Tidak dinafikan, menguruskan majlis perkahwinan memerlukan kos yang agak tinggi, namun sekiranya kita pandai menguruskan sumber yang sedia ada, tidak mustahil banyak wang yang dapat dijimatkan dan majlis kita juga kekal menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan tindakan ibu bapanya yang tidak merestui dengan lelaki pilihannya hanya kerana lelaki itu tidak mampu dari segi kewangan.
Duit Hantaran RM5,000
Bercerita dengan lebih lanjut, di pengadu memberitahu bahawa ibu bapanya seakan mendesak dirinya untuk mendirikan rumah tangga memandangkan umurnya kini sudah mencecah 28 tahun.
“Setiap kali saya cakap tak jumpa lagi, nanti mak saya marah cakap saya tak mencari. Nanti lambat kahwin susah nak ada anak, nanti mak ayah meninggal tak sempat nak tengok cucu”
Namun berbeza pendapat dengan tuan punya badan yang tidak kisah hidup bersendirian malah wanita ini juga akui tidak mahu terburu-buru dalam perkahwinan kerana bimbang tersalah pilih suami. Tetapi baru-baru ini, dia memberitahu selesa berkawan dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Si pengadu mengatakan lelaki itu meluahkan rasa suka terhadapnya dan mahu menikahi beliau kerana usia mereka berdua hampir mencecah 30 tahun. Beliau juga membawa lelaki itu berjumpa dengan ibu bapanya dan mendapat beberapa soalan cepumas.
“Berapa berani bagi hantaran? Dia jawab 5K buat masa ni. Ayah terus tarik muka dan tak tanya apa-apa dah”
-kata si pengadu
Nak Kahwin Dekat Thailand
Selepas lelaki itu pulang, si pengadu memberitahu bahawa bapanya mula bising dan seakan mempersoalkan kemampuan lelaki terbabit yang hanya mampu memberi RM5,000. Lebih meruntun hati apabila si bapa mula membandingkan wang hantaran RM10,000 yang diterima oleh anak saudaranya. Si ibu pula bersetuju dengan pendapat si bapa.
“Anak saudara dia dapat RM10,000 dari driver lori. takkan lah yang kerja pejabat bagi RM5,000? Saya kecewa sangat dengan reaksi mereka. Ayah kata dia tak berkenan dengan lelaki itu”
Tambah wanita ini lagi, dia masih berkawan dengan lelaki itu malah mereka berdua juga saling mencintai, tetapi apa yang membuatkan dirinya risau dan buntu bagaimana cara untuk memujuk ibu bapanya supaya menerima lelaki pilihannya itu. Sehingga pada satu tahap, wanita ini sudah terfikir mahu berkahwin di Thailand sahaja.
Segelintir netizen juga menasihati wanita ini supaya beliau tidak membuat keputusan terburu-buru dengan berkahwin di Thailand kerana itu boleh mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya cari jalan supaya dapat mencapai kata sepakat dengan ibu bapa.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang