Home Entertainment Lee Sung Kyung & Kim Young Kwang Disyaki Bercinta Di Dunia Nyata

Lee Sung Kyung & Kim Young Kwang Disyaki Bercinta Di Dunia Nyata

0

890B3A08 BC7F 4276 BD16 470098F784BE

Anda juga mungkin suka: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya

Adakah benar bintang bersama “Call It Love” Lee Sung Kyung dan Kim Young Kwang bercinta di dunia nyata??

E78EA1C6 CE27 438A 9DAD 5D31C2BB2A93Pada 10 April, Lee Sung Kyung bertemu dengan SPOTV News untuk bercakap mengenai K-Drama, Call It Love. Dalam temubual itu, Lee Sung Kyung mendedahkan bahawa pengarah kdrama “Call It Love” mengesyaki dia dan pasangan lakonannya Kim Young Kwang sedang sedang menjalinkan hubungan cinta.

Semasa temu bual, Lee Sung Kyung berterus terang bahawa hubungannya dengan Kim Young Kwang sememangnya telah terjalin rapat selama bertahun-tahun. Menurut pelakon itu, walaupun mereka berkawan, Kim Young Kwang telah cuba mengelak untuk berlakon bersamanya pada awalnya.

96CA207C 8A1E 4B54 BAE7 ABF691B50143

“Kami berkawan sejak kecil, jadi kami mudah mesra dan suka saling mengusik dan bermain-main. Namun, di dalam set penggambaran, watak kami tidak begitu, jadi dia cuba mengelak untuk berpasangan dengan saya pada awalnya,” kata Lee Sung Kyung.

Pelakon itu juga menyatakan bahawa kerana drama itu menggambarkan watak-watak yang beransur-ansur jatuh cinta, jadi ia memerlukan pelakonnya menumpukan perhatian dan menjiwai watak tersebut.

84C93B80 913E 48AC A8AC 75BF38D275EA

Bagi adegan ciuman, aktres itu mendedahkan bahawa disebabkan adegan itu telah didedahkan sebelum ini, jadi ia tidak sukar untuk penggambaran mereka.

Pengarah menunjukkan skrip adegan ciuman pada kami awal-awal lagi. Saya terkejut melihat adegan kami disusun dari awal, jadi ia (adegan) tidak sukar.” — Lee Sung Kyung

Lee Sung Kyung kemudian mendedahkan bahawa disebabkan keserasiannya dengan Kim Young Kwang, pengarah drama itu telah mengesyaki kedua-duanya sedang bercinta.

Pengarahnya berkata, selepas menyunting dua episod pertama, orang di bilik suntingan mengesyaki kami bercinta kerana cara kami memandang antara satu sama lain, tetapi saya rasa dia sengaja berkata begitu. Saya fikir ia adalah kerana pengarah hanya melihat kami sebagai watak kami. Dia membuat projek hebat yang mencipta perasaan itu, dan sebagai pelakon, kami bertindak balas, mendapat kekuatan daripada respons tersebut dan dapat menyelesaikan penggambaran drama dengan baik. — Lee Sung Kyung

Apabila diminta untuk menamakan kekuatan masing-masing dari segi lakonan dalam percintaan, Lee Sung Kyung menjawab tanpa teragak-agak, “Wajahnya apabila dia tersenyum ceria.”

Kim Young Kwang menjawab, “Jika saya perlu membuat perbandingan, dia mempunyai sisi comel yang sama seperti anak anjing.”

Akhirnya, kedua-dua pelakon itu berkongsi pendapat mereka tentang definisi cinta sejati.

Menggambarkan tentang cinta sejati, Kim Young Kwang berkata, “Terus merenung orang lain. Perasaan tidak mahu terlepas satu saat, tidak dapat mengalihkan pandangan anda dari orang itu, dan sentiasa mahu bersama dengan mereka.”

A9063AF8 1966 42DB B938 57BCB0DF8447

Sementara itu, Lee Sung Kyung berkata, “Anda boleh tersenyum dan gembira bersama-sama dengan sesiapa sahaja apabila keadaan berjalan lancar, tetapi saya fikir ia adalah cinta sebenar apabila hati anda terluka untuk seseorang apabila mereka melalui masa sukar atau apabila mereka hilang.”

20959727 B28E 4DC4 88E1 99E667AAFCC7

Call It Love” ini mengfokuskan tentang Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) yang menaruh dendam terhadap bapa kandung dan wanita simpanan bapanya yang telah mengakibatkan keluarga harmoninya sebelum ini berantakan.

Ketika Shim Woo Joo sudah meningkat dewasa, bapanya telah meninggal dunia dan wanita simpanan yang telah menjadi isteri bapanya itu pula mengusir keluarga Shim Woo Joo dari rumah yang mereka telah tinggal selama 20 tahun. 

Jiwa Shim Woo Joo meronta dan semakin kacau membuatkan dia akhirnya menyimpan dendam yang cukup membara. Dia pun mengatur rancangan balas dendam atas rasa bencinya itu dengan mendekati Han Dong Jin (Kim Young Kwang), anak lelaki kepada wanita simpanan bapanya itu.

Namun sebaliknya yang berlaku kepada Han Dong Jin kerana sejak kemunculan Shim Woo Joo, hidupnya tidak kosong lagi. Perlahan-lahan dia mula lupa hatinya yang pernah disakiti dahulu oleh bekas kekasihnya.

Dapatkah Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) membalas dendam terhadap orang yang menyebabkan kehancuran keluarganya?? Dapatkah ia berakhir seperti apa yang dia rancang atau sebaliknya?

21E2D6E9 CCB8 4907 A333 19B875DD2C04

Drama ini bukan semata-mata tentang cinta dan benci tetapi ia juga menyajikan pelbagai konflik kekeluargaan serta persahabatan yang penuh liku-liku dalam suka dan duka.

Drama ini boleh ditonton secara striming di #DisneyPlus, setiap hari Rabu sebanyak 16 episod.

Baca Juga: 5 Pelakon Lelaki Yang Paling Serasi Dengan Lee Sung Kyung

Jom saksikan treler drama di pautan bawah ini: