Home News Cuba 9 Tips Kurangkan Haba Panas Dalam Rumah Anda

Cuba 9 Tips Kurangkan Haba Panas Dalam Rumah Anda

0

Meskipun cuaca di negara kita terlalu panas, tapi tak semua kediaman mempunyai penghawa dingin. Alat ini bukan sahaja mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat bila digunakan.

Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan sahaja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang-kala panasnya hingga ke malam hari dan tidur pun agak sukar, kerana hangat serta berpeluh.

Bagi mengatasi masalah bahang di dalam rumah anda yang tiada penghawa dingin, anda boleh lakukan tips ini untuk mengurangkan rasa haba panas dalam rumah.

1. Letak Ais Ketul Dalam Bilik

Screenshot 2023 06 17 161901

Buat ais dalam plastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kiaps berdiri, letakkan besen ais ini dihadapan kipas.

Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekaligus mengurangkan kepanasan dalam bilik.

2. Letak Besen Berisi Air Dalam Bilik

Screenshot 2023 06 17 161916

Dikatakan dengan meletakkan besen- besen air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air besen itu tadi.

Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.

3. Halakan Kipas Ke Arah Tingkap

Screenshot 2023 06 17 161930

Beberapa orang mengatakan pasang kipas dengan laju pun masih sama berasa bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.

Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat di tolak keluar.

4. Guna Lampu Dari Jenis Kurang Memancarkan Haba

Screenshot 2023 06 17 162052

Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulb’, tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.

Selain itu, ‘flourescent bulb’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik, dan padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.

5. Letakkan Pokok Ekor Kucing Dalam Rumah

Screenshot 2023 06 17 162152

Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman membantu menyejukkan ruang.

Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, palma, Anthurium sp, Caladium sp, Dieffenbachia sp, Begonia sp dan banyak lagi. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.

6. Beli Pelembap Udara

Screenshot 2023 06 17 162304

Beli pelembap udara atau ‘humidifier’, ia tidaklah semahal aircond dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.

Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.

7. Tukar Cadar

Screenshot 2023 06 17 162347

Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.

8. Tutup Langsir

Screenshot 2023 06 17 161842

Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.

9. Tidur Bahagian Bawah

Screenshot 2023 06 17 162816

Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda, selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang