Home Entertainment Doctor Cha: 6 Mangsa Kecurangan Dr Seo & Dr Choi

Doctor Cha: 6 Mangsa Kecurangan Dr Seo & Dr Choi

0

Siapakah 6 mangsa kecurangan Seo In Ho & Choi Seung Hi dalam Doctor Cha?

Salah sebuah plot yang diangkat dalam drama siri Doctor Cha adalah kisah mengenai kecurangan. Kisah kecurangan ini terjadi antara Seo In Ho (Kim Byung-chul) dan Choi Seung Hi (Myung Se Bin).

Sebenarnya mereka berdua adalah bekas kekasih, dan kembali bertemu setelah Seo In Ho berkahwin dengan Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa).

Kecurangan bukan perkara yang main-main dan sikap tidak bertanggung jawab ini sememangnya akan melukai hati banyak pihak. Begitulah juga natijah yang terpaksa dihadapi oleh insan-insan lain akibat kecurangan yang dilakukan oleh Seo In Ho dan Choi Seung Hi dalam Kdrama Doctor Cha.

Lagi pula Seo In Ho sudah mendirikan rumah tangga, tentu dia sangat menyakiti perasaan keluarganya. Bermula dari isterinya sendiri hinggalah pihak mertuanya, mereka semua pasti sangat terluka dan rasa amat disakiti.

Berikut merupakan mangsa perbuatan curang Seo In Ho dengan perempuan simpanannya:

1. Cha Jeong Suk

a9b91fea 4ae7 47cc a796 651534a5470b 1

Mangsa yang paling tersakiti dan menderita setia kepada Seo In Ho. Cha Jeong Suk yang paling rasa dikhianati oleh suaminya sendiri. Bagaimana mungkin tidak? Dia sudah melayan suaminya sepenuh hati selama hampir 20 tahun, tetapi yang diperolehi adalah kenyataan pahit seperti ini.

Sebagai isteri tentu Cha Jeong Suk mempunyai firasat jika suaminya menyimpan perempuan lain. Tetapi, wanita cekal ini tidak terus menangis dan merasa lemah. Dia adalah wanita yang kuat yang mampu melawan perasaan sedih dan hiba serta mampu menjaga diri.

2. Seo Jung Min

675a6da9 f718 4627 bf54 150c3694fb03

Setelah isteri atau pasangan yang merasa paling dikhianati, tentu sahaja anak adalah mangsa selanjutnya. Anak pertama Seo In Ho iaitu Seo Jung Min (Song Ji Ho) turut menjadi mangsa keadaan dan sama-sama merasa kecewa. Sebagai anak seorang profesor, Seo Jung Min menuruti kemahuan ayahnya untuk menjadi doktor.

Sebelum mengetahui tentang perlakuan curang ayahnya, dia sangat memuja dan menjadikan Seo In Ho sebagai seorang idola dna menganggap ayahnya adalah doktor berbakat. Namun setelah itu, dia tidak lagi menaruh sebarang rasa hormat kepada ayahnya. Baginya, ayahnya hanyalah lelaki curang yang menyakiti perasaan ibunya.

3. Seo Yi Rang

a34f1cdf 383d 49f5 b1fc 1c17f39cc1b6

Anak kedua Seo In Ho dan isteri sahnya adalah Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon). Dibanding abangnya, Seo Yi Rang lebih memilih jalannya sendiri, iaitu dengan masuk ke jurusan Kesenian. Walau ditentang oleh ayahnya, dia tetap tidak ingin menjadi seorang doktor.

Seo Yi Rang adalah orang pertama yang mengetahui perbuatan curang ayahnya. Dia begitu marah dan mengancam ayahnya agar ibunya tidak mengetahui fakta tersebut. Bagi Seo Yi Rang, sekarang yang terpenting adalah kebahagiaan ibunya.

4. Choi Eun Seo

618cefdd 0abc 4003 a1fc eab8f83348a7

Mangsa selanjutnya daripada perbuatan curang Seo In Ho dan Choi Seung Hi dalam Doctor Cha adalah Choi Eun Seo (So A Rin). Dia merupakan anak hasil hubungan haram Seo In Ho dengan Choi Seung Hi. Akibat hubungan terlarang tersebut, dia merasa rendah diri dan nekad berbuat sesuka hatinya. Ini bukan salah Choi Eun Seo sepenuhnya. Sebab dia hanyalah mangsa keegoan kedua orang tuanya.

5. Oh Deok Rye

e6170c3d f476 40bb 80e3 20b99268aa3e

Perkahwinan bukanlah hanya melibatkan hubungan suami isteri dan anak-anak sahaja. Ahli keluarga lain contohnya seperti mertua atau saudara mara juga akan terluka jika anak dalam keluarga mereka dicurangi. Jika mengetahui menantunya sendiri curang, tentu Oh Deok Rye (Kim Mi Kyung) tidak akan berdiam diri. Lagi pula perkara ini berkaitan dengan kebahagiaan dan masa depan anaknya sendiri iaitu Cha Jeong Suk.

6. Kwak Ae Sim

4230f82c fe73 4933 ae19 49f3678e9c8a

Kwak Ae Sim (Park Jun Keum) yang merupakan ibu kepada Seo In Ho dan mertua Cha Jeong Suk. Mengetahui kisah curang anaknya, Kwak Ae Sim begitu marah sekali. Dia bahkan menyalahkan dirinya sendiri kerana telah salah dalam mendidik anak. Walaupun Kwak Ae Sim dianggap sebagai mertua cerewet buat Cha Jeong Suk, tapi dia sangat menyayangi menantunya itu.

Kelakuan curang adalah satu perkara yang boleh menyakiti banyak pihak. Curang adalah tindakan yang merupakan dosa besar dalam perkahwinan.

Setiap pasangan perlu sentiasa setia dan melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu ada orang ketiga supaya kehidupan berumah tangga dapat dijalani dengan harmoni dan bahagia.

Baca Lagi: Kdrama Doctor Cha: Fakta Menarik 4 Pelakon Utama

Baca Juga: Kdrama Doctor Cha: 10 Kebaikan Diterima Dr Cha