Home Entertainment Bitch X Rich: 6 Sifat Negatif Kim Hye In

Bitch X Rich: 6 Sifat Negatif Kim Hye In

0

Bitch X Rich telah menayangkan episod perdana pada 31 Mei 2023

Drama siri “Bitch X Rich” ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Cheongdam yang penuh dengan perbezaan status sosial, antara kaya dan miskin.

IMG 8244 1

Setakat ini, memang ada perlakuan yang tidak menyenangkan daripada pelajar kaya kepada pelajar miskin. Terdapat satu watak utama yang menarik perhatian ramai, iaitu Kim Hye In (Lee Eun Saem).

Dia berasal dari keluarga berpendapatan rendah yang masuk ke sekolah elit tersebut kerana satu perkara. Menariknya, watak Kim Hye In ini dibenci penonton walaupun ada yang lebih jahat darinya iaitu Baek Je Na (Yeri Red Velvet).

Baca juga: Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

Jadi, apakah yang membuatkan penonton kesal dengan Kim Hye In? Bagi anda yang belum menonton, berikut merupakan beberapa sikap negatif karakter Kim Hye In selama 6 episod ini dalam “Bitch X Rich”. Jom sama-sama kita lihat!

Bitch X Rich1. Memalsukan identiti

Dia mengaku berasal dari lulusan Universiti Hanguk. Sebenarnya, bukan dia yang menjadi guru tetapi rakannya, Lee Sun Joo (Kwon Se Eun). Dia disuruh oleh Lee Sun Joo untuk menggantikan tempatnya namun dengan identiti lulusan Universiti Hanguk. Sebenarnya boleh sahaja dia menolak tawaran kawannya tersebut.

IMG 1359

Apabila dia bertemu dengan ibu Kang Na Yeon (pelajarnya), dia langsung tidak berterus terang tentang latar belakang pendidikannya.

d885221b d8ea 4416 9e1d 9edf28ac05fb2. Mudah terpengaruh dengan keadaan

Ada satu dialog yang mana Lee Sun Jo pernah mengatakan bahawa untuk apa bekerja keras jika lahir miskin dan memang tidak akan mengubah nasib. Kim Hye In yang mendengar kata-kata tersebut terus berubah pola pemikirannya. Ditambah pula dengan adanya orang-orang sekelilingnya yang dirasakan menyesakkan dadanya. Dia mula mengeluh dengan kehidupannya yang miskin.

56701e95 affb 4bb7 b2ac 8f1e6c67fdb93. Menyentuh barang orang lain tanpa izin

Setelah rasmi menjadi guru kepada Kang Na Yeon, dia mengambil kesempatan untuk mencuba barang berharga milik pelajarnya tersebut. Dia memuat naik foto dirinya mengenakan barangan tersebut ke Instagramnya. Perkara ini dilakukan kerana dia mengaku kepada kawan-kawannya di Sekolah Sunwoo bahawa dia adalah anak orang kaya.

f5ad7b9d 003b 46ca baa7 ea326721f7fa4. Menuduh orang sembarangan

Kim Hye In terkejut melihat kasut berharganya sudah tidak ada lagi di dalam toilet. Kebetulan waktu itu bertemu dengan Baek Je Na yang menggunakan kasut sama dengannya. Kim Hye In terus menuduh Baek Je Na telah mencuri kasut miliknya. Perkelahian pun terjadi.

01fd1c2d 0605 4bf9 b450 78706d925a5d5. Mengambil kesempatan demi keuntungan peribadi

Setelah tragedi pembunuhan pelajar yang terjatuh dari tingkat atas terjadi, Kim Hye In mengaku tidak melihat wajah pelaku sebenar kepada pengarah Sekolah Kebangsaan Cheongdam. Hasil pengakuannya, dia menjadi pelajar di sekolah elit tersebut melalui sebuah projek pendidikan yang disediakan. Namun, kehidupannya tidak berjalan dengan lancar kerana dikejar dan dibuli pula oleh kumpulan Baek Je Na.

IMG 1367

Dia telah dibantu oleh Seo Do Eun (Lee Jong Hyuk), anak lelaki kepada pengarah Sekolah Kebangsaan Cheongdam. Ternyata, Seo Do Eun mendekati Kim Hye In kerana ingin tahu siapakah pembunuh Kim Hae In (Jang Sung Yoon). Mempunyai banyak akal, Kim Hye In mengajukan syarat supaya Seo Do Eun menjadi kekasih olok-oloknya. Dia membuat permintaan tersebut supaya gadis tersebut tidak dibuli lagi oleh kumpulan Baek Je Na.

6563f3d7 2ab6 4580 ab8f a75ea57cf4436. Terlalu memaksa diri

Setelah berita Kim Hye In yang kini bercinta dengan Seo Do Eun tersebar, dia pun diundang rakan sekelasnya untuk menghadiri sebuah pesta, Sorority Party. Sebenarnya dia tidak ingin hadir ke pesta berkenaan kerana tidak mempunyai gaun. Namun Lee Sun Joo menyarankan untuk dia meminjam gaun Kang Na Yeon, dia pun memenuhi undangan sahabatnya tersebut. Dengan syarat, gaun itu tidak boleh kotor akhirnya Kim Hye In pun meminjam gaun tersebut. Setelah sampai di pesta tersebut, ternyata dia masih dibuli secara verbal. Gaunnya juga kotor akibat tertumpah minuman.

Sudah berjalan 6 episod, apakah Kim Hye In akan berubah untuk sedar diri dan memahami keadaan yang sebenarnya? Atau adakah mungkin dia semakin besar kepala? Tinggal 4 episod sahaja lag! Jangan lupa saksikan drama siri ini.

Baca lagi: 10 Fakta Yoo Jung Hoo, Pelakon “Bitch X Rich”

Baca juga: “Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat