Jeon Do Yeon ialah seorang pelakon Korea Selatan berusia 50 tahun dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 11 Februari 1973.
Dia membuat penampilan sulungnya dalam siri drama televisyen 1992 “Our Paradise,” dan seterusnya dalam filem “The Contact.” Dia telah merangkul anugerah bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Cannes dan Anugerah Skrin Asia Pasifik untuk peranannya dalam filem 2007 “Secret Sunshine” karya terbarunya termasuk “Hip Daddy” (2020) dan “Beasts Clawing at Straws” ( 2020).
Selain filem-filem diatas, Jeon Do Yeon turut membintangi banyak filem dan drama lain seperti Emergency Declaration, Memories Of The Sword, Lovers In Prague, The Good Wife dan banyak lagi lain.
Terbaru, selepas membintangi kdrama bertajuk Crash Course In Romance, Jeon Do Yeon kembali menghangatkan skrin layar filem apabila dia membintangi sebuah filem bergenre Aksi Thriler “KILL BOKSOON” watak berganda sebagai Gil Bok Soon seorang wanita pembunuh upahan dan juga sebagai Ibu kepada anak remajanya yang masih bersekolah.
Filem hebat ini turut dibintangi oleh Esom, Hwang Jung Min, Koo Kyo Hwan, Sol Kyung Gu, Kim Si A dan Lee Yeon.
Watak Bok Soon dalam filem ini digambarkan seperti Keanu Reeves dalam John Wick yang harus menjalani kehidupan dalam pengkhianatan dan pertumpahan darah, seorang yang berhati kering. Dia ialah pembunuh upahan terkenal dengan kadar kejayaan 100%.
Bok Soon mula berkecimpung dalam dunia jenayah ketika usianya 17 tahun dan ketika itu dia telah melakukan pembunuhan pertamanya.
Bok Soon telah menyertai MK Ent, sebuah organisasi rahsia yang dijalankan oleh Cha Min Kyu (Sol Kyung-gu) dan saudaranya Cha Min Hee (Esom). Sejak itu, MK telah menjadi satu organisasi perniagaan pembunuh upahan yang digeruni kerana memiliki pembunuh upahan yang tiada tandingannya.
Turut ada, Koo Kyo Hwan sebagai Han Hee Seong seorang pembunuh upahan Kelas A yang tidak diiktiraf atas sebab tertentu, akan menyemarakkan cerita ini dengan hubungannya bersama Gil Bok Soon.
Walaupun membunuh adalah misi utama perniagaan mereka, MK mempunyai peraturan dimana mereka tidak akan menerima upah yang melibatkan pembunuhan kanak-kanak.
Selain dikenali dengan kehebatannya sebagai pembunuh upahan dia juga bijak menyembunyikan profesion kejamnya daripada anak perempuannya yang masih remaja.
Dirumah, dia adalah ibu tunggal kepada anak perempuan remaja yang bergelut dengan konflik keibubapaan. Sebelum memperbaharui kontraknya dengan MK, dia memutuskan untuk meninggalkan dunia pembunuh upahan supaya dia boleh lebih dekat dengan anak perempuannya yang jelas menyembunyikan sesuatu.
Namun, persaraannya dalam dunia kejam itu bukanlah pengakhiran kerjayanya apabila bekas majikannya mula menggunakkan taktik kotor cuba untuk menghapuskan Bok Soon kerana menganggap Bok Soon adalah ancaman bagi MK.
Aksi-aksi lawan Boksoon kelihatannya sangat mengagumkan dimana anda boleh melihat salah satu babak trailernya Boksoon dengan mudah menumpaskan samseng yakuza Jepun hanya dengan menggunakan kelicikan serta keberaniannya.
Walaupun kita bakal dapat menyaksikan kehebatan Boksoon dalam filem ini, tumpuan lain yang harus diberikan adalah watak yang dibawa sebagai anak remajanya Jae-young (Kim Si-a).
Jae-young digambarkan sebagai anak gadis yang bermasalah dan mempunyai isunya sendiri di sekolah apabila Jae-young sendiri melakukan keganasan terhadap rakan sekolahnya.
Kill Boksoon yang telah ditayangkan pada tayangan Perdana Berlinale dalam Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-73 baharu ini akan menemui kita di platform striming Netflix pada 31 Mac 2023 ini.
Baca Lagi: 10 Filem Korea Pilihan di Viu Malaysia
Baca Juga: Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton