Home New Post Akhirnya Ini Nasib Jocelyn Chia Selepas Polis Malaysia Hubungi Bantuan Luar Negara

Akhirnya Ini Nasib Jocelyn Chia Selepas Polis Malaysia Hubungi Bantuan Luar Negara

0

Baru-baru ini tular seorang ‘pelawak’ yang dikenali sebagai Jocelyn Chia menjadi bualan netizen, di mana beliau membuat ‘jenaka’ menghina tragedi MH370 di sebuah kelab komedi. Reaksi beliau yang selamba membuat demikian telah mendapat kecaman hebat dari rakyat Malaysia.

Sebelum ini juga, beliau mengatakan penonton Malaysia yang berada di kelab itu juga tidak tersinggung dengan lawak yang dilakukan olehnya. Serta video klip Jocelyn Chia yang membuat komedi berdiri dengan memberi perbandingan antara Malaysia dan Singapura telah mengguris hati masyarakat Malaysia.

Dengan wajah mengejek telah menyentuh perihal tragedi MH370 sehingga mendapat kritikan daripada netizen termasuklah pelawak-pekawak dari Malaysia.

Screenshot 2023 06 13 191009

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapaykan maklumat dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengatakan, pihaknya akan melakukan permohonan berkenaan esok bagi membantu siasatan berhubung video klip yang telah ditular di media sosial baru-baru ini.

“Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan”
“Pada 7 Jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM”

Screenshot 2023 06 13 190719

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), hari ini.

Acryl berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Lihat apa kata orang ramai:

alang_zaid: Tapi bg aku audience yg dia bt lawak pun lebih kurg ja. Mmg tak semua tapi ramai gelak mcm support plk lawak dia

hafizj92: Ini yg kita mahukan.. selagi dia bernyawa, selagi itu kita jejak dia.. ini org takda hati perut… Langsung takda rasa bersalah… Bnyk lagi benda boleh dibuat lawak.. kenapa isu sensitif jgk kau jadikan bahan lawak??

chasing_starbabe: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

azreenwardahhhh: Go PDRM… cari jangan tak cari…dia main isu sensitif..

wan_xback2: Hahaha awl ii bkn main lagi tknk minta maaf sbb hina org yg meninggal…. lpstu konon sndiri ckp tkde dendam dgn malaysia. Last ii pdrm cari die smpi lubang cacing….. pdana muka hang

slayz: Kauuu polis diraja Malaysia tengah cari kau nenek Jocelyn maricah hahaha main2 lagi ban sensitive

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Gempak