My Perfect Stranger baru sahaja melabuhkan tirainya dalam 16 episod baru-baru ini.
Drama siri tersebut berakhir bahagia dengan kembalinya Yoon Hae Jun (Kim Dong Wook) dan Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) ke masa depan dengan selamat. Bukan hanya itu, perubahan di masa lalu juga membuatkan masa depan kedua-duanya menjadi lebih baik dan penuh dengan kebahagiaan.
Setelah My Perfect Stranger tamat, beberapa buah Kdrama terbaru yang dibintangi oleh para pelakon My Perfect Stranger akan ditayangkan untuk menghiburkan para penonton.
Terdapat juga beberapa buah Kdrama yang sudah ditayangkan pada tahun ini. Berikut ini merupakan sepuluh drama siri terbaru tersebut:
1. Kim Dong-wook juga menyiasat kes bersama penipu genius dalam Kdrama Delightfully Deceitful. Dia membawa watak sebagai seorang peguam dengan sifat empati yang berlebihan
2. Jin Ki Joo disahkan bergandingan dengan Song Kang Ho dan Byun Yo Han dalam drama siri Uncle Samsik yang berlatarkan masa pada pergolakan 1960-an
3. Menampilkan gabungan antara Ji Hye Won dan Lee Won Jung, Hierarchy akan ke ditayangkan di Netflix dengan fokus kepada kisah sekolah berprestij di Korea Selatan
4. Setelah menjadi ibu Jin Ki Joo, Lee Ji Hyun akan kembali dalam drama siri The Miracle Brothers, drama siri tentang dua orang lelaki dengan latar belakang yang berbeza
5. Baru sahaja tamat, Dr. Romantic 3 mengisahkan tentang kehidupan di Hospital Doldam. Lee Ji Hyun menjadi bintang undangan sebagai pemilik kedai makan
6. Ditayangkan bermula 23 Jun, Revenant menampilkan lakonan Lee Kyu Hoe dengan menceritakan tentang seorang wanita yang dirasuk iblis
7. Bergabung dengan Joo Ji Hoon, Jung Jae Kwang akan berlakon dalam drama siri yang bertemakan perubatan yang bertajuk Severe Trauma Center: Golden Hour sebagai doktor pelatih
8. Diadaptasi dari webtoon berjudul sama, Moving mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai kekuatan supranatural. Kim Jong Soo turut berlakon dalam drama siri ini
9. Jung Shin Hye juga dipilih untuk berlakon dalam drama The Moon that Rises in the Day. Drama siri tersebut menceritakan tentang kisah cinta dua era
10. Kim Hye Eun tersenarai sebagai pelakon dalam drama siri Strangers yang mengisahkan tentang ibu dan anak. Drama siri ini dijadualkan tayangannya pada 17 Julai 2023 akan datang!
Kisah misteri yang penuh plot twist dalam drama My Perfect Stranger membuatkan ramai penonton akan merindui lakonan setiap pelakonnya. Untungnya, berbagai-bagai projek Kdrama telah dipilih mereka sebagai comeback setelah My Perfect Stranger