Home Entertainment 20 Kdrama Kurang Dari 13 Episod, Boleh Binge-Watch!

20 Kdrama Kurang Dari 13 Episod, Boleh Binge-Watch!

0

Kalau berbicara mengenai Kdrama siri dari Korea Selatan pasti tidak akan habis. Jalan cerita yang menarik dan episod yang cukup banyak (rata-rata di 16 epsiod) pasti membuatkan anda ketagihan untuk menonton.

Kdrama

Buat anda yang tidak suka untuk menonton Kdrama kerana episodnya yang terlampau banyak, kami mempunyai cadangan khas untuk anda.

Berikut merupakan senarai 20 tajuk Kdrama yang episodnya kurang dari 12. Jom sama-sama kita lihat:

 

1. The School Nurse Files (2020)

Drama The School Nurse Files ini dibintangi oleh Jung Yu Mi dan Nam Joo Hyuk. Drama ini diadaptasi dari novel tahun 2015 karya Chung Serang yang bertajum School Nurse Ahn Eunyoung. Drama ini membawa penonton berteka-teki dan makin tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi seterusnya.

2. Strangers From Hell (2019)

Drama thriller ini hanya mempunyai 10 episod. Strangers From Hell menceritakan tentang Yeon Woo (Im Si-wan) yang baru pindah ke Seoul untuk bekerja.
Asrama murah tempat tinggalnya sangat suram, jiran-jiran Yeon Woo merupakan sekelompok orang yang aneh dan menakutkan.

Baca juga: 12 Watak Protagonis Kdrama Berakhir Tragis

3. Kingdom (2019)

Drama Kingdom ini diadaptasi dari webtoon yang bertajum Burning Hell Shinui Nara yang ditulis oleh Kim Eun Hee dan diilustrasikan oleh Yang Kyung Il. Bagi setiap musim, drama ini hanya mempunyai enam episod sahaja. Drama Kingdom mengisahkan tentang Putera Mahktota Dinasti Joseon (1392-1910) yang bernama Lee Chang (Ju Ji Hoon). Dia dituduh khianat dalam permainan politik setelah raja dijangkiti sejenis penyakit yang mematikan yang mengubahnya menjadi zombie.

4. Argon (2017)

Drama siri ini disiarkan oleh tvN pada September 2017 hanya memiliki lapan episod. Drama Argon mengisahkan tentang Kim Baek Jin (Kim Ju Hyuk) yang bekerja sebagai pembaca berita dan juga wartawan yang investigatif. Dia memimpin satu kumpulan penyiasatan yang bernama Argon.
Terdapat juga wartawan lain yang bernama Lee Yeon Hwa (Chun Woo-hee) yang diberi kontrak selama enam bulan. Sewaktu kontraknya hanpir selesai, dia dipindahkan untuk bekerja di kumpulan Argon dan mendapat didikan yang keras dan ketat oleh Baek Jin.

5. Avengers Social Club (2017)

Drama yang dibintangi oleh Ra Mi Ran, Lee Yo Won dan Myung Se Bin ini hanya mempunyai 12 episod sahaja. Drama Avengers Social Club menceritakan tentang tiga orang wanita yang bergabung dan bekerja sama untuk melakukan aksi balas dendam kepada orang-orang yang telah menyakiti mereka.

6. Sweet Home (2020)

Drama popular Netflix ini merupakan adaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama. Sweet Home dibintangi oleh beberapa orang pelakon ternama seperti Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, dan ramai lagi.
Drama yang hanya memiliki 10 episod ini menceritakan tentang keadaan dunia yang dilanda wabak hingga membuat seluruh manusia tiba-tiba berubah menjadi raksasa. Drama Sweet Home menjadi salah satu drama produksi Netflix dengan bajet yang sangat besar.

