Tidak lengkap rasanya sesebuah drama siri atau filem tanpa kehadiran watak-watak antagonis yang menyakitkan hati dan membuatkan para penonton merasa tidak senang. Walau bagaimanapun tidak semua cerita yang dihasilkan memerlukan watak antagonis bergantung kepada jalan cerita, genre dan lakon layar yang ditetapkan.
Kebiasaanya drama siri dari Korea Selatan pasti menonjolkan watak-watak antagonis yang berjaya membuat para penonton geram, walaupun geram, setiap minggu pasti para penonton tidak sabar untuk mengetahui apakah nasib watak antagonis yang dibenci oleh mereka.
Watak-watak antagonis juga berjaya ditonjolkan mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap orang kesayangan mereka. Walaupun mereka kejam terhadap orang lain, mereka tetap menjaga hati pujaan hati mereka tanpa gagal! Walau jahat tapi romantik. Pelik bukan?
Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dan Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) merupakan dua karakter antagonis dalam drama siri The Glory. Walaupun kelakuan mereka sangat kejam dan mencalar emosi penonton, kedua-duanya turut mempunyai sisi romantik dan kedua-duanya saling menyayangi pula. Tidak padan dengan perangai kejam, masih sempat juga menunjukkan sisi berkasih sayang!
Baca Lagi: 11 Kdrama Saeguk Tiada Kaitan Dengan Politik dan Skandal Istana
Bukan sahaja watak antagonis dalam The Glory yang kini kerap disebut-sebut, terdapat beberapa watak antagonis dalam pelbagai drama drama siri lain yang digambarkan sangat menyayangi pujaan hati dan buah hati mereka. Contohnya, senarai karakter berikut yang telah kami kumpulkan ini. Jom kita sama-sama baca siapakah watak-watak yang dimaksudkan:
1. Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) menolak untuk berpisah dengan suaminya kerana terlanjur jatuh hati dalam The Glory (2022-2023)
2. Terlalu menyayangi buah hatinya sejak zaman sekolah menengah, Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) dalam drama siri The Glory sanggup berbohong tentang alibi Park Yeon Jin pada hari kematian Yoon So Hee (Lee So E)
3. Gwi (Lee Soo Hyuk) berusaha mengubah gadis yang dicintainya menjadi vampire seperti dirinya supaya mereka boleh terus bersama-sama selamanya dalam The Scholar Who Walks the Night (2015)
4. Walaupun kejahatannya membabitkan duit, sikap penyayang Eugene Han (Yoo Teo) kepada watak utama dalam Money Game (2020) berjaya mencuri perhatian!
5. Sangat penyayang, Park Jae Sang (Uhm Ki Joon) dalam Little Women (2022) sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk isterinya yang tercinta, dia bahkan sanggup mati demi isterinya!
6. Hyun Ju Hee (Ok Ja Yeon) dibutakan dengan cinta terhadap suaminya sehingga turut terlibat dalam kejahatan dalam Big Mouth (2022)
7. Madam Lim (Shim So Young) terpikat dan tidak boleh melupakan Wang Tao Zi (Lee Je Hoon) yang menyamar dalam Taxi Driver musim 1 & 2 (2021-2023)
8. Dama drama siri Somebody (2022), Sung Yun Oh (Kim Young Kwang) adalah pembunuh bersiri yang sangat menyayangi buah hatinya yang merupakan seorang sosiopat.
9. Walaupun dia merupakan seorang pembuli yang paling menyakitkan hati, Jang Geun Won (Ahn Bo Hyun) hanya setia dan mahukan seorang gadis sahaja sejak zaman sekolah lagi dalam Itaewon Class (2020)
Sikap penyayang dan romantik kepada pujaan hati masing-masing tidak membuatkan setiap watak di atas dimaafkan atas kejahatan yang telah mereka lakukan. Lagi pula sebahagian besar daripada watak-watak ini tidak mahu berubah dan bertaubat dan malahan menjadi lebih jahat setelah cinta mereka gagal dan kecundang.
Baca Juga: Pembekal Dadah Bintang ‘Hellbound’ Yoo Ah In Telah Ditangkap