Home Entertainment 9 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton

9 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton

0

Berikut merupakan 9 filem dari Korea Selatan berdasarkan kisah benar yang wajib berada disenarai tontonan anda!

1. SILENCED (2011)

5BC86CA5 4B70 4191 BB80 CAA18FF582E6

Kang In Ho (Gong Yoo) merupakan seorang guru di sekolah kanak-kanak cacat pendengaran. Kang In Ho mendapat tahu bahawa terdapat kanak-kanak malang di sekolah tersebut telah menjadi mangsa dera secara seksual oleh kakitangan di sekolah tersebut.

Kang In Ho akhirnya mengambil tindakan sendiri untuk melindungi kanak-kanak tersebut dan berusaha untuk mendedahkan skandal memandangkan semua yang terbabit di sekolah itu hanya mendiamkan diri sahaja.

Filem ini dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu Mi, Kim Hyun Soo dan ramai lagi.

Filem ini berdasarkan novel “The Crucible” yang mendedahkan peristiwa sebenar yang berlaku di Gwangju InHwa School for Deaf pada awal 2000-an. Penayangan filem itu telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara, yang akhirnya membawa kepada pengukuhan hukuman baharu yang lebih ketat terhadap salahlaku penderaan seksual kanak-kanak di Korea.

2. THE LAST PRINCESS (2016)

4C380D20 AD26 4042 8EEC 809F8B12024F

Selepas kematian Raja Joseon, seorang puteri Korea terakhir yang merupakan satu-satu waris Raja Joseon (lakonan Son Ye Jin) telah dibawa ke Jepun sebagai tebusan. Ketika itu, Korea sedang dijajah oleh Jepun. Sebagai waris keturunan raja yang ada, Puteri tersebut harus bergelut untuk mencari jalan pulang dan membantu Korea mendapatkan semula kemerdekaannya.

Dibintangi oleh Son Ye Jin, Hae Il Park, Kim So Hyun, Kim Jae Wook dan ramai lagi.

Filem ini adalah berdasarkan novel “Princess DeokHye” oleh karya Kwon BiYoung. Filem ini merangkumi kisah kehidupan puteri terakhir empayar Korea dan Pemerintahan penjajah Jepun pada 1910-1945, selain itu ia juga diselitkan beberapa babak berunsurkan fiksyen bagi memberi impak dan kesan cerita yang lebih dramatik.

3. HOPE (2013)

C58380EA 8657 482A AE53 3564D49651FC

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol dengan kejam oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam perjalanan ke sekolah. Selepas peristiwa itu, kanak-kanak itu hidup dengan trauma dan terlantar di hospital dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Ibubapa kanak-kanak itu merasa terpukul dan tersiksa kerana tidak sanggup melihat anak kesayangan menanggung trauma dan kesakitan dan ini menjadi cabaran bagi ibu bapanya. Mereka cuba membawa anak perempuan mereka kembali ke sisi yang lebih baik.

Dibintangi oleh Lee Ra, Sol Kyung Gu, Uhm Ji Won dan ramai lagi.

Peristiwa sebenar ini berlaku pada tahun 2008 apabila seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang dikenali dengan nama “Na Young” telah dipukul dan diserang secara seksual oleh seorang pedofil mabuk Choo Doo Soon di tandas gereja. Selepas perbuatan ganas itu, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun yang diringankan kerana keadaan mentalnya, walaupun terlibat dalam beberapa kes rogol.

Baca Lagi: Lee Yi Kyung Ditawarkan Kdrama Terbaru Berdasarkan Siri Webtoon

4. A TAXI DRIVER (2017)

85486400 A63C 444C B979 CCC583CAFC5E

Seorang pemandu teksi yang bergelut dengan masalah kewangan bertembung dengan seorang warga asing yang sanggup membayar sejumlah besar wang untuk tambang ke GwangJu. Pemandu itu tidak tahu bahawa penumpang itu sebenarnya seorang wartawan dan mereka berdua akan memasuki bandar yang sedang dibawah kawalan pihak tentera akibat rusuhan pemberontakan.

Dibintangi oleh Kang Ho Song, Jung Do Hur, Ryu Jun Yeol, Thomas Kretschmann dan ramai lagi.

Ia menceritakan kisah sebenar kehidupan Jurgen Hinzpeter,  seorang wartawan Jerman, dan Kim Sa Bok, seorang pemandu teksi yang berpangkalan di Seoul. Mereka terlibat dengan Pergerakan Pendemokrasian GwangJu 1980.

5. HAN GONG JU (2014)

3B5AB70D 6082 4B5E 986F 4592D1BBA1FC

Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah bernama Han Gong Ju yang datang dari keluarga bermasalah. Kedua ibubapanya telah bercerai dan ibunya pula berkahwin baru dan tidak mengakui Gong Ju sebagai anaknya. Ayahnya pula seorang kaki minum, sering mabuk dan jarang meluangkan masanya untuk Gong Ju.

Namun satu tragedi gelap telah meragut zaman remajanya apabila dia dan kawan baiknya telah menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan pelajar lelaki ketika mereka diberi ubat tidur.

Dibintangi oleh Chun Woo Hee, Jung In Sun, Kim Choeyongjun dan ramai lagi.

Kisah benar tentang kes rogol berkumpulan sekolah menengah Mi Ryang 2004 apabila 41 pelajar lelaki sekolah merogol bergilir-gilir beberapa gadis berbeza dalam tempoh 11 bulan.

