Home Entertainment 5 Filem Korea Bertemakan Jenayah Siber

5 Filem Korea Bertemakan Jenayah Siber

0

Mencari filem Korea yang mengetengahkan isu jenayah siber yang menarik dan menakutkan? Jom lihat!

Industri filem Korea turut sama berkembang dengan era digital kini yang semakin berkembang pesat, kejahatan dunia maya juga menjadi perkara yang semakin menakutkan dengan bermacam-macam modus digunakan. Oleh kerana itu, kini terdapat banyak filem Korea yang membawa tema kejahatan di dunia alam maya atau kita disebut jenayah siber supaya masyarakat semakin sedar akan bahayanya.

Jika anda ingin menonton filem Korea yang bertemakan jenayah siber, anda wajib menonton lima filem Korea berikut ini:

 

1. Socialphobia (2015)

Filem korea

Socialphobia merupakan sebuah filem Korea menampilkan kisah bagaimana bahayanya komen jahat di media sosial dapat menghancurkan diri sendiri hingga meragut nyawa seseorang.

Cerita bermula sewaktu Ji Woong (Byun Yo Han) dan Yong Min (Lee Joo Seung) yang sedang bersedia untuk ujian menjadi polis membaca komen jahat dalam sebuah hantaran berita tentang kematian polis.

Tidak dapat menerima komen jahat seperti itu, kedua-duanya kemudian mencari identiti penulis yang menggunakan username Re Na itu untuk meminta dia melakukan permohonan maaf secara terbuka. Namun setibanya di rumah Re Na, mereka mendapat sebuah kejutan yang membuatkan hidup mereka tidak tenang.

2. Search Out (2020)

ddd3072f fb87 4cd8 b1e0 f8a3bb620123

Filem Korea “Search Out” mengisahkan tentang pelajar akademi polis yang bernama Sung Min (Lee Si Eon) dan juga Jun Hyuk (Kim Sung Cheol) yang merasa curiga akan kematian seorang pelajar yang bunuh diri. Sebelum pelajar itu bunuh diri, dia mendapat pesanan yang berbunyi “Apakah erti hidupmu?”.

Tidak lama selepas itu, Jun Hyuk (Kim Sung Cheol) juga menerima pesanan yang serupa. Dia dan Sung Min kemudian menghubungi seorang penggodam iaitu Nu Ri (Heo Ga Yoon) untuk mencari identiti pengirim pesanan tersebut.

Ketiga-tiga mereka menemui fakta bahawa pesanan itu dikirim secara tersusun dan telah memakan banyak mangsa. Namun tanpa mereka sedari, hidup mereka juga dalam bahaya.

3. Marionette (2018)

691842e3 5f69 4411 8941 c6b59aa8b5f6Marionette mengisahkan tentang Seo Rin (Lee Yoo Young) iaitu seorang guru di sekolah menengah yang hidupnya tidak tenang setelah menerima pesanan gambar mengaibkan tentang dirinya dari seseorang yang bernama Master.

Tidak cukup sampai di situ, Master juga mengancam Seo Rin untuk menyebarkan gambar aibnya itu jika dia tidak menghantar gambar yang lain.

Seo Rin kemudian bertemu dengan bekas detektif Kook Cheol (Kim Hee Won) untuk mencari siapakah pelaku yang selama ini membuat hidupnya menderita hingga ingin membunuh diri.

4. Unlocked (2023)

b4dae989 5767 430a a69c 91f9cbc4c5d6

Unlocked merupakan filem thriller yang diadaptasi dari sebuah novel Jepun yang bertajuk Sumaho o Otoshita dake karya Akira Shiga. Filem yang dsiarkan di Netflix pada 17 Februari 2023 ini menampilkan aksi kejahatan yang dilakukan melalui telefon bimbit. Dibintangi oleh Chun Woo-hee, Im Si-wan dan Kim Hee-won

Dalam filem ini pelakon wanita Chun Woo Hee dipilih menjadi pelakon utama sebagai Lee Na Mi iaitu seorang pekerja pejabat yang hidupnya hancur setelah kehilangan telefon bimbitnya.

Sementara itu Im Siwan membawa watak sebagai Oh Jun Yeong, iaitu seorang pemuda misteri yang menjumpai telefon bimbit Lee Na Mi kemudian menggodam dan menyalahgunakan data peribadi yang ada di dalamnya.

5. Cyber Hell: Exposing an Internet Horror (2022)

48164d82 47f4 4507 9c79 2326327105b6 1

Berbeza dengan keempat-empat filem yang telah disenaraikan di atas, Cyber Hell: Exposing an Internet Horror ini merupakan filem dokumentari yang mana berdasarkan kisah benar. Filem yang disiarkan di Netflix pada 18 Mei 2022 ini menceritakan tentang kes kejahatan Nth Room yang menggemparkan Korea Selatan pada tahun 2020.

Kes Nth Room sendiri merupakan kes di mana para pelaku memaksa dan memanipulasi mangsa yang rata-rata adalah gadis bawah umur untuk mengirimkan gambar dan video yang tidak senonoh.

Para pelaku kemudian menyebarkan foto dan video tidak senonoh para mangsa ke ruang forum online yang pengikutnya mencapai puluhan ribu orang.

IMG 0859

Menampilkan kisah yang sangat ngeri dan penuh tanda tanya, lima filem Korea yang tersenarai di atas wajib ditonton jika anda menyukai genre thriller misteri!

Baca lagi: 4 Filem Thriller Korea Tentang Misi Menyelamatkan Tebusan

Baca juga: 11 Fakta “Happiness Battle”, Harus Ditonton Bagi Peminat Genre Thriller Misteri