Orang dalam perniagaan telah melaporkan pada 29 Mac KST bahawa pekerja Korea Railroad Corporation (KORAIL) ‘A’, yang sebelum ini menjadi tajuk utama berita selepas didedahkan bahawa A telah mengakses maklumat peribadi tentang ahli BTS RM tanpa kebenaran selama kira-kira 3 tahun itu telahpun dipecat.
Tidak lama selepas berita salah laku ‘A di tempat kerja terdedah kepada umum, KORAIL melancarkan siasatan melalui jawatankuasa audit. ‘A’, seorang pekerja dari cawangan pembangunan IT, diketahui telah mengakses maklumat seperti tarikh, masa, dan lokasi tiket kereta api, serta alamat rumah dan nombor telefon, ahli BTS RM selama 3 tahun sejak 2019.
Menurut rakan sekerja, ‘A’ “mengakses maklumat perjalanan RM, kemudian pergi berjumpa dengannya secara peribadi”, atau “memberi maklumat RM kepada rakan mereka supaya mereka boleh menempah tempat duduk berdekatan dengan RM”.
Baca lagi: Park Hae Jin Park Sung Woong dan Lim Ji Yeon Membintangi Drama Jenayah Thriler Terbaru
Baca lagi: Penat Dikutuk Gemuk, Liz IVE Tampil Dengan Imej Yang Mengejutkan Untuk Comeback Kali Ini
Pada mulanya, jawatankuasa audit meminta ‘A’ menerima penggantungan sementara kerana salah laku mereka. Bagaimanapun, selepas kes itu diserahkan kepada jawatankuasa disiplin, diputuskan bahawa ‘A’ akan dipecat secara kekal.
Bagaimanapun, segelintir netizen masih menuntut agar ‘A’ turut berdepan sanksi undang-undang di mahkamah atas tindakannya itu. Sementara itu, ‘A’ boleh merayu keputusan jawatankuasa disiplin selewat-lewatnya pada 31 Mac.
Sumber: [1]