Home Entertainment 9 Pasangan Berlakon Sebagai Suami Isteri, Tapi Masih Bujang Di Dunia Nyata

9 Pasangan Berlakon Sebagai Suami Isteri, Tapi Masih Bujang Di Dunia Nyata

0

Siapakah 9 pasangan berlakon sebagai suami isteri, tapi masih bujang di dunia nyata? Jom semak!

Kisah romantik memang kerap diselitkan dalam kebanyakan drama siri Korea Selatan. Salah satu kisahnya adalah melalui hubungan pasangan suami isteri yang berjaya memainkan emosi para penonton.

Siapa sangka, ada antara artis yang melakonkan watak suami isteri ini sebenarnya belum lagi mendirikan rumah tangga di dunia nyata dan mereka masih bujang! Para pelakon ini masih lagi menikmati zaman bujang mereka dan mereka masih ingin mengejar karier.

Jom sama-sama kita lihat 9 pasangan suami isteri dalam Kdrama yang masih belum lagi mendirikan rumah tangga di dunia nyata:

d816e754 38bc 47bb ad6c 3c3207471532

1. Merupakan pasangan doktor yang berjaya dengan memiliki dua orang anak dalam drama siri Doctor Cha, Kim Byung-chul dan Uhm Jung-hwa ternyata masih menikmati zaman bujang mereka dan belum lagi mendirikan rumah tangga

7df8c44d bfd1 4964 9b7d 1c7c57dfb8d32. Berakhir dengan sebuah perkahwinan yang diimpikan dalam The Secret Romantic Guesthouse, kisah cinta Ryeoun dan Shin Ye Eun agak-agaknya akan berlanjutan ke dunia nyata atau tidak? Nampak sangat secocok!

00361da1 98c8 4239 a341 960796f05aeb

3. Sama juga dengan Lee Jae Wook dan Ko Yoon Jung yang berkahwin dalam Alchemy of Souls. Di dunia nyata, mereka berdua belum lagi bertemu jodoh untuk mendirikan rumah tangga

93682318 2aa1 4ea9 9bad 2bab9a4df9834. Perkahwinan mereka dalam Pandora hancur dan berakhir, Lee Sang Yoon dan Lee Ji Ah ternyata belum menemui cinta sejati mereka, masih mencari!

469eb7e4 1b6a 4f13 be67 4208d979de8d5. Berjaya mendirikan rumah tangga dalam The Forbidden Marriage, Kim Young Dae dan Park Ju Hyun masih memilih untuk fokus berkarier dalam dunia seni lakon

fe629e3a 75ca 46d1 9938 5d0fb7b026c26. Sama-sama belum berkahwin, Kang Hoon dan Cho Hye Joo terlebih dahulu merasakan menjadi pengantin baru semasa ending The Secret Romantic Guesthouse!

bb6ac2d4 6115 4bdd ba78 a3b879c707d0 17. Akhirnya berkahwin dan mempunyai anak kembar dalam drama siri Alchemy of Souls, kisah romantik Yoo In Soo dan Arin boleh diharap-harap berlanjutan ke alam realiti!

21f5f2ec 2b83 43d9 b5cc 11709e85c8d08. Menjadi pasangan suami isteri yang lucu dalam Family: The Unbreakable Bond, Kim Kang Min dan Yun Sang Jeong juga belum mempunyai pasangan hidup dalam kehidupan mereka

b9c86e29 ac8b 47ae 8706 9cd033a14b4a9. Perkahwinan Park Ki Woong dan Jang Hee Jin dalam drama siri Pandora berakhir dan tidak menemui bahagia. Ternyata kedua-dua pasangan artis ini masih mencari cinta sejati di dunia realiti. Kedua-duanya sibuk dengan projek lakonan masing-masing

Gabungan yang serasi antara setiap pasangan artis ini dalam dunia lakonan telah berjaya membuatkan para penonton setia menunggu drama siri lakonan mereka. Ramai juga para peminat yang mengharapkan hubungan mereka dapat berlanjutan ke alam nyata. Lebih-lebih lagi apabila setiap artis kesukaan mereka ini sama-sama belum berkahwin.

Baca Lagi: Taecyeon 2PM: 9 Kdrama Menarik Dibintanginya

Baca Juga: Ben Affleck hidup tertekan dengan Jennifer Lopez?