Park Seo Joon merupakan salah seorang pelakon Korea Selatan dan kemunculannya di layar perak selalu dinantikan. Lakonannya tidak pernah gagal dan pelakon tampan ini selalu berjaya membawa watak dengan cukup baik, tidak kiralah watak seseorang yang bersifat kaku,dingin, pentingkan diri hingga ke watak bodoh-bodoh alang. Semuanya berjaya dibawa dengan penuh bergaya dan sangat berkesan sekali.
Bulan April yang akan datang ini kita bakal menyaksikan Park Seo Joon bakal kembali muncul di layar perak setelah sekian lama menyepikan diri. Pelakon ini bakal muncul dalam filem Dream (2023) yang menyaksikan dia bergandingan dengan Lee Ji Eun.
Baca Lagi: Park Seo Joon dan Han So Hee dalam Drama Thriler Baru
Jom kita lihat beberapa watak menarik yang pernah dilakonkan oleh Park Seo Joon termasuk karakter barunya dalam filem Dream. Watak dan filem apakah agaknya yang pernah dilakonkan oleh Park Seo Joon?
1. Penampilan debut, Park Seo Joon muncul dengan watak kecil sebagai seorang pengunjung di sebuah sauna dan penonton sebuah pertandingan dalam Perfect Game (2011).
2. Sebagai detektif Cha, Park Seo Joon dalam film The Chronicles of Evil (2015) adalah orang bawahan detektif Choi (Son Hyun Joo) yang menyimpan banyak rahsia.
3. Park Seo Joon menjadi salah seorang pelakon yang membawa watak sebagai Kim Woo Jin dalam film The Beauty Inside (2016) dimana wajahnya selalu berubah-ubah setiap hari.
4. Filem Real (2017) mempunya senarai pelakon top dan popular yang muncul sebagai cameo, termasuk Park Seo Joon. Dia muncul sebagai penembak dengan satu durasi yang singkat.
5. Dalam filem Midnight Runners (2017), Park Seo Joon yang bersahabat dengan Kang Ha Neul adalah kadet akademi polis yang berusaha membanteras kes jenayah penculikan dan pemerdagangan manusia.
6. Park Seo Joon muncul sebagai Ji Ho dewasa dalam filem fantasi Be With You (2018). Dia adalah anak kepada Soo A (Son Ye Jin) dan Woo Jin (So Ji Sub).
7. Melakonkan karakter Min Hyuk iaitu sahabat Ki Woo (Choi Woo Shik) yang akan pergi ke luar negara, Park Seo Joon adalah pencetus awal konflik dalam filem Parasite (2019).
8. Menjadi seorang atlet tinju, Park Seo Joon juga memanfaatkan sepenuh kekuatan fizikalnya ketika melakukan pengusiran iblis dalam filem The Divine Fury (2019).
9. Membawa watak sebagai Hong Dae dalam filem Dream (2023), dia adalah seorang pemain bola sepak yang sedang dalam masa percubaan disiplin dan dipaksa melatih sebuah pasukan bola sepak amatur.
Park Seo Joon mula menapak dengan langkah kecil sebagai pelakon tambahan. Kini pelakon ini menjadi salah seorang pelakon ternama dan dikenali ramai di Korea Selatan. Selain Dream, Park Seo Joon juga mempunyai dua projek filem lain yang masih belum ditayangkan. Termasuk juga debutnya dalam Hollywood melalui filem The Marvels yang akan datang! Wow! Tidak sabar rasanya!
Baca Juga: 9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2013