Home News Ini 9 Tips Penting Sebelum Anda Buat Tempahan Hotel

Ini 9 Tips Penting Sebelum Anda Buat Tempahan Hotel

0

Semua orang sukakan hotel dan menempah di hotel, ia adalah sebahagian daripada pengembaraan dan percutian, Namun, untuk memastikan tiada apa-apa yang akan merosakkan percutian anda, ia sangat bermanfaat untuk mengetahui beberapa rahsia ini.

Ini 9 tips dan beberapa rahsia mudah berkenaan hotel yang boleh membantu anda menyelamatkan poket anda dan juga melindungi daripada kejadian yang tidak diinginkan.

1. Anda boleh dapatkan bilik yang sama pada harga yang jauh lebih murah.

Add a subheading 24

Hotel bersedia untuk memberikan bilik-bilik terakhir ditempah dengan harga yang lebih murah. Namun mereka tidak mahu menunjjukkan harga murah tersebut kepada umum kerana akan sentiasa peluang di mana akan ada orang menempah bilik tersebut dengan harga asal di saat terakhir.

Tempah bilik anda selepas pukul 6 petang. Ia lebih murah daripada waktu pagi.

2. Anda boleh tawar-menawar harga bilik.

Hotel membayar kepada pihak yang memberikan khidmat sistem tempahan sebanyak 30% komisyen, jika anda menempah dengan cara menelefon terus pihak hotel, anda boleh mendapatkan diskaun, lebih-lebih lagi jika ia adalah hotel kecil atau hotel persendirian.

3. Hotel mempunyai servis percuma.

Add a subheading 25

Apabila anda check-in, sentiasa bertanyakan tentang servis percuma yang anda boleh dapatkan. Hotel biasa memberikan air mineral percuma, seterika, hair styler, charger telefon dan lain-lain. Mereka juga boleh mendapatkan anda perkhidmatan teksi dengan percuma, menempah tiket konsert atau tempahan di restoran, kejutkan anda pada waktu yang anda inginkan, atau menelefon doktor, atau juga boleh menghantar sarapan pagi terus ke bilik anda.

4. Mereka boleh memindahkan anda ke hotel lain tanpa persetujuan anda.

Hotel kadang-kadang boleh overbooked. Mereka membenarkan orang ramai untuk menempah bilik lebih daripada bilik yang mereka ada untuk memastikan kesemua bilik mereka mendapat tempahan penuh jika ada yang membatalkan tempahan. Jika anda diminta untuk pindah ke hotel lain, anda ada hak untuk meminta bilik yang lebih baik atau servis tambahan. Contohnya, lawatan percuma.

5. Bilik hotel tak semestinya sentiasa bersih.

Screenshot 2023 05 25 105429

Screenshot 2023 05 25 105442

Sudah tentu anda bukanlah tetamu pertama yang pernah tinggal di bilik tersebut, jadi anda perlu lebih peka tentang peralatan yang anda gunakan ketika berada di dalam bilik. Lipat dan buang cadar, gunakan cawan plastik, dan letakkan air botol di dalam bilik. Gelas yang dibekalkan biasanya dibasuh dengan dibilas begitu sahaja tanpa sabun.

6. Kebanyakkan bilik adalah berbeza.

Apabila anda memilih bilik, receptionist biasanya akan menggunakan ayat yang biasa anda dengar “Semua bilik kami adalah sama”. Jacob Tomsky, yang pernah bekerja di dalam bidang perhotelan untuk tempoh yang lama dan menulis buku tentang rahsia hotel berkata.

“Bilik-bilik hotel adalah berbeza, ada yang pemandangan lebih cantik, bilik air yang lebih elok, atau TV yang lebih canggih, juga penjuru yang lebih luas. Jangan ragu-ragu untuk memberikan tips kepada receptionist. Anda akan mendapat bilik yang lebih baik dan juga beberapa kelebihan seperti check-out lebih lewat, movie percuma atau minibar percuma” -kata Jacob Tomsky

7. Buat rujukan mengenai tempat makan atau sebagainya.

Add a subheading 26

Jangan bertanyakan kepada pihak hotel untuk mencadangkan tempat untuk sarapan. Mereka akan memberitahu tempat yang akan memberikan untuk kepada mereka kerana mencadangkannya, walaupun tempat itu adalah mahal dan tidak sedap. Tanya orang lain, atau baca revier di internet lebih awal.

8. Aduan menguntungkan anda.

Jika anda tidak berpuas hati, buat aduan. Jiran sebelah bilik bising atau servis yang tidak memuaskan boleh memberikan faedah kepada anda. Hotel tidak mahu rating mereka jatuh kerana mendapat review yang negetif, jadi mereka akan menawarkan servis tambahan kepada anda atau diskaun. Cakap dengan baik, tanya siapa yang boleh menyelesaikan masalah tersebut, atau telefon pegawai atasan.

9. Peti keselamatan adalah tidak selamat.

Screenshot 2023 05 25 105725

Screenshot 2023 05 25 105742

Peti keselamatan mini di dalam bilik tidak diinsuranskan ke atas kecurian. Jika nada mempunyai barang berharga, anda boleh meminta pihak hotel untuk menyimpan bagi pihak anda di dalam peti keselamatan hotel dan memberikan anda resit. Peti keselamatan hotel biasanya mempunyai insurans.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi