Home News Cara Keluarkan Duit ASB Dengan Mudah Sekali, Hanya Di Hujung Jari

Cara Keluarkan Duit ASB Dengan Mudah Sekali, Hanya Di Hujung Jari

0

Cara Keluarkan Duit ASB – Rakyat Malaysia seringkali bertanya cara dan bagaimana untuk melakukan pengeluaran duit simpanan mereka khusus nya duit di akaun ASB atau Amanah Saham Berhad. Dalam artikel kali ini, min akan berkongsi cara dengan mudah bagi mereka yang ingin tahu cara keluarkan nya secara ‘online’.

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB
2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
4. Pilih “Seterusnya”.
5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

Lihat cara cara keluarkan duit ASB dalam talian seperti gambar gambar dibawah:

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 11

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB:

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 22

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 33

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 44

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 55

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 66

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 77

LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

daebaking.co Cara Keluarkan Duit ASB 88

Had Pengeluaran ASB (2023)

Had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.

Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.

HAD MINIMUM & MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE SETIAP BULAN

  • Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
  • Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:

daebaking.co Had Pengeluaran ASB

Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.
HAD BILANGAN URUSNIAGA ASB
Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac :
daebaking.co Had Pengeluaran ASB 22
Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Mac.
Tempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank
Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.
Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
  • Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  • Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  • Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  • Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.
Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Baca Juga: Semak Baki Kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja,
Sumber: ecentral