Home Artis Korea 7 Kdrama Lakonan So Joo Yeon, Ikonik Dengan Rambut Pendek

7 Kdrama Lakonan So Joo Yeon, Ikonik Dengan Rambut Pendek

0

So Joo Yeon merupakan pelakon wanita Korea yang memang terkenal dengan penampilan berambut pendek dan lesung pipitnya yang manis

Pelakon wanita ini memulakan debutnya dalam web drama yang berjudul Not Alright, But It’s Alright (2018).

Kini, So Joo Yeon sedang menarik perhatian ramai menerusi drama siri Dr. Romantic 3 yang ditayangkan di SBS. Kebolehan lakonannya juga dilihat semakin meningkat kerana telah membintangi berbagai-bagai projek untuk drama dan juga filem.

Berikut merupakan tujuh Kdrama yang dibintangi oleh So Joo Yeon:

 

So Ju Yeon

1. Dr. Romantic 2 dan 3 (2020 dan 2023)

Drama siri bertemakan medikal ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon popular. Melalui drama siri ini nama So Joo Yeon mula melambung naik. Dr. Romantic mengisahkan tentang perjuangan pasukan medik di Hospital Doldam yang didirikan di sebuah kampung. So Joo Yeon kembali sebagai doktor muda yang bernama Yoon Ah Reum. Dia kembali ke Hospital Doldam setelah melakukan kerja suka rela selama 3 tahun. Wataknya yang ceria menjadi daya tarikan tersendiri.

Soo joo yeon

2. Season of Blossom (2022)

Season of Blossom adaah adaptasi dari sebuah webtoon popular dengan tajuk yang sama. Drama siri ini mengisahkan tentang kejadian 6 tahun lalu yang menyebabkan Lee Ha Min mengakhiri hidupnya. Han So Mang (So Joo Yeon) adalah gadis yang periang dan ramah dan bersahabat baik dengan Lee Ha Min (Seo Ji Hoon) yang menyimpan banyak kesedihan. Disebabkan sebuah tragedi yang meragut cintanya, Han So Mang kembali lagi ke sekolah tempat dia bertemu dengan Lee Ha Min.

25f1aebe 36ae 4405 b7e3 ac5540cc2de33. A Love So Beautiful (2020)

A Love So Beautiful merupakan remake daripada drama Cina yang menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Shin Sol Yi (So Joo Yeon). Dia menaruh hati kepada sahabatnya sendiri, iaitu Cha Heon (Kim Yo Han) selama belasan tahun lamanya. Walaupun cintanya terus ditolak, Shin Sol Yi tetap mendekati Cha Heon hingga akhirnya dapat menghancurkan hatinya. Perjuangan cinta Sol Yi dalam menaklukkan pujaan hati menjadi salah satu perkara yang menarik dari drama ini.

c56e6da3 7fdd 4b3b aaec 4f3c8222954a4. Lovestruck in the City (2020-2021)

Lovestruck in the City selain dilakonkan oleh Ji Chang Wook dan Kim Ji Won, So Joo Yeon juga tampil menjadi watak pembantu. Dengan durasi setiap episod yang pendek, drama siri ini boleh dihabiskan dalam masa yang singkat sahaja. Drama siri ini membawakan tema dokumentari dan wawancara daripada enam orang lelaki serta wanita tentang kehidupan cintanya. Salah seorang daripadanya adalah Suh Rin I (So Joo Yeon), pekerja sambilan yang sedang menjalin hubungan dengan Choi Kyung Joon (Kim Min Seok).

8180a0ac 9b15 48c0 95a2 8194b4132f11

5. Wild Guys (2019)

Selain So Joo Yeon, Wild Guys juga membariskan Kim Kwan Soo dan Kim Ye Ji. Memiliki durasi 15 minit untuk setiap episod, web drama ringan ini sangat sesuai untuk ditonton ketika sedang berehat dan di masa terluang. Drama siri ini mengusung genre komedi, romantik, dan juga supranatural.
Wild Guys menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang bergabung dalam salah sebuah kelas kolej. Lee Jin Joo (So Joo Yeon) ternyata memiliki kekuatan supranatural yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya.

a2452c90 959b 4987 ac60 946b92c45b206. I Hate Going to Work (2019)

Membawa genre slice of life, drama siri I Hate Going to Work mengangkat tema kehidupan pekerja pejabat yang malas bekerja. So Joo Yeon membawa watak sebagai Lee Yoo Jin yang merupakan salah seorang pegawai jabatan perancangan di syarikat tersebut.
Drama siri ini dibintangi oleh Kim Dong Wan, Han Soo Yeon, So Joo Yeon, dan juga Kim Gwan Soo dengan jumlah 12 episod kesemuanya. Konflik cerita ini hanya berkisar sekitar pekerja pejabat dan jalan ceritanya sangat ringan, sesuai ditonton bersama-sama seisi keluarga.

b8f957c4 8043 4c1a 93ed 98a4a5b88d087. My Healing Love (2018)

Drama siri kekeluargaan yang bertajuk My Healing Love yang mengangkat kisah perjuangan seorang wanita yang bernama Im Chi Woo (So Yoo Jin). Dia mengalami berbagai bagai kesulitan dan masalah dalam hidupnya. Lebih malang baginya dia terpaksa mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang langsung tidak dicintainya. So Joo Yeon juga turut berlakon dalam drama siri ini. Dia dipilih untuk membawa watak pembantu yang bernama Yang Eun Joo, iaitu bekas kekasih Park Jung Seun (Im Kang Soon). Kisah dalam drama ini dapat memberi motivasi dan dorongan untuk menjadi seorang wanita hebat seperti Chi Woo.

So Joo Yeon tampaknya menjadikan rambut pendek sebagai gaya khas buatnya dalam berlakon untuk setiap drama siri Korea. Selain itu, wataknya juga sering digambarkan sebagai watak yang ceria dan mempunyai positive vibes yang ketara, tambahan pula dengan lesung pipitnya yang sungguh manis. Sudahkah anda menonton drama lakonan So Joo Yeon?

Baca Lagi: Jom Kenali Kim Joo Hun (Dr. Romantic 3) Yang Serba Boleh

Baca Juga: 5 Watak Yang Diharapkan Muncul Di “Sweet Home 2”