Home Entertainment 10 Filem Terbaik Seram Klasik Makhluk Mengerikan

10 Filem Terbaik Seram Klasik Makhluk Mengerikan

0

Dengar sahaja genre seram dan thriller pastinya dalam benak fikiran kita hanya tertumpu kepada kisah-kisah hantu, roh gentayangan, kuntilanak, drakula, pembunuh bersiri bertopeng dan raksasa atau makhluk mengerikan.

98EABEEA 3AC3 435C AB7C 60C4CA08794D

Nah, terdapat juga filem-filem seram klasik lama membawa tema raksasa atau makhluk jijik terbaik pada zamannya yang kebanyakkan dari kita tidak tahu atau terlepas pandang.
Filem-filem ini telah meninggalkan jejak mereka dan menunjukkan bahawa raksasa atau makhluk bukan setakat membawa kesan seram serta mengerikan, ia juga menyingkap ketakutan dalaman kita yang paling gelap dan sifat kemanusiaan kita.

11A6FEFF B85B 4A19 9D19 6F3800A9BAB2

Jika anda adalah peminat genre sedemikian, maka senarai-senarai berikut patut mendapat perhatian anda.

1. PAN’S LABYRINTH (2006)

39276FA5 8739 4961 AFA6 D332AB67F63B

Pan’s Labyrinth ialah mitos moden berlatarbelakangkan ketika Perang Saudara Sepanyol pada tahun 1930-an. Filem ini akan membuatkan anda mempersoalkan siapakah raksasa sebenar. Adakah mereka makhluk yang Ofelia (Ivana Baquero) temui di dalam hutan di luar rumahnya, seperti Faun atau The Pale Man? Atau adakah itu manusia sendiri seperti bapa tirinya yang mencetuskan Perang Saudara?

2. GREMLINS (1984-1990)

140BEEC7 7B63 47D3 AAC5 5A7F1516BD36

Mogwai dalam filem ’80-an ini mungkin kelihatan comel tetapi itu adalah sebahagian daripada strategi mereka. Billy (Zach Galligan) menerima mogwai sebagai hadiah Krismas daripada bapanya, yang berpendapat makhluk eksotik itu boleh menjadi haiwan peliharaan yang baik. Tidak lama kemudian, sekumpulan raksasa nakal dan ganas datang ke bumi mengancam untuk mengambil alih seluruh bandarnya.

3. CHANNEL ZERO: CANDLE COVE (2016)

3FB1403D 7663 4260 8656 2AC653756329

Rancangan TV kanak-kanak biasanya merupakan hiburan yang sihat, boleh dinikmati oleh seisi keluarga, tetapi ahli psikologi kanak-kanak Mike Painter berpendapat terdapat satu rancangan khususnya “Candle Cove” yang mungkin tidak begitu sesuai.
Tiada siapa yang mengingati rancangan tahun 1980-an kecuali Mike, dan dia mempunyai syak wasangka yang semakin meningkat bahawa dia mungkin memainkan peranan dalam siri peristiwa mimpi ngeri dari zaman kanak-kanaknya, termasuk kehilangan saudara kembarnya pada musim panas 1988.
Season pertama yang berjudul ‘Candle Cove’ dibuka dengan episode pertama, ‘You Have to Go Inside’, dimana Mike Painter (Paul Schneider), seorang psikolog anak, tampil di sebuah program bual bicara di televisyen. Dalam program itu dia menerima panggilan telepon dari seorang pemanggil misteri yang menanyakan mengapa dirinya takut untuk pulang ke kampung halamannya.
Adegan berganti dengan Mike terbangun dari mimpi buruk, kemudian ia memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya. Tiba di kampung halamannya, ternyata dia tidak hanya disambut oleh ibunya Marla Painter (Fiona Shaw), namun dia juga kembali dihantui oleh penunggu misteri yang telah lama menunggunya kembali.

4. SLITHER (2006)

28A33470 550F 4C37 BB39 8D5F58762A97

Slither ialah kisah seram klasik tentang pencerobohan makhluk asing menyerupai cacing parasit yang jatuh ke bumi dan menyerang masyaratnya di sebuah bandar. Diarahkan dan ditulis oleh James Gunn, yang sememangnya terkenal dengan karya sains fiksyen. Walaupun filem ini tidak mendapat tempat yang hebat di box office, Slither adalah salah satu ciri makhluk terhebat yang pernah ditayangkan di skrin besar.