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru Bakal Tayang di Netflix

7. The Light In Your Eyes (2019)

Drama The Light In Your Eyes merupakan salah satu drama yang memounyai 12 episod saja. Drama yang singkat dan padat ini menceritakan tentang Kim Hye Ja (dilakonkan oleh Han Ji Min dan Kim Hye Ja) yang dapat mengulang kembali waktu. Namun kerana itu, dia perlu kembali muda.

8. Pegasus Market (2019)

Drama milik tvN ini merupakan adaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama. Pegasus Market menceritakan tentang kehidupan para pekerja di sebuah pasaraya yang hampir muflis. Kemudian mereka mendapat seorang bos baru yang ternyata seorang yang luar biasa.

9. Nevertheless (2021)

Drama yang menjadi perbualan ramai kerana ceritanya yang menarik ini hanya mempunyai 10 episod sahaja. Dibintangi oleh Song Kang dan Han So Hee, drama Nevertheless menjadi perhatian kebanyakan peminat Kdrama. Drama ini menceritakan kisah romantik Park Jae Eon (Song Kang) yang tidak suka dengan hubungan romantik, namun suka menggoda ramai wanita. Sedangkan, Yoo Na Bi (Han So Hee) yang ingin sangat bercinta, namun tidak percaya dengan cinta.

10. Move to Heaven (2021)

Seterusnya, drama siri Netflix Move To Heaven dengan episod yang berjumlah 10 sahaja. Drama ini dibintangi oleh Tang Joon Sang dan Lee Jae Hoon sebagai pelakon utama, dan ramai lagi pelakon terkenal lain. Move To Heaven menceritakan tentang Geu Ru (Tang Joon Sang) penghidap sindrom Asperger dan pakciknya, Sang Gu (Lee Jae Hoon). Mereka meneruskan perniagaan ayah Geu Ru, iaitu sebagai pembersih trauma yang membersihkan harta benda orang mati. Drama ini dijamin akan membuatjab para penonton menitiskan air mata di setiap episod!

11. D.P (2021)

Drama siri D.P yang hanya mempunyai enam episod di Netflix. Walau cuma enam episod, penonton dijamin akan tutut sama-sama hanyut dengan ceritanya yang mencemaskan dan menyentak-nyentak hati. D.P menceritakan tentang Ahn Jun Ho (Jung Hae In) yang menjalani latihan ketenteraan wajib dan terpilih menjadi Polis Ketenteraan. Dia bergabung dengan division Deserter Pursuit yang tugasnya adalah untuk menangkap orang yang lari dari tugasan ketenteraan. Bersama rakannya, Han Ho Yeol (Koo Kyo Wan), Jun Ho memburu para pesalah yang mempunyai cerita dan latar belakang masing-masing.

12. Extracurricular (2020)

Dilancarkan di Netflix, Extracurricular menceritakan tentang Oh Ji Soo yang dikenali sebagai seorang pelajar yang pendiam dan pintar. Seperti tajuknya juga, selain menjadi seorang pelajar sekolah, ternyata Ji Soo mempunyai pekerjaan tambahan di luar waktu belajar yang ternyata sebenarnya boleh mengancam hidupnya. Demi wang, Ji Soo rela melakukan apa sahaja termasuk perkara yang tidak baik sehingga di sinilah mula muncul ancaman berkaitan sindiket kejahatan yang melibatkannya. Drama siri ini cuma mengandungi 10 episod sahaja.

Baca juga: 10 Kdrama Pembunuhan Penuh Plot Twist, Berjaya Buat Penonton Tergamam

13. My Name (2021)

Drama siri yang dibintangi oleh Han So Hee ini menceritakan soal kisah balas dendam Yoon Ji Woo diatas kematian ayahnya pada saat hari jadinya yang ke-17. Ji Woo memilih untuk menjadi anak buah Choi Mu Jin yang merupakan mafia iaitu bekas bos ayahnya.
Setelah berlatih di bawah tunjuk ajar Mu Jin, Ji Woo melakukan penyusupan ke unit anti dadah di jabatan polis. Dia menyamar menjadi detektif dan mula melakukan penyiasatan tentang siapakah sebenarnya yang membunuh ayahnya. Hanya 8 episod sahaja, drama siri bukan hanya menghadirkan adegan aksi semata-mata.

