Home Entertainment 9 Pelakon Yang Membawa Watak Ibu Dengan Berkesan Dalam Kdrama 2023

9 Pelakon Yang Membawa Watak Ibu Dengan Berkesan Dalam Kdrama 2023

0

Pada awal tahun 2023 ini kita semua telah dihidangkan dengan beberapa buah drama siri dari Korea Selatan yang menonjolkan watak seorang ibu yang mempunyai peranan penting di dalam setiap cerita. Salah watak yang tidak dapat dilupakan adalah watak Park Yeon Jin yang dilakonkan oleh Lim Ji Yeon dalam drama siri The Glory.

Bukan hanya Park Yeon Jin, terdapat beberapa senarai watak lain yang menjadi ibu dalam drama siri yang ditayangkan pada suku pertama tahun 2023. Watak-watak ibu yang ditonjolkan sangat berkesan sehingga ada di antaranya yang melakukan pengorbanan yang besar buat anaknya.

Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarai watak-watak ibu yang sangat berkesan dalam drama siri Korea pada tahun ini:

 

f3e52c78 6824 4ed3 8cca 6c9d350ebf071. Setelah kes buli terdedah, Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dalam drama siri The Glory perlu menelan kepahitan kerana anak perempuan kesayangannya mula menjauh darinya.

fb04673e 4ef0 43ec 8788 38d8f7884c772. Dalam drama siri yang sama (The Glory), Kang Hyeon Nam (Yeom Hye Ran) sanggup bekerja sebagai pengintip agar dapat memberi kehidupan yang baik untuk anak perempuannya.

0b67db48 172d 486b a6fb 56b7cff9005d3. Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise mempunyai kehidupan yang sempurna disebalik rahsia yang sungguh dahsyat.

Baca Lagi: 5 Projek Kdrama Terbaru Para Pelakon “Duty After School”

ad319b0d 90ed 4399 9f76 fa104806fd114. Tidak ingin anak lelakinya hidup miskin dan terseksa, Jin Young Soon (Ra Mi Ran) dalam The Bad Good Mother terpaksa menjadi seorang ibu yang tegas dan keras hati hingga nampak seperti sangat jahat!

62b32293 7d1b 46f7 9970 baf21a7efa4b5. Walaupun bukan sebagai ibu kandung, Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) dalam Crash Course in Romance berhenti menjadi atlet demi Nam Hae Yi (Roh Yeon Seo).

cc7ead58 b39b 4584 83db b41fd370f5be6. Menjauh dari media dan hidup dalam bayangan, identiti Kim Hye Joo (Kim Hyun Joo) dalam drama siri Trolley sebagai seorang isteri ahli politik akhirnya terbingkat apabila anak lelakinya ditemui mati lemas dan menjadi sorotan media.

9f38065b c5f2 437b bea8 b82dd9dfe9307. Han Ba Da (Hong Soo Hyun) dalam drama siri Red Balloon jarang meluangkan masa dan memberi perhatian untuk satu-satunya anak perempuannya kerana terlalu sibuk bekerja untuk membayar segala hutang ayahnya.

1203ba21 f2ff 4e6b 9f60 94b4562f1bc68. Jin Ho Gyeong (Park Eun Hye) dalam drama siri Alchemy of Souls: Light and Shadow sering memaksa anak perempuannya untuk menuruti kehendaknya. Jin Ho Gyeong berdepan dengan banyak konflik sebagai seorang ibu dan naluri keibuannya membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anak tersayang. Walau nampak dingin, tetapi dia sangat mengasihi anak-anaknya!

fd924fa7 3e24 408f 81cc efd341e2959c9. Anak perempuannya menghilang, Go Yoo Na (Oh Yoon Ah) terpaksa kembali ke Korea dan berhadapan dengan masa lalunya yang kelam dalam drama siri Queen of Masks.

Semua watak ibu yang disenaraikan di atas sangat menyayangi anak-anak mereka. Mereka menyayangi anak-anak dengan cara yang sangat berbeza. Walaupun begitu, terdapat watak yang bersikap toksik dan menyakitkan hati sehingga anaknya menjauhkan diri darinya. Watak ibu yang mana satukah menjadi kesukaan anda?

Baca Juga: Peminat Bakal Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada “Taxi Driver 2”