Ramai yang bertanya kenapa wang kertas RM50 yang dilelong oleh Trigometric Auctions boleh terjual pada harga RM708,000. Mereka pun ada wang kertas seperti itu, kalau dapat jual harga 10% dari harga itu pun sudah memadai.
Untuk makluman anda yang belum tahu, wang kertas yang dijual mereka itu, telah berjaya dibida pada harga RM708,000 didalam acara lelongan yang dilakukan oleh mereka pada Oktober 2021. Kepada collector mungkin tiada masalah untuk faham mengenai wang tersebut tapi bukan collector pastinya tidak tahu kenapa wang kertas itu terjual dengan harga yang tinggi.
Kenapa Wang Kertas RM50 Terjual Sebanyak RM708,000?
1. Wang Kertas Itu Adalah Wang Kertas Peringatan
Untuk pengetahuan anda, Wang Kertas seperti yang dijual itu adalah Wang Kertas Peringatan untuk memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Ianya mula dijual pada 26 Disember 2007 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) dan di cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Harga jualan asal bagi satu set pada waktu itu ialah RM60 dan sebanyak dua puluh ribu (20,000) set sahaja dikeluarkan oleh BNM.
2. Ianya Berbeza Dengan Wang Kertas RM50 Peringatan Yang Diedarkan
Terdapat juga Wang Kertas RM50 peringatan 50 tahun Merdeka yang dikeluarkan didalam edaran. Rupa bentuknya sama tetapi terdapat perbezaan warna emas atau kuning ditepi wang kertas untuk wang kertas peringatan ini berbanding yang diedarkan didalam edaran.
3. Wang Kertas Ini Mempunyai Nombor Siri Yang Pertama
Jika anda lihat nombor siri wang kertas ini, ianya adalah no siri yang pertama AA0000001. Di dalam dunia numismatik, hanya Raja atau Sultan sahaja yang biasanya mendapat peluang menyimpan no siri yang pertama untuk sesuatu yang istimewa seperti wang kertas ini.
Oleh itu, ianya menjadi rebutan kepada para pengumpul duit lama atau digelarkan sebagai numismatik.
4. Ianya Dijual Di Dalam Acara Lelongan Awam
Untuk makluman kepada mereka yang tidak mengumpul duit lama, wang kertas ini terjual didalam satu acara lelongan awam yang disertai oleh para pengumpul duit lama dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.
Selain pengumpul duit lama, ada juga para pelabur yang turut serta di dalam acara lelongan. Oleh yang demikian, peluang untuk koleksi ini terjual pada harga tinggi adalah cerah berbanding anda cuba untuk menjual di kedai antik.
5. Keadaan Wang Kertas Yang Masih Baik
Wang kertas ini masih dijaha dengan baik sebab itu syarikat pengredan wang kertas luar negara Paper Money Guarantee (PMG) mengred wang kertas ini sebagai PMG66 EPQ.
Jika anda ada wang kertas ini dan selalu pegang wang kertas ini, jangan haraplah nak dapat gred sebegitu.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang