N!xau Toma ialah seorang petani dan pelakon Namibia yang terkenal dengan filem tahun 1980 “The Gods Must Be Crazy” dimana dia membawakan watak Kalahari Bushman Xixo. Masyarakat Namibia turut menggelarnya sebagai “Pelakon Paling Terkenal di Namibia”.
Selain The Gods Must Be Crazy, N!xau Toma turut membintangi siri sekuel: The Gods Must Be Crazy II, Crazy Safari, Crazy Hong Kong dan The Gods Must Be Funny di China.
“The Gods Must Be Crazy” merupakan sebuah filem komedi 1980 yang ditulis, diterbitkan, disunting dan diarahkan oleh Jamie Uys. Ditayangkan di Afrika Selatan pada 10 September 1980 oleh Ster-Kinekor dan berjaya memecahkan beberapa rekod box office di negara itu, menjadikan ia filem Afrika Selatan yang paling berjaya yang pernah dihasilkan pada masa itu.
Di sebalik kejayaan filem itu, ia tidak lari daripada menjadi bahan kritikan apabila dilaporkan telah mencetuskan kontroversi yang hebat kerana filem itu menggambarkan stereotaip kaum dan kejahilan terhadap diskriminasi serta apartheid di Afrika Selatan.
Namun kebanyakan kanak-kanak yang berumur pada tahun 1990-an pastinya masih mengingati dan menikmati aksi serta lakonan bersahaja N!xau Toma yang menghiburkan dan membuat kita kering gusi.
Nama N!xau Toma mula dikenali melalui filem tersebut sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa tetapi sedihnya N!xau Toma digelar sebagai “selebriti paling miskin” kerana hanya menerima bayaran lakonan pertamanya sebanyak USD300 ketika itu walaupun filem itu ternyata pecah panggung dan mendapat kutipan box office sebanyak USD60 Juta.
Yang mengejutkan lagi, duit bayaran pertamanya itu dibiarkan terbang ditiup oleh angin dek kerana N!xau Toma begitu naif serta tidak tahu nilai wang, kemampuan mengiranya pula tidak lebih daripada angka 20. Dia berasal dari budaya dan masyarakat yang tidak menghargai perkara material disebabkan itulah mereka tiada pendedahan serta kemahiran pengurusan wang.
Beberapa tahun setelah itu, N!xau Toma mendapat tawaran untuk membintangi sekuel kedua “The God’s Must be Crazy II (1989)” dan kali ini N!xau tidak lagi naif seperti sebelumnya. Dia meminta bayaran lebih besar dan berjaya berunding mendapatkan bayaran hampir $500,000 untuk penampilannya dalam sekuel itu.
Dengan bayaran itu, dia menggunakan ia untuk memperbaiki kehidupan miskin keluarganya yang terdiri daripada 6 orang anaknya dan tiga orang istrinya, supaya mereka dalat hidup lebih selesa.
Dari rumah beratap daun, tiada saluran paip air dan bekalan elektrik, akhirnya N!xon dapat membina rumah dari bata, kemudahan bekalan air dan elektrik. Dia juga membeli sebuah kereta terpakai dan mengupah seorang pemandu bagi memudahkan urusan hariannya.
Sebelum N!xon bersara dalam dunia lakonan, dia sempat membintangi filem terakhir bertajuk “Sekai Ururun Taizaiki (1996)”. Setelah itu, dia kembali ke Namibia, tempat asalnya bersama dengan suku San sebuah suku terasing di Namibia dan Afrika Selatan. Di sana, dia mula mengusahakan jagung, labu dan kacang serta memelihara beberapa ekor lembu.
Dia dilaporkan menderita batuk kering semasa hidupnya, dan pada 5 Julai 2003, pegawai Namibia yang berpangkalan di kawasan terpencil Kalahari di mana N!xau tinggal, mengesahkan kematiannya ketika keluar untuk memburu ayam guinea walaupun punca sebenar kematiannya tidak diketahui.
Dia dikebumikan pada 12 Julai 2003 dalam upacara separuh tradisional di Tsumkwe, bersebelahan kubur isteri keduanya. Ketika itu umurnya dianggarkan antara 58-59 tahun.
Baca Lagi: Diane Keaton Tidak Pernah Berkahwin, Kini Mula Terbuka Hati
Baca Juga: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat