Sekarang ini dapat kita lihat keadaan cuaca yang sangat panas sehinggakan banyak terjadi kes seperti strok haba dan sebagainya.
Di tiktok, tular video di mana rakaman menunjukkan keadaan kasut yang dikatakan mengecut akibat daripada cuaca panas yang melanda negara kita kebelakangan ini. Pemilik video juga ada menunjukkan saiz kasut yang sebenar yang mana dilihat terdapat banyak perbezaan saiz di situ. Apa yang lagi menghiburkan netizen adalah apabila pemilik video memberikan idea untuk mereka yang mahu kurus dengan berjemur sahaja di tengah panas.
“Yang rasa nak kuruskan badan tu, yang hampir putus asa tu mungkin boleh terus gunakan petua ini lah, berjemur tengah panas”
Di ruangan komen juga ramai yang berkongsi pengalaman yang sama di mana kasut anak mereka juga turut mengecut akibat daripada cuaca yang terlampau panas ini.
“patut la kasut anak sy last week longgar, eh hr nie xmuat.. igt ank y mbesar cepat.. Rupa kasut y mngecik ye..”
“Sama dgn selipar kakak saya. Mengecut dari size 7 ke size 4”
“sama ngn kasut anak sedara sya…meraung kawan nk pkai kasut dy syg kecut”
Lihat video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Pandan’S : hahahaha.. aduhh.. nak kena berjemur gak ke gane ni?? insikio dengan selipar cepat kecut
@Faezah : aku ingat kena panas mengembang ke mencair ke, ni mengecut weh
@kopi.c0kelat : crocs aku pun sama wehh dah la warna hitam.. patut rasa knp makin lama makin ketat..letak depan pintu rmh je tpi pagi2 kena cahaya matahari
@imaa : limited tu sis kasut tu xde jual kt kedai size comel tu simpn leklok
@Firaredho : HAHAH slipar laki sy pon kecut sbelah..dia kta mgkin ada yg tetukar masa solat jumaat pdhl dia sllu biarkn slipar kna mthari..dpt beza kna jmur/tk
@skyjuice : alhamdullilah kak . sy berjemur tgh panas xsampai 10minit baju blh perah peluh tu..plus warded sehari kak
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram