Home Entertainment 7 Pelakon Korea Tampil Berkulit Gelap Demi Watak

7 Pelakon Korea Tampil Berkulit Gelap Demi Watak

0
Ketika menerima tawaran untuk membawa watak dalam sesuatu projek, beberapa pelakon akan mengubah penampilan supaya bersesuaian dengan karakter yang bakal dimainkan.
Perubahan warna kulit kerap dilakukan sama ada dengan cara dengan menambahkan makeup, atau dilakukan secara semula jadi oleh para pelakon.
Sebelum ini drama siri popular KBS iaitu Oasis (2022) yang menonjolkan dua watak utama dengan penampilan berkulit tanned (sawo matang) berjaya mengejutkan ramai peminat Kdrama.
Selain Kdrama Oasis, ada beberapa drama siri Korea Selatan yang lain telah menampilkan watak utama dengan gaya ketrampilan berkulit gelap.

1. Jang Dong Yoon

3925D27C 25A7 4F7D BEEC D6E6F22E9B16

Hantaran mengenai drama siri Oasis yang dikongsikan KBS melalui akaun rasmi Instagramnya dibanjiri reaksi terkejut daripada kalangan peminat Jang Dong Yoon. Walaupun ini bukan pertama kali pemegang watak Lee Doo Hak itu terlihat sangat berbeza dari wajah dan bentuk badan asalnya.
Kdrama Oasis berlatarkan era 80-an dan 90-an. Lee Doo Hak dalam Kdrama Oasis digambarkan sebagai seorang pemuda yang bijak dan berasal dari sebuah keluarga miskin. Sebelum berlakon dalam drama siri Oasis, pelakon kacak ini juga pernah mengubah penampilannya menjadi berkulit tan dalam siri drama Search (2020) dan filem Project Wolf Hunting (2022).

2. Choo Young Woo
CF16C76D A092 417A 9944 4C5D8E405740

Seperti Jang Dong Yoon, watak Choi Chul Woong yang dibawa oleh Choo Young Woo dalam Kdrama Oasis juga perlu tampil dengan kulit lebih gelap dari asalnya. Karakter Chul Woong digambarkan sebagai saingan Lee Doo Hak yang mencintai seorang wanita yang sama.

E21DF26E C504 4459 A36A EA768F925A53

Projek ini adalah projek pertama bagi Choo Young Woo yang memerlukannya tampil dengan kulit tan (sawo matang) demi watak. Dalam drama ini, dia bergandingan dengan pelakon wanita terkenal iaitu Seol In Ah yang lebih tua 3 tahun darinya. Sebelum drama Oasis, dia juga pernah terlibat dengan kisah cinta tiga segi dalam siri drama Police University (2021).

3. Song Joong Ki
ECE2D51B 11DF 4F36 99D4 3E7E1813F0AD

Pelakon fenomenal Korea, Song Joong Ki telah beberapa kali mengubah warna kulit ke arah lebih gelap atau tan demi sebuah watak yang perlu dilakonkan. Drama Arthdal Chronicles (2019) mengubahnya menjadi watak yang bernama Eun Seom yang hidup dalam dunia fantasi.
Tidak hanya berkulit “tanned” tetapi juga cara pemakaian kostum khas zaman kuno yang dikenakan Song Joong Ki waktu itu turut menjadi bualan ramai. Sebelum itu, suami Katy Louise Saunders itu juga telah memberi persembahan terbaik dalam beberapa projek seperti The Battleship Island (2017) dan A Werewolf Boy (2012).

4. Na In Woo
F798E3F6 0742 4E41 A61D 6A119580974C

Na In Woo memang bukan pilihan pertama yang dipilih oleh pengarah Yoon Sang Ho, namun pelakon ini ternyata boleh menggantikan kehebatan pelakon Ji Soo hingga tampil hampir sama. Pemegang watak On Dal dalam River Where the Moon Rises (2021) itu benar-benar berjaya memikat hati para penonton.
Tidak hairanlah jika wajahnya ditata menjadi lebih gelap dari kebanyakan orang Korea dan kostum yang dia kenakan juga khas untuk era kerajaan Goguryeo. Disebalik penampilannya yang kusam itu, On Dal sebenarnya merupakan anak kepada mendiang jeneral suku Sunno yang tumpas kerana pernah membantu sang ratu.

5. Steven Noh
759674C2 0E0A 4F0A AE29 DDDAD33CD030

Populariti Steven Noh melambung apabila dia membintangi Kdrama Pachinko (2022) bersama Lee Min Ho dan Kim Min Ha. Berbeza dengan pesona kulit cerahnya dalam drama tersebut, pemilik nama asal Noh Sang Hyun itu membuat kejutan dalam Kdrama Curtain Call (2022).
Dalam Curtain Call, pemegang watak Ri Moon Sung tersebut berjaya memukau penonton dengan pesona garangnya. Wataknya digambarkan seperti seorang bad boy kerana dia menjadi penyeludup yang berasal dari Korea Utara sekaligus juga merupakan mafia dadah.

6. Choi Tae Joon
C6062AD1 CD5B 4687 8A89 223BB26F6E66

Walaupun hanya sebagai seorang cameo, lakonan Choi Tae Joon sangat berkesan sebagai Chan Hee dan mendapat pujian positif dari peminat-peminatnya. Chan Hee adalah saudara kepada pendeta Johan (Cha Eun Woo) yang telah lama menghilang dan baru bertemu kembali apabila mereka sudah sama-sama meningkat dewasa.
Selama bertahun-tahun, Chan Hee melakukan kerja-kerja berat dan membantu para nelayan. Kulitnya yang putih sewaktu kecil berubah menjadi lebih gelap, rambutnya juga kusut masai. Dia juga turut dirasuki oleh makhluk jahat dalam drama siri Island (2022).

7. Lee Do Hyun
D23157DC E1F9 45F5 A379 F28B953C8A4D

Lee Do Hyun dalam drama siri Sweet Home (2020) tidak hanya mengubah penampilannya menjadi lelaki berkacamata. Dia juga mengubah kulitnya menjadi tan untuk pertama kalinya sejak debut pada tahun 2017.
Dalam drama Sweet Home musim pertama, Lee Do Hyun membawa watak sebagai Lee Eun Hyuk yang merupakan seorang pelajar perubatan yang membantu penghuni apartement Green Home melawan makhluk aneh. Selain itu, dia juga merupakan abang kepada watak Lee Eun Yoo (Go Min Si).
Tujuh orang pelakon lelaki drama Korea yang tersenarai di atas telah mengubah penampilannya untuk berkulit lebih tanned atas tuntutan watak yang diberikan kepada mereka. Walaupun sangat berbeza dengan penampilan sebenar mereka tetapi pesona mereka tetap terpancar dan lakonan mereka tetap luar biasa!
Baca Lagi: 10 Filem Terbaik Seram Klasik Makhluk Mengerikan
Baca Juga: Duty After School Kdrama Terbaru Kisah Pelajar Sekolah Menentang Alien