Filem-filem yang disenaraikan di bawah ini akan mengajak kita berfikir, menyelusuri kegelapan, dan membawa kita kepada kejutan sewaktu plot twist yang tidak terduga dihidangkan!
Jika anda menyukai filem yang mampu memacu adrenalin, anda sememangnya perlu memasukkan genre filem thriller ini ke dalam senarai tontonan anda. Bukan sahaja memacu adrenalin, filem-filem thriller juga akan mengajak kita berfikir dengan lebih mendalam secara psikologi dan menikmati plot twist di hujung cerita.
Jika sudah bosan menonton filem genre drama dan melankolik, sesekali mungkin boleh mencuba untuk menonton filem bergenre thriller. Walaupun filem thriller tiada penampakan hantu atau makhluk aneh seperti dalam filem-filem seram, filem-filem thriller juga turut sama cengkamannya pada emosi dan perasaan. Rasa berdebar-debar dan sering terfikir jalan cerita seterusnya memang kadang-kadang boleh membuatkan para penonton berasa sesak dada!
Berikut merupakan antara filem thriller terbaik yang wajib ditonton:
1.) Zodiac (2007)
Filem yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tentang kes pembunuhan bersiri di San Fransisco yang terjadi dalam tetapan waktu 1960-1970an. Kes pembunuhan tersebut merupakan sejarah hitam pihak polis sehinggakan filem ini dihasilkan.
Pembunuh sebenar masih misteri sehingga ke hari ini. Zodiac berkisar tentang pembunuh dengan modus operandi mengirimkan surat berisi rahsia-rahsia serta menceritakan kekejaman pembunuhannya ke media massa.
Pengarah filem ini adalah David Fincher yang terkenal dengan karya-karya thrillernya telah dianggap berjaya menggarap filem ini dengan cukup baik sekali. Tambahan pula lakonan Jake Gyllenhaal, Robert Downey, Jr, dan Mark Ruffalo yang membuat jalan cerita menjadi sangat hidup.
2.) Shutter Island (2010)
Shutter Island adalah salah sebuah karya terbaik dari pengarah Martin Scorsese. Cerita ini diadaptasi dari sebuah novel berjudul yang sama yang ditulis oleh Dennis Lehane. Filem ini mengisahkan tentang dua rakan anggota federal US Marshall yang ditugaskan untuk memeriksa kes hilangnya salah seorang pesakit di hospital mental di sebuah pulau terpencil.
Lakonan mantap Leonardo DiCaprio dan Mark Ruffalo pasti membuatkan para penonton terpukau. Para penonton akan tertanya-tanya sepanjang penceritaan filem ini. Pasti Sering tertanya-tanya mana satu realiti dan dan mana yang merupakan fantasi, tambahan pula ending filem ini amat mengejutkan.
3.) Gone Girl (2014)
Ben Affleck dan Rosamund Pike bergandingan dengan baik sekali dalam filem garapan pengarah David Fincher ini. David Fincher dibantu oleh Gillian Flynn mengadaptasi cerita dari novel berjudul sama yang ditulis oleh Flynn sendiri. Gone Girl adalah kisah tentang seorang isteri yang tiba-tiba menghilang dan mengejutkan semua orang. Kehilangannya menyebabkan suaminya berada dalam kesusahan.
Pada saat pengakhiran ceritanya tidak disangka-sangka satu kejutan diberikan. Para penonton dijamin akan sangat terhibur dengan cerita yang berbalut dengan drama perkahwinan yang sungguh merumitkan. Emosi para penonton akan terbuai naik-turun dan banyak persoalan berselirat dan bermaian dalam kepala para penonton.
4.) The Girl On The Train (2016)
Emily Blunt mendapat banyak pujian dan anugerah untuk lakonannya dalam filem ini. Pelakon itu membawa watak sebagai Rachel Watson iaitu seorang wanita kaki botol yang mempunyai memori-memori delusif tentang beberapa kejadian dalam hidupnya selama beberapa waktu kebelakangnya. Filem ini jadi bertambah hebat kerana para penonton pasti tertanya-tanya sebenarnya apa yang dilakukan oleh Rachel Watson.
Pengarah filem ini iaitu Tate Taylor menyusun jalan cerita dengan sangat rapi. Walau alur penceritaan dibuat dalam bentuk maju-mundur namun para penonton tetap boleh memahaminya dengan mudah. Rugi jika tidak memasukkan filem ini dalam senarai wajib tonton.
5.) Get Out (2017)
Jordan Peele mengarah filem ini yang sebahagian besar dilakonkan oleh pelakon kulit hitam ini dengan sangat cemerlang. Idea cerita yang sangat misteri ini memang akan membuatkan para penonton terpaku dan bertahan sampai akhir. Film ini menceritakan tentang sepasang kekasih yang berkunjung ke rumah orang tua sang si gadis.
Satu demi satu keanehan terjadi di sana. Mengancam nyawa si jejaka dan amat mengerikan. Peele menciptakan jalan cerita yang cepat (fast pace) namun sangat teliti. Get Out mendapat respon luar biasa pada waktu filem ini dilancarkan pada tahun 2017. Tontonan wajib buat anda semua penggemar filem thriller.
6.) A Quiet Place (2018)
Bagi yang pernah menonton filem ini pasti setuju jika dikatakan filem ini turut sama membuatkan kita sama-sama terdiam dan tegang sepanjang filem ini berjalan. Rasanya hampir sama seperti mengalami apa yang dihadapi oleh para pelakon dalam filem tersebut. A Quiet Place menceritakan tentang makhluk yang menyerang manusia pada waktu mereka mengeluarkan suara. Sangat tegang!!
John Krasinski mendapat pujian berganda atas ketelitiannya mengarah filem ini. Bukan hanya itu, Krasinski juga sama-sama berlakon dalam filem ini bersama isterinya Emily Blunt. Filem ini juga sudah memiliki sekuel keduanya, A Quiet Place: Part II.
Baca Lagi: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video
Baca Juga: 10 Drama Siri Sci-fi Terbaik Di Netflix