Siapakah watak yang menjengkelkan dan menyakitkan hati itu?
Setiap minggu drama siri Doctor Cha (2023) makin mencuri perhatian dan diminati para penonton. Jalan ceritanya yang ringan dan penuh komedi membuatkan penonton tidak perlu memikirkan sebarang teori yang rumit.
Namun, terdapat beberapa watak dalam drama Doctor Cha (2023) yang mempunyai sifat dan sikap yang menyakitkan hati.
Berikut ini merupakan 7 watak dalam drama siri Doctor Cha (2023) yang memang berjaya membuat para penonton naik angin!
1. Seo In Ho
Seo In Ho (Kim Byung Chul) adalah suami kepada Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa). Di hadapan semua orang, Seo In Ho berlagak seperti suami idaman yang sangat penyayang terhadap anak-anak dan isterinya.
Seo In Ho selama ini berlaku curang dengan Choi Seung Hi (Myung Se Bin) iaitu bekas kekasihnya semasa zaman belajar dahulu.
Pada awalnya, Seo In Ho melarang Doctor Cha untuk menjadi doktor pelatih di Hospital Universiti Gusan. Pada masa yang sama, dia juga turut menghalang impian anak-anaknya, iaitu Seo Jung Min (Song Ji Ho) dan Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon).
2. Choi Seung Hi
Pada awalnya, penonton mungkin rasa bersimpati dengan Choi Seung Hi, kerana Cha Jeong Suk dan Seo In Ho berlaku curang di belakangnya sewaktu mereka masih belajar di universiti.
Sekarang penonton menganggap watak Choi Seung Hi red flag dan menyakitkan hati kerana sudah tiga tahun menjadi perempuan simpanan Seo In Ho.
Choi Seung Hi sekarang sudah mula berusaha untuk menunjukkan hubungannya dengan Seo In Ho di depan Doctor Cha Jeong Suk. Choi Seung Hi juga pernah melarang Seo In Ho untuk mendermakan organ kepada Doctor Cha Jeong Suk.
3. Choi Eun Seo
Penonton memang meluat dengan watak Choi Eun Seo (So A Rin) pada episod 8. Ternyata selama ini Choi Eun Seo sengaja mendekati Seo Yi Rang untuk menghancurkan keluarga ayahnya iaitu Seo In Ho.
Dia juga sengaja mengundang Seo Yi Rang ke majlis makan malam antara dirinya, Choi Seung Hi, dan Seo In Ho. Waktu itu, Eun Seo secara terang-terangan mengatakan bahawa dia adalah saudara tiri kepada Seo Yi Rang.
Choi Eun Seo juga berhajat untuk masuk ke jurusan Seni sama seperti Choi Yi Rang. Pastinya dia mahu menandingi Seo Yi Rang!
4. Kwak Ae Sim
Kwak Ae Sim (Park Jung Geum) adalah ibu kepada Seo In Ho, sekaligus mertua Doctor Cha Jeong Suk. Kwak Ae Sim sudah berjaya menyakitkan hati para penonton sejak episod pertama lagi.
Dia selalu meminta Doctor Cha Jeong Suk untuk membuatkannya jus, makanan setiap waktu, melakukan kerja rumah, dan pelbagai tugasan lain. Namun, dia tergamak melarang Seo In Ho untuk mendermakan organ kepada Dr Cha Jeong Suk yang sedang tenat.
Kwak Ae Sim juga meminjam duit dengan jumlah cukup banyak dengan jaminan sebuah bangunan milik Dr Cha Jeong Suk. Selain itu, dia juga tidak merestui perkahwinan Seo In Ho dan Cha Jeong Suk.
5. Jeon So Ra
Jeon So Ra (Jo A Ram) adalah salah seorang doktor bedah di Hospital Universiti Gusan. Dia merupakan senior yang selalu memarahi Seo Jung Min dan Dr Cha Jeong Suk.
Walaupun dia adalah seorang doktor yang hebat, tetapi Jeon So Ra selalu membuat sesuka hati dan menyusahkan juniornya. Rupa-rupanya dia menjalin hubungan dengan Seo Jung Min iaitu anak Dr Cha Jeong Suk.
Jeon So Ra tidak suka melihat keakraban Seo Jung Min dan Dr Cha Jeong Suk. Selain itu, dia juga sangat marah ketika Dr Cha Jeong Suk membersihkan bilik asramanya.
6. Moon Chae Yoon
Moon Chae Yoon (Kim Yea Eun) adalah doktor pelatih yang sama dengan Dr Cha Jeong Suk yang ditugaskan di Jabatan Kesihatan Keluarga. Sejak awal, dia memang tidak menghormati Dr Cha Jeong Suk.
Selain itu dia juga bekerja sama dengan Choi Seung Hi agar Dr Cha Jeong Suk tidak dapat membuat latihan kedoktoran di Jabatan Kesihatan Keluarga. Dr Cha Jeong Suk menolak permintaan Moon Chae Yoon untuk bertukar syif.
Mereka berdua juga saling berperang mulut setelah Dr Cha Jeong Suk mengetahui bahawa Choi Seung Hi dan Seo In Ho curang.
7. Profesor Park
Profesor Park (Nam Myung Ryul) adalah kawan rapat Kwak Ae Sim iaitu mertua Dr Cha Jeong Suk. Hubungan Kwak Ae Sim dan Profesor Park belum tentu akan berakhir ke jinjang pelamin, tetapi Profesor Park sudah memujuk Kwak Ae Sim untuk melabur dengan kawannya.
Kwak Ae Sim sanggup membuat pinjaman dengan pihak bank. Dia menggunakan bangunan atas nama Dr Cha Jeong Suk sebagai jaminan. Jumlah pinjaman yang Kwak Ae Sim ambil ialah sebanyak 450juta won.
Jika dilihat perangai dan kelakuan setiap watak yang disenaraikan di atas, pasti membuatkan darah para penonton mendidih. Anda paling menyampah dengan watak siapa dalam Kdrama Doctor Cha ini?
Baca Lagi: Tale Of The Nine Tailed 1938 Pecah Rekod Penonton
Baca Juga: Uhm Jung Hwa – 10 Cerita Yang Dibintanginya