Pelakon Kim Jung Hyun, yang telah digantung seketika kerana kontroversi kehidupan peribadinya, akan meneruskan kerjaya lakonannya dengan drama baharu MBC TV Jumaat-Sabtu “Kokdu: Season of Deity” yang boleh juga di tonton di Viu
Kim Jung Hyun yang hadir pada sidang akhbar drama ‘Kokdu: Season of Deity’ yang diadakan di MBC Golden Mouth Hall di Sangam-dong, Mapo-gu, Seoul pada hari Jumaat (27 Januari), menyatakan cita-citanya untuk “bekerja lebih keras dengan yang hati yang baru.”
Kim Jung Hyun disyaki menolak hubungan fizikal dengan rakan seperjuangannya Seohyun dalam drama percintaan “Time” (2018) kerana permintaan bekas kekasihnya Seo Ye Ji, dan lakonannya dalam drama itu diberhentikan di tengah-tengah drama tersebut.
Kim Jung Hyun meluahkan perasaannya tentang kembali ke drama itu dan berkata, “Saya berterima kasih kepada MBC kerana menghubungi saya semasa saya sedang memunasabah diri,” sambil menambah, “Saya secara peribadi melihat kembali pelbagai peristiwa yang telah berlaku. Saya belajar banyak daripada masa lalu dan saya sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.”
Sinopsis
“Kokdu: Season of Deity” ialah drama percintaan fantasi yang mengisahkan tentang Kokdu malaikat maut yang turun ke dunia setiap 99 tahun dan merasuk tubuh manusia yang mirip seperti dia.
Dilema bermula apabila dia bertemu Han Gye Jeol, seorang doktor yang malang dan mempunyai susuk serta wajah yang sama seperti wanita dari masa silamnya.
Kim Jung Hyun memainkan watak Kokdu, yang menyebabkan kemurkaan pencipta. Im Soo Hyang memainkan watak sebagai pasangan romatik Kokdu, Han Gye Jeol.
Apabila kali pertama bertemu, Kokdu adalah orang pertama dalam hidupnya yang memihak kepadanya. Kehidupan harian mereka berdua berubah semenjak dari itu.
Ketika ditanya mengenai chemistry lakonannya dengan Kim Jung-hyun, Im Soo-hyang berkata, “Saya berkata dengannya yang saya mahu memenangi Anugerah Pasangan Terbaik,” sambil menambah, “Chemistry antara keduanya (Kokdu dan Gye Jeol) adalah penting dan Jung Hyun berlakon dengan baik sekali.”
Baca lagi: 3 Filem Menarik Bulan Ini Di Viu, Ada Filem Aksi, Komedi Untuk Anda
Baca lagi: Bila Bos Baru Rupanya Ex Boyfriend. Drama terbaru Mantan Tapi Menikah
Drama ini menampilkan Kim Dasom sebagai Tae Jung-won, penolong profesor gastroenterologi yang cantik dan mahir, An Woo Yeon sebagai Han Cheol, seorang detektif cerdik yang mengikuti Kokdu, dan Kim In-kwon sebagai Ok-shin, menjadikan cerita ini lebih pelbagai.
Penerbit Baek Soo-chan, yang bertanggungjawab mengarah, berkata, “‘Kokdu: Season of Deity’ adalah kisah dongeng untuk orang dewasa,” sambil menambah, “Seronok untuk ditonton sambil meneka sama ada ia akan menjadi kisah dongeng yang kejam atau kisah dongeng yang menyentuh hati.”
Apa lagi jom layan drama terbaru ‘Kokdu: Season of Deity’ di Viu Malaysia. Anda juga boleh download aplikasi Viu Malaysia di telefon anda.