5. THE THING (1982)

2F59B7DD 91B3 46AD AE9D E2A53A9A3F76

The Thing menyajikan dunia seram sinematik yang mempamerkan penerokaan, paranoia, kekeliruan dan klaustrofobia. Mengisahkan sepasukan penyelidik Amerika yang ditempatkan di Antartika bertembung dengan sekumpulan saintis Norway yang bertekad untuk membunuh seekor anjing yang melarikan diri ketika berlindung di pangkalan penyelidikan Amerika.
Situasi mula berubah bertukar menjadi medan perang apabila mereka menyedari sesuatu yang lebih menakutkan, lebih kejam bakal menunggu mereka disana. Mereka telah menemukan organisma pembunuh yang berubah bentuk dengan keupayaan untuk menyerap hos dan memodelkan ciri-cirinya mengikut mangsa terbarunya.

 

6. TRICK ‘r TREAT (2007)

A831DE20 1CD7 45B9 9A2D B7FE7FB80D00

Filem ini merupakan sebuah filem seram komedi antologi Amerika yang ditulis dan diarahkan oleh Micheal Dougherty dibintangi oleh Dylan Baker, Rochelle Aytes, Anna Paquin dan Brian Cox.
Mengisahkan 4 kisah seram berlatarbelakangkan Halloween dimana watak sama itu muncul dalam setiap cerita dan apabila salah satu watak lain melanggar tradisi Halloween, maka mereka akan bertemu dengan mimpi nyata paling mengerikan.

7. BABADOOK (2014)

462D238D DC1F 430E 9DFD 69C566930FA5

Bagaimana jika watak sastera dalam buku kegemaran anda yang menakutkan boleh merangkak keluar dari halaman buku dan memasuki kehidupan sebenar? Pasangan ibu dan anak dalam filem ini mengetahui apabila Babadook yang digeruni, watak dari buku bergambar, mula menghantui rumah mereka. Plot filem ini bukan hanya berfokuskan kepada ketakutan sahaja, ia juga mengenai impak yang melanda mereka yang sentiasa dilanda kesedihan dan trauma yang tiada kesudahan sehingga ketakutan itu sendiri memakan jiwa mereka.

8. SPECIES (1995)

122B04AA 9EC1 43B7 BBB1 C4EF5A41971BBerlatarbelakangkan tahun 1993, sekumpulan ilmuwan dihantar ke planet lain untuk mencari sebarang kemungkinan hidupan yang hidup di planet lain.
Di planet lain, mereka menemukan sejenis hidupan dan mengambil sampel untuk ujikaji DNA dan dari hasil ujikaji itu para saintis menggabungkan DNA tersebut dengan DNA manusia.
Maka terciptalah seorang manusia campuran makhluk asing yang diberi nama Sil (lakonan Natasha Henstridge). Tetapi Sil berjaya melarikan diri dari pusat makmal dan cuba mencari mangsa/pasangan untuk melakukan persyawaan bagi mendapatkan zuriat dari keturunannya.


9. PUMPKINHEAD (1988)

80A2BF2C A027 4619 AD00 D6D419788B37

Jika anda peminat genre seram klasik sains fiksyen pasti kenal dengan lagenda yang dikenali sebagai “master special make-up effects” dan rekaan makhluknya yang sangat “mind-blowing” dan mengagumkan.
Stan Winston (1946-2008) adalah satu nama dalam dunia perfileman dan karya-karya serammya yang cukup terkenal dengan pelbagai filem seram sains fiksyen seperti Terminator (1984-2009), Aliens (1986), Predator (1987), Leviathan (1989), Predator 2 (1990) dan Jurassic Park (1993).
Salah satu karyanya yang selayaknya ditonton dan tidak patut dilupakan adalah PUMPKINHEAD (1988). Mengisahkan satu legenda masyarakat tempatan Pumpkinhead yang kisahnya diceritakan dari turun temuram di sebuah perkampungan terpencil di Amerika. Dalam legenda ini, Pumpkinhead digambarkan sebagai iblis yang boleh dibangkitkan oleh manusia untuk melakukan kejahatan dan membalas dendam kepada orang-orang yang berbuat jahat.


10. THE SPINTER (2008)

962348BA C3E9 41DD AA1E F441C671F360

Splinter (2008) adalah sebuah movie tentang parasit berduri yang berjangkit, tumbuh dalam badan manusia serta binatang dan seterusnya mengubah mereka menjadi seperti Zombie versi Landak yang berduri-duri!
Babak-babak yang memaparkan “survival scenes” pun cukup mencemaskan! Bagaimana mereka dapat melepaskan diri dari cengkaman makhluk-makhluk selumbar itu?
Baca Lagi: Kisah Benar Menyeramkan Di Sebalik Filem Orphan
Baca Juga: Gonjiam Haunted Asylum Tempat Paling Menakutkan Di Korea
Jadi, apakah pendapat anda tentang 10 senarai yang disebutkan diatas? Pasti ada yang belum ditonton lagi kan?