Home New Post Rakaman Vios Langgar Kereta Parkir Depan Rumah Sebelum Cabut Lari Tarik Perhatian...

Rakaman Vios Langgar Kereta Parkir Depan Rumah Sebelum Cabut Lari Tarik Perhatian Netizen

0

Banyak kes yang pastinya kita pernah dengar di mana terdapat segelintir pemandu yang tidak mahu bertanggungjawab setelah melakukan kesalahan. Kebanyakan kesalahan mereka itu dapat dilihat menerusi cctv yang dipasang.

Di tiktok tular sebuah rakaman cctv di mana memperlihatkan sebuah kenderaan jenis Vios yang dilihat terlanggar kereta yang diparkir di hadapan perumahan Matang Jaya, Sarawak. Dapat dilihat pemandu tersebut yang terus melarikan diri tanpa mahu memeriksa keadaan kereta tersebut. Situasi tersebut telah mendapat perhatian netizen dan masing-masing menyalahkan kereta yang dilanggar tersebut berikutan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

“Bukan parking dpn rumah,parking tengah jalan”

“salah orang yang parking”

“tapi rasanya situ bukan tempat parking…itu jalan pihak majlis pembandaran dah..”

Baca juga : “Dah 2023 Pun Masih Nak Main Cop Parking”-Lagi Kes Cop Parking

Lihat rakaman cctv di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga komen netizen :

@Ummi Nayla Nadia : ni mesti jenis.. ade parking pergi tambah bilik ke ape.. pastu kereta beli 2 3 park luar..

@Bujangcantik : mmg zaman skrg garaj buat hiasan.atau rumah direnovate hingga hilang garaj.parking kereta merata2

@matyoe88 : rumah taman kebanyakan mmg parking,kadang²nak lalu pon susah..dlm pagar blh je parking,nak parking luar jgk,bila kena langgar mula la jadi oink²…

@johnroy : pernah kena owner rumah kena saman 300 x silap kat balai…

@Aradell : area rumah aku pun ade jenis yg parking tegak mcmni. jalan jadi sempit

@Bbmom : sama mcm perumahan aku. kat porch tak letak kereta penuh dgn brg atau renovate tarik penuh smpi x de porch. pastu nk lalu aku kena kuruskan kereta aku

@erwan : terima kasih vios sbb bg ramai kesedaran jika berlaku pd diri warga tt yg tgok video ni

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram