Jennie Blackpink akhirnya berjaya muncul untuk debut di Hollywood. Penyanyi rap kumpulan Blackpink itu dipilih untuk membintangi sebuah siri HBO yang bertajuk “The Idol”
Namun benarkah Jennie Blackpink dieksploitasi menjadi simbol seks dalam siri “The Idol” ini?
Selain Jenny Blackpink, siri ini juga akan dibintangi oleh artis-artis terkenal dan ternama Hollywood seperti penyanyi The Weeknd, Troye Sivan, anak kepada Johnny Depp iaitu Lily Rose Depp dan ramai lagi.
Daripada tarian eksotiknya yang mengghairahkan bersama penari lelaki sehingga terwujudnya aksi-aksi yang agak menjolok mata dalam episod pembukaan, Jennie Blackpink dikhabarkan telah memikat hati kebanyakkan penonton di luar dengan watak sampingannya itu.
Bertindak balas terhadapnya, peminat meracau tentang penampilan sulung lakonan yang mengejutkan dari Jennie Blackpink.
Salah seorang daripada mereka menulis di Twitter, “Jennie Kim dibunuh dalam episod pertama The Idol! Bakat dan karismanya tidak dapat dinafikan.”
“Sejujurnya saya tidak dapat menangani betapa bagusnya episod pertama The Idol. Cik Jennie Kim awak adalah seorang Dewi,” tambah seorang lagi Twitter.
Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada pengguna media sosial menyatakan ketidakselesaan dengan rancangan itu dan kandungan eksplisitnya. Segelintir daripada mereka juga kecewa dengan watak Jennie, merujuk kepada imej awamnya.
Salah seorang pengguna Twitter menulis, “Eww menjijikkan kelakuan sesat itu.”
Siri tersebut menceritakan tentang bintang pop di Hollywood yang terperangkap dan terjerat dengan pelbagai skandal sepanjang perjalanan karier untuk mendaki ke puncak populariti. Difahamkan siri HBO terbaru ini mengetengahkan tentang penyalahgunaan dadah, seks bebas dan juga ketamakan.
Siri HBO ini menampilkan Jennie Blackpink yang tidak membawa watak idola wanita sepenuhnya, sayang sekali watak dan peranannya seolah-olah telah terkeluar dari landasan sepenuhnya.
Sebelum ini para peminat sangat teruja dan seronok mendengar tentang penampilan Jennie Blackpink dalam siri HBO The Idol yang merupakan produksi bintang pop terkenal iaitu The Weeknd.
Namun, ternyata karakter Jennie sekarang hanyalah seperti hampir tiada waktu tayang (on screen) dan wataknya seolah-olah tidak penting. Selain itu, Jennie dikhabarkan hanya mempunyai 3 hingga 4 baris dialog sahaja untuk satu episod.
Menurut sumber Rolling Stone, terdapat orang dalam produksi yang membocorkan tentang peranaan Jennie Blackpink sebelum tayangan perdananya, “Mereka tidak memberinya skrip yang banyak. Tugasnya adalah duduk di sana dan perlu kelihatan cantik, pada dasarnya.”
Perkara yang lebih mengejutkan adalah siri HBO ini seperti sebuah “mimpi buruk” apabila jalan cerita ini telah bertukar menjadi “liar dan menjijikkan dan tersasar dari landasan cerita kerana olahan pengarahan.
Menurut petikan artikel dari portal Rolling Stone, dinyatakan bahawa pengarah Levinson telah memotong kebanyakan adegan asal siri tersebut dan membuat siri “The Idol” menyerupai sebuah siri “porno penyeksaan seksual” yang menceritakan tentang kisah seorang jejaka yang boleh memperlakukan wanita sesuka hatinya.
The Idol yang kini diarahkan oleh Sam Levinson dan The Weeknd berkisar mengenai seorang superstar pop Jocelyn (Lily-Rose Depp) yang perlu menempuh pelbagai halangan untuk menjadi seorang bintang dan pada masa yang sama menyiasat sebuah kes misteri.
Terdapat seorang pemilik misteri sebuah kelab malam popular di LA yang secara diam-diam menjalankan aktiviti ajaran sesat. Siri HBO itu dimaklumkan telah terpesong jauh dari idea asalnya selepas pengarah asal iaitu Amy Seimetz menarik diri dari projek tersebut setelah menyelesaikan hampir 80 peratus proses penggambaran.
Berdasarkan beberapa sumber, gadis cantik manis itu hanya dieksploitasi untuk menjadi simbol seks sahaja dalam siri The Idol tersebut.
Baca Lagi: 10 Idol KPop Bakal Menggegar Jun Ini