Tidur sangat penting untuk kanak-kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik. Kajina juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama anak-anak.
Menurut Hana Shahadan, yang juga pengasas Mommy Hana, beliau berkongsi 7 ilmu tidurkan anak yang ramai ibu bapa tidak tahu, sebagai panduan memastikan anak dapat tidur yang selesa dan cukup.
1. Lampu Tidur
Lampur tidur yang malap cahayanya mampu menaikkan hormon melatonin anak. Hormon ini juga mampu membantu anak rasa mengantuk dengan lebih cepat.
2. Jaga Waktu Tidur Anak
Sebolehnya pastikan anak tidur pada waktu yang sama setiap malam. Sebaiknya, tidurlah sebelum pukul 10 malam.
Berdasarkan kajian, anak yang mempunyai masa tidur yang sama lebih berkemahiran dalam membaca serta pandai matematik.
3. Jauhkan Gadget Sebelum Tidur
Gadget mempunyai magnet yang sangat kuat terutamanya anak. Sekali anak dapat, sukar untuk dilepaskan, membuatkan mereka mengamuk dan menjadi liat untuk melelapkan mata.
4. Hindari Kafein
Kafein ini bukanlah sekadar kopi, namun ada juga segelintir ibu bapa yang memberikan air yang berkafein kepada anak-anaknya. Tetapi jangan tidak tahu, selain kopi, teh, coklat, aiskrim dan cereal juga mempunyai kafein. Jadi sebaiknya, cuba hindari makanan sebegini sebelum mahu tidurkan anak.
5. Elakkan Anak Dari Overtired
Aktiviti yang memenatkan ini memang bagus untuk anak, tapi seeloknya jangan dibuat pada waktu malam, tetapi buatlah pada waktu siang.
Biasanya anak yang overtired akan susah untuk tidur.
6. Sediakan Tempat Khas Untuk Anak Tidur
Jangan buat aktiviti lain di tempat tersebut kecuali untuk tidur. Lagi baik jika kita sudah didik anak untuk tidur di tempat yang sama sejak mereka masih kecil lagi.
Bila ada tempat khas untuk anak tidur, ianya mampu membuatkan anak cepat lelap kerana badan dan otak anak boleh berhubung dengan tempat itu sebagai tempat untuk tidur.
7. Jadikan Tidur Siang Sebagai Rutin Buat Anak
Tidur siang untuk anak ini tidak perlu terlalu lama. Cukuplah sekadar 15 hingga 30 minit setiap hari untuk topup kembali waktu tidur mereka yang berkurang.
Jangan pula terlebih tidur, takut-takut anak jadi susah tidur pada waktu malam. Lagipun kalau anak terlebih tidur waktu siang, badan mereka akan lebih cepat rasa penat dan malas.
Tidur waktu siang ini juga berbeza mengikut usia anak. Semakin kecil anak, maka semakin baik untuk mereka dapatkan tidur siang dengan lebih lama.
8. Ibu Bapa Tidur Sekali Bersama Anak
Bila kita sudah minta anak tidur lebih awal, kita pun kenalah tunjuk contoh tauladan yang baik dengan tidur juga. Boleh bayangkan, ibu bapa minta anak tidur, tetapi kita masih tengok televisyen atau main telefon bimbit. Agak-agak anak mahu tidur?
Lagipun, sangat bagus kalau ibu bapa dapat tidur awal. Jika ada perkara mahu dibuat, boleh dibuat dengan bangun pada awal pagi.
9. Pasangkan Audio
Audio penenang ini sangat berguna lagi-lagi buat anak yang sukar untuk tidur. Antara audio yang boleg dipasang ialah bacaan Al-Quran, alunan zikir serta lullaby.
Sebaiknya pasangan audio ini melalui peranti yang bebas radiasi seperti Islamic Audio Device.
Ianya selamat untuk minda dan perkembangan anak, selain mampu membuatkan anak mendapatkan deep sleep yang sangat bagus untuk kesihatan diri.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: InfoRakyat