6. MY FIRST CLIENT (2019)

25613BFF E8D4 46F4 BD5F C85EE2C86C0A

Jeong Yeop ialah seorang peguam muda yang mempunyai impian untuk mendapat pekerjaan di sebuah firma guaman di Seoul. Impiannya akhirnya tercapai tetapi dia harus mengenepikannya apabila dia mula menjalinkan hubungan baik dengan dua adik beradik yang selalu menjadi mangsa dera ibu tiri mereka.

Filem ini dibintangi oleh Choi Myung Bin, Yoo Sun, Lee Dong Hwi dan ramai lagi.

Filem ini memaparkan kes penderaan kanak-kanak dari Chilgok, 2013. Ibu tiri kepada 2 orang adik beradik yang masih kecil. Si ibu tiri memukul seorang si adik dengan kejam sehingga meninggal dunia, kemudian si ibu tiri memaksa si kakak mengaku melakukan pembunuhan itu.

7. MIDNIGHT (2021)

73A76476 F6EE 49F2 A945 B4F49EDF36A5

Kyun Mi ialah seorang wanita OKU cacat pendengaran yang bekerja sebagai penterjemah bahasa isyarat. Suatu hari, ketika dia dalam perjalanan pulang selepas waktu kerja, dia secara tidak sengaja telah menyaksikan seorang gadis dibunuh. Selepas itu, dia pula menjadi sasaran baru pembunuh bersiri tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Wi Ha Joon, Jin Ki Joo, Kim Hye Yoon, Park Hoon dan ramai lagi.

Kisah benar dari watak pembunuh bersiri ini diambil dari sebuah kes “Yoo Young Chul” seorang pembunuh bersiri Korea Selatan yang terkenal, dikenali sebagai “The Raincoat Killer”. Dia telah membunuh lebih 20 mangsa dan memakan sebahagian daripada mereka.

8. WAY BACK HOME (2013)

7448F93D BB23 487C 8C1B 42B4064B7C24

Song Jeong-yeon (lakonan Jeon Do-yeon) seorang ibu dan isteri yang sangat bahagia bersama suaminya, Jong Bae (lakonan Go Soo) dan anaknya, Hye Rin. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila rakan baik Jong Bae bunuh diri dan meninggalkan banyak hutang atas nama Jong Bae.

Mereka menjadi papa kedana sekelip mata sahaja dan hidup mereka mula berubah, mereka kehilangan segala-galanya, simpanan semakin susut dan terpaksa pindah dan menyewa bilik yang kecil dan sempit.

Suatu hari kawan Jong-bae menawarkan pekerjaan kepada dia namun pekerjaan itu hanya boleh dilakukan oleh perempuan sahaja. Jong Bae terpaksa menolak tawaran itu dan diketahui oleh isterinya. Disebabkan desakan hidup, tanpa pengetahuan Jong-bae, Jeong-yeon menerima pekerjaan itu bagi wakil suaminya.

Setiba sahaja di lapangan terbang France, Jeong-yeon di tahan kerana menyeludup dadah!

Ini adalah kali pertama filem Korea dirakam di Caribbean, serta filem pertama menampilkan pengawal dan banduan sebenar sebagai watak pembantu. Penggambaran berlangsung selama tiga minggu di penjara wanita di Martinique .

Kisah benar ini berlaku pada 30 Oktober 2004, Jang Mi Jeong telah ditangkap di Lapangan Terbang Orly di Perancis kerana menyeludup beg pakaian berisi 17 kilogram (atau 37 paun) kokain tanpa mengetahui isi kandungan sebenarnya.

Selepas ditangkap di Orly, Jang dipenjarakan berhampiran Paris selama tiga bulan sambil menunggu perbicaraan. Kemudian, selepas didapati bersalah, dia dihantar ke penjara di Martinique yang ditadbir Perancis di Carribean. Dia akhirnya kembali ke Korea dua tahun kemudian pada 18 November 2006.

9. NEW TRIAL (2017)

7BDC7590 890A 4387 9660 B25AA9BEF1A5

Filem yang pernah menjadi salah satu kes paling kontroversi di Korea Selatan adalah berdasarkan kisah jenayah sebenar yang berlaku pada 10 Ogos tahun 2000 dimana seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Hyun-woo (lakonan Kang Ha-neul) telah dituduh atas pembunuhan seorang pemandu teksi.

Mengikut situasi sebenar, Hyun-woo merupakan saksi kejadian pembunuhan tersebut. Oleh kerana kelemahan, kecatatan dan kekerasan sistem perundangan ketika itu, Hyun-woo disoal siasat bertubi-tubi dan dipaksa untuk mengaku atas kesalahan tersebut agar kes ini dapat ditutup dengan segera.

Akibat depresi, Hyun-woo terpaksa mengaku dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun untuk kesalahan yang tidak dilakukannya

Hyun-woo dibebaskan namun kerana trauma dia selalu memencilkan diri akibat rasa tertekan sehinggalah suatu hari dia berjumpa dengan Joon-young (lakonan Jung-woo) seorang peguam yang ketika itu sedang diulit dengan masalah hutang.

Pada awalnya, peguam ini berniat kurang baik dan cuba mengambil kesempatn ke atas kesempitan dan kesusahan Hyun-woo. Peguam ini menerima kes Hyun-woo sebagai batu loncatan dan demi kepentingannya sendiri.

Namun semakin dia siasat dan membuka semula fail-fail lama kes milik Hyun-woo, dia merasa ada sesuatu kejanggalan dan ada yang tidak kena dengan kes ini.

Filem ini berdasarkan “Kes pembunuhan Yakchon Junction,” seorang remaja Hyun Woo dituduh secara palsu membunuh pemandu teksi dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Baca Juga: Khabar Angin Tentang Perceraian Hyun Bin & Son Ye Jin