satu kecuaian Dr Asthana sehingga meragut nyawa seorang anak kecil, dia sanggup memutar belit kenyataan laporan perubatan anak kecil itu bagi menutup kesalahannya.
Bukan itu sahaja, dia juga dengan bangganya memberitahu doktor-doktor praktikal yang “Perubatan bukan tentang kesembuhan dan menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjana pendapatan! Siapa yang akan bayar bil hospital kalau tiada yang mampu membayarnya?? Sudah tentu orang kaya kan!!” Dia malah menyamakan dirinya seperti TUHAN dengan berkata, “I AM A GOD!”.
Begitulah kata-katanya yang penuh dengan keangkuhan dan tidak berasa bersalah langsung!
Filem yang selayaknya ditonton apatah lagi ia berdasarkan dari peristiwa sebenar. Penuh emosi, sedih, pilu, menyayat hati!
Terutama babak diantara si ibu dan anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa lagi dan babak-babak dimana salah seorang doktor junior mendapati ada kejanggalan dengan laporan perubatan Dr.Asthana.
Babak-babak yang penuh drama di dalam mahkamah juga menjadi tarikan kepada filem ini.
Kisah ini juga memberi pengajaran kepada semua insan yang berada di bidang perubatan bahawa mereka wajib dan mesti bersikap jujur dalam setiap tindakan kerana ia melibatkan nyawa manusia.
Apapun, cukup mengagumkan dan rasa hormat sangat kepada doktor intern dalam filem ini yang tidak “menegakkan benang yang basah” sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan kerjayanya mereka, semua demi kebenaran.
Baca Lagi: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat
Baca Juga: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri