Home Entertainment Bloodhounds – Watak Antagonis Paling Kejam

Bloodhounds – Watak Antagonis Paling Kejam

0

Drama siri “Bloodhounds” sudah ditayangkan di Netflix pada 9 Jun 2023 yang lalu dengan jumlah 8 episod semuanya.

Drama siri “Bloodhounds” ini membawa kisah tentang dua orang petinju muda, Gun Woo (Woo Do Hwan) dan Woo Jin (Lee Sang Yi) yang masuk ke dalam dunia perniagaan pinjaman wang. Mereka perlu berhadapan dengan seorang lintah darat yang kejam bernama Kim Myeong Gil (Park Sung-woong) beserta konco-konconya.

IMG 0708

Pelakon veteren Park Sung Woong diberi kepercayaan untuk membawa watak villain utama dalam drama siri Bloodhounds ini. Watak Kim Myeong Gil yang dilakonkan telah berjaya membuat para penonton naik darah dan berasa benci teramat kerana kekejamannya yang melampau.

Berikut ini merupakan lapan tindakan kejam dan kejahatan yang dilakukan oleh Kim Myeong Gil, jom sama-sama kita lihat:

 

Bloodhounds 1. Kim Myeong Gil menipu peniaga kecil yang mempunyai kesulitan untuk membayar sewa pada masa pandemik COVID-19 dengan menjanjikan pinjaman dengan bunga rendah

e0f6a83e 6c23 43a0 bdc9 b54191e597da2. Dia juga menyuruh kaki tangannya untuk mencuri identiti gelandangan supaya mereka boleh meminjam wang dengan syarikat pinjaman wang lain dan mereka tidak perlu membayar pinjaman tersebut

84fdd492 edad 47c1 98e2 cf3ac08462b03. Hong Min Beom (Choi Siwon) yang berasal daripada golongan Chaebol juga diancam dengan video tanpa seurat benang yang dirakam oleh orang-orang Kim Myeong Gie47c64de 9b04 4f24 ae1a 41efd6a5a0cf4. Kim Myeong Gil juga tanpa ragu sanggup untuk membunuh Choi Tae Ho (Heo Jun Ho) yang dahulunya adalah ketuanya yang juga merupakan orang yang mengajarnya tentang selok belok perniagaan

3d8e0d0a 78d8 469b 9216 4974172a948e5. Pernah menjadi rakan sekerja, dia juga turut mengkhianati Hwang Yang Jung (Lee Hae Young), Lee Du Yeong (Ryu Soo Young), dan Moon Gwang Mu (Park Hoon)

6af1acfd 8dd7 4843 9737 926966db3c9e6. Dia langsung tidak takut untuk mencederakan polis Min Gang Young (Choi Young Joon), Kang Tae Yeong (Park Ye Ni), dan Yoon Han Gu (Lee Yoon Hwan)

e07b6d59 3a57 480e aa47 574d3f7838ef7. Untuk memperdaya Gun Woo dan Woo Jin, Kim Myeong Gil sanggup menculik dan menahan Oh In Muk (Min Kyung Jin) yang telah pun lanjut usia

15e5c963 c08c 415f bbff ff60de533b588. Dia juga pernah memukul orang hingga mati sewaktu dia sedang mabuk lalu menyuruh orang bawahannya untuk menguburkan mayat tersebut

3419c2ea 5773 4687 8ee5 1ec96b39c526Boleh dilihat bahawa Kim Myeong Gil tidak teragak-agak untuk melakukan setiap dosa dan kejahatannya. Tindakan tersebut dilakukan semata-mata untuk meraih keuntungan peribadi sahaja.

Baca lagi: “Bloodhounds” – 5 Pengajaran Berharga Daripada Siri Ini

Baca juga: “Bloodhounds” – Belakang Tabir Siri Netflix Terbaharu