10 pelakon wanita Korea yang membunuh dengan kejam dalam filem dan Kdrama
Anggun tapi mengerikan!!
Pembunuhan, kejahatan, dan juga adegan pertarungan di dalam drama mahupun filem Korea biasanya dilakonkan oleh pelakon lelaki sebagai watak utama. Namun, ada beberapa filem dan drama Korea yang menampilkan para pelakon wanita Korea sebagai watak utama dalam adegan sadis tersebut. Boleh dibayangkan bagaimana penampilan cantik mereka digabung dengan kepakaran yang ganas itu??
Tentu sahaja lakonan mereka sangat memukau hasil dari latihan dan kerja keras mereka. Berikut adalah senarai pelakon wanita yang pernah membawa watak sebagai pembunuh yang dingin dalam filem dan drama Korea:
1. Kill BokSoon (2023) dilakonkan oleh Jeon Do Yeon sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya dan juga pembunuh upahan yang sangat kejam!
2. Han So Hee berlakon dalam My Name (2021) sebagai gadis yang kehilangan orang tuanya dan dipenuhi dendam. Dia berlatih untuk menjadi pembunuh demi membalas dendam!
3. Walaupun tidak membunuh manusia, dalam drama Happiness (2021) Han Hyo Joo yang memainkan peranan sebagai anggota pasukan khas telah membunuh makhluk zombie dengan sangat brutal!
4. Dalam Sweet Home (2020), Lee Si Young melakonkan watak sebagai anggota bomba yang tidak ragu-ragu membunuh manusia yang mengalami simptom untuk bertukar menjadi makhluk ganas demi menyelamatkan orang ramai.
Baca Lagi: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon
5. Lee Ha Na menjadi pelakon utama yang membawa watak sebagai petugas pusat panggilan dalam drama siri Voice. Namun, dalam Voice S4 (2021) pelakon wanita ini membawa dua watak berbeza iaitu sebagai seorang pembunuh bersiri.
6. Dipungut sejak dari kecil oleh seseorang yang dipanggil mama, Kim Go Eun dilatih untuk melakukan perbuatan keji dalam filem Coin Locker Girl (2015).
7. Dalam filem The Villainess (2017), seorang pembunuh upahan terlatih yang dilakonkan oleh Kim Ok Bin ini sangat ganas dan tidak mengasihani mangsanya!
8. Jun Ji Hyun membawa watak sebagai Ashin dalam Kingdom: Ashin of the North (2021) yang membunuh para pembunuh yang memusnahkan keluarga dan kampungnya!
9. Sebagai orang nombor 2 dalam organisasi jenayah membuatkan nyawa anak lelaki Kim Hae Soo dalam filem A Special Lady (2021) terancam!
10. Lee Seol membawa watak sebagai wanita psikopat dalam drama siri Less Than Evil (2018). Pihak polis dan detektif tidak dapat menangkapnya kerana kepintarannya yang luar biasa.
Jika wanita membawa watak ganas, pasti akan membuat suasana dalam setiap cerita semakin mencengkam jiwa dan tegang, bukan? Wanita sememangnya menyeramkan!
Baca Juga: 5 Watak Wanita Pembunuh Yang Hampir Sama Dengan Gil Boksoon