Azrul Nizam Azali berusia 29 tahun, pernah bekerja di sebuah syarikat cari hali minyak di Terengganu sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2016. Beliau mesra disapa sebagai Ayul, akui berat hati dengan keputusan itu namun berlapang dada demi menguruskan ibunya, Fatimah Ariffin yang mengalami masalah buah pinggang.
Enggan mempersiakan masa yang ada selepas pulang ke kampung di Yan, Kedah. Dia mula berniaga cream puff sebelum mengorak langkah menjadi pengusaha kek sejak awal tahun 2017.
“Saya bermula dengan jual cream puff di rumah. Kemudian dah mula ada pelanggan, saya cuba ikut mereka. Baru saya buat kek”
“Dari situ saya menapak ke satu tapak yang lain. Pada tahun 2019, saya buka kedai kemudian tahun 2020 saya buka sebuah lagi kedai”
“Satu kedai untuk production, satu kedai lagi untuk jualan”
Berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tidak pernah putus. Mengimbas detik peralihan kerjaya itu, Ayul mengatakan beliau sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga ibu bapanya. Beliau juga mengatakan, berkat menjaga ibu, urusan perniagannya juga dipermudahkan dan dia bersyukur dengan rezeki yang diraoh selama ini.
“Saya kerja offshore tiga tahun. Masa mak mula sakit, saya ambil cuti tanpa gaji selama empat bulan, tapi keadaan itu agak sukar buat saya. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti”
“Hanya saya dan adik yang belum kahwin, jadi saya berkorban untuk jaga mak. Saya yang uruskan dialisis mak pada masa sama saya buat bisnes”
“Tipulah kalau tak rindu kerja yang dulu, sebab ia cukup berbeza dengan apa yang saya lakukan sekarang, tetapi saya percaya ada hikmahnya”
Ayul mengatakan pada tahun 2022 beliau telah buka sebuah kilang roti dan bersyukur mengambil tanggungjawab untuk jaga ibubapanya.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: InfoRakyat