14. Hellbound (2021)

Diadaptasi dari webtoon legenda, drama siri ini menyajikan kisah dengan kemunculan makhluk supranatural yang tiba-tiba muncul untuk menghukum manusia berdosa ke neraka. Drama siri ini juga menyajikan cerita tentang ajaran sesat The New Truth yang disyaki menjadi dalang setiap kejadian aneh yang berlaku. Drama siri menarik ini menyajikan 6 episod sahaja dan boleh ditonton di platform streaming Netflix.

15. Narco-Saints (2022)

NARCO-SAINTS menceritakan tentang seorang pemuda biasa yang menjadi ahli perniagaan. Dia bukanlah seorang usahawan biasa kerana dia perlu menjalani sebuah misi rahsia bersama kerajaan di Korea Selatan.
Misi rahsia yang perlu dilakukannya adalah membantu untuk menangkap seorang mafia dadah yang berasal dari Korea Selatan yang menyamar sebagai pastor di Suriname, Amerika Selatan. Drama siri NARCO-SAINTS ini mempunyai 6 episod sahaja.

16. Somebody (2022)

Drama siri ini mengisahkan tentang seorang pembunuh psikopat yang menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk memancing para mangsa masuk ke perangkapnya.
Drama siri ini hanya menyajikan 8 episod dan boleh ditonton di aplikasi streaming Netflix.

17. Pachinko (2022)

Drama siri yang menyajikan 8 episod ini menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Sunja yang selama beberapa tahun telah ditinggalkan oleh pasangannya yang bernama Hansu. Sunja ditinggalkan dalam keadaan hamil dan dianggap telah memberi malu dan aib kepada keluarganya.
Dia kemudian berkahwin dengan seorang pendeta muda dan memilih untuk pindah ke Jepun. Ternyata kehidupan Sunja tidak semudah yang disangka, banyak liku hidup yang perlu ditempuhinya setelah memilih untuk bersama pendeta tersebut. Tonton drama siri ini hanya di Apple TV!

18. Queenmaker (2023)

Hanya 11 episod sahaja, drama siri yang disiarkan di Netflix ini menceritakan tentang Hwang Do Hee yang dangat pintar di sebalik Kumpulan Eunsung. Pada awalnya dia setia mengabdi diri, namun kerana dikhianati oleh bos sendiri, dia melawan kumpulan syarikat tempatnya dulu bekerja melalui jalur politik.
Dalam drama ini anda akan melihat liciknya setiap ahli perniagaan dan ahli politik dalam merapas kekuasaan.

19. Anna (2022)

Yu Mi dalam drama siri ini diceritakan menjalani kehidupan yang sangat berbeza dengan dirinya sendiri. Kerana sebuah pembohongan yang dilakukannya, dia berjaya mengahwini suaminya yang bernama Ji Hun. Dalam drama siri 6 episod ini, anda bakal disajikan kisah penuh pembohongan dan tipu daya.

20. The Silent Sea (2021)

Drama siri ini menceritakan tentang kehidupan di bumi yang telah berada di tahun 2075. Pada masa itu, manusia berada dalam situasi sukar, kerana terjadi krisis makanan dan air. Akhirnya, sebuah misi ke bulan dijalankan untuk mengatasi krisis ini. Sekelompok kumpulan penyelidikan dikerahkan untuk meneliti sebuah sample misteri di pusat penyelidikan yang sudah lama terbengkalai.
Drama dengan 8 episod ini wajib anda tonton kerana menyajikan cerita yang menarik.

Baca lagi: 7 Fakta Oh Hung Se Dalam Kdrama Revenant, Watak Yang Pernah Ditolak Gong Yoo