Doctor Cha Episod 11 & 12 semakin rancak dan menarik! Adakah anda dah tonton episod terbarunya?
Artikel ini mengandung spoiler!
Pada episod minggu lepas Doctor Cha (2023), Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan Choi Seung Hi (Myung Se Bin) bergegas ke sebuah hospital kerana Choi Eun Seo (So A Rin) tercedera dan patah tulang.
Pergaduhan dan konflik dengan Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) telah menyebabkan Choi Eun Seo mengalami kecederaan.
Tanpa disengajakan, Doctor Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) terdengar dan telah melihat momen aksi suaminya dengan perempuan simpanan dan anak mereka. Dia mula sedar bahawa ini bukan satu kisah kecurangan yang biasa.
Hatinya sangat terluka apabila mengetahui suaminya telah mempunyai anak lain daripada hubungan terlarang tersebut.
Kisah selanjutnya drama iri tersebut telah berkembang dengan semakin menarik disertai dengan pelbagai pendedahan dan konflik yang menyesakkan dada.
Dalam episod 11 dan 12 yang ditayang pada 20 dan 21 Mei baru-baru ini, para penonton disajikan dengan jalan cerita yang turun naik dan beberapa insiden mengejutkan yang menambahkan lagi sisi dramatik Doctor Cha (2023).
Walau bagaimanapun, elemen komedi tetap menonjol dan memberi warna menghiburkan buat drama siri Netflix ini.
1. Cha Jeong Suk yang telah mengetahui kecurangan Seo In Ho dan Choi Seung Hi merasa sangat tertekan dan patah hati
2. Cha Jeong Suk yang diselubungi perasaan amarah telah menemui Choi Seung Hi di biliknya, tanpa sebarang kekesalan dan ketakutan, dia juga meminta Seo In Ho untuk datang ke bilik pejabat perempuan simpanannya itu
3. Cha Jeong Suk menyuruh Choi Seung Hi untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan hospital berkenaan. Mengejutkannya, Choi Seung Hi tanpa rasa malu telah menegaskan bahawa dia tidak akan memutuskan hubungannya dengan Seo In Ho
4. Seo In Ho membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan terlarang tersebut. Namun, Choi Seung Hi masih tetap dengan pendiriannya iaitu dia tidak mahu berpisah dan dia mahu Seo In Ho menceraikan isterinya
5. Sementara itu, terjadi kebakaran di asrama hospital. Roy Kim (Min Woo Hyuk) yang sangat bimbang telah berjaya menyelamatkan Cha Jeong Suk
6. Roy Kim dengan baik hati telah menawarkan rumahnya sebagai tempat tinggal sementara buat para doktor terlatih yang kehilangan tempat tinggal, termasuklah Cha Jeong Suk
7. Hubungan Seo In Ho dan Roy Kim menjadi semakin panas, mereka berdua bertekak dan bergaduh di depan khalayak ramai
8. Seo Yi Rang juga sangat terkesan, dia tertekan dan keputusan peperiksaannya merosot, nampak sahaja seperti kuat tetapi sebenarnya hati gadis ini juga hancur berkecai
9. Seo Jung Min juga melakukan satu kesilapan semasa bertugas di hospital hingga diancam untuk disaman oleh keluarga pesakit
10. Cha Jeong Suk yang telah membuat keputusan dan kesabarannya sudah mencapai melebut, dia pulang ke rumah dan menyampaikan keinginannya untuk bercerai
Doctor Cha memperoleh rating yang tinggi sebanyak 16.2 peratus pada episod ke 11. Rating kali ini mengalami sedikit penurunan dibandingkan dengan episod 10 yang cemerlang dengan perolehan rating sebanyak 17.9 peratus.
Doctor Cha masih lagi ditunggu-tunggu setiap minggu oleh para penonton setia. Apakah agaknya yang akan terjadi dalam hubungan rumah tangga Cha Jeong Suk dan Seo In Ho? Mampukah Cha Jeong Suk memaafkan Seo In Ho atau dia bakal meneruskan rancangannya untuk bercerai? Dengan berbaki 4 episod lagi, nantikan episod baru di Netflix minggu ini pula!
Baca Lagi: Tonton 6 Kdrama Terbaik Kim Tae Hee Sebelum Kemunculannya Semula
Baca Juga: 8 usaha Doctor Cha mempertahankan perkahwinannya
JOM JADI 20 ORANG TERPILIH MENDAPAT GIVEAWAY DARI KANG TAE OH!
1. Klik dan Follow Instagram official Glampalm di bawah ini
2. LIKE & KOMEN post di IG Glampalm dan tulis “#GlamPink”
Dan anda hanya perlu tunggu pihak kami menghubungi anda untuk kami berikan giveaway yang berupa photocard “Kang Tae Oh” berserta tandatangannya dan cenderahati Glampalm bernilai RM65! Jadilah 20 followers yang bertuah itu! Ayuhh!!