Drama siri The Good Bad Mother yang dibintangi oleh pelakon terkenal Lee Do Hyun dan Ra Mi-ran membawa tema perjuangan sebuah keluarga
The Good Bad Mother telah berjaya membuat para penonton berfikir dan turut tenggelam dalam segala cubaan dan dugaan yang dialami oleh watak-watak yang sering bertali arus menerpa.
Kisah dan konflik di antara mereka sangat berkaitan dengan kehidupan di dunia nyata, dimana- mana sahaja ada penyelesaian masalah yang kompleks dan konflik yang sangat tegang.
Berikut ini kami senaraikan 7 watak dalam drama siri The Good Bad Mother yang menderita kerana ditimpa berbagai-bagai cubaan dan dugaan hidup yang sangat berat dan sukar. Jom sama-sama kita lihat:
1. Jin Young Soon (Ra Mi Ran) perlu mengasuh dan membesarkan anak seorang diri kerana suaminya mati dibunuh. Dia juga turut menderita penyakit kanser
2. Bukan hanya menyaksikan keganasan rumah tangga sejak kecil, Lee Mi Joo (Ahn Eun Jin) juga ditinggalkan kekasihnya dan menguruskan dua orang anak tanpa figura seorang suami disisi
3. Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) perlu menghadapi penderitaan hidup yang menyesakkan kerana cara ibunya yang membesarkannya dalam suasana yang toksik dan juga perlu menerima kenyataan tentang kematian ayahnya yang sungguh tragik
4. Sedang dilamun kebahagiaan meniti kehidupan berumah tangga, peternakan khinzir Choi Hae Sik (Cho Jin Woong) dibakar dan dia juga dibunuh di tengah-tengah hutan dengan sungguh kejam
5. Jung Gum Ja (Kang Mal Geum) adalah mangsa kecurangan dan keganasan rumah tangga. Dalam segala kesukaran dan keterbatasan, dia perlu membesarkan kedua-dua orang cucunya
6. Bang Sam Sik (Yoo In Soo) yang ingin membahagiakan kedua-dua ibu bapanya telah dituduh dan difitnah sebagai pencuri. Dia dikejar dan diseksa oleh lintah darat
7. Walaupun kelihatan selalu ceria, adik beradik kembar Lee Seo Jin ( Park Da On) dan Lee Ye Jin (Ki So Yu) sering dibuli kerana hidup tanpa ayah dan dibesarkan oleh neneknya
Penderitaan demi penderitaan yang dialami oleh 7 watak ini dalam Kdrama The Good Bad Mother tersebut membuatkan para penonton sangat sedih dan bersimpati terhadap nasib mereka. Walaupun takdir dan cobaan hidup menerpa mereka satu per satu, mereka tidak patah semangat.
Di sebalik semua dugaan ada banyak hikmah dan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan pedoman. Salah satunya adalah cara mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah. Sungguh memberi inspirasi!
Baca Lagi: Kdrama 2023: 8 Mangsa Politik & Aksi Balas Dendam
Baca Juga: The Good Bad Mother, 9 Nasib Malang Choi Kang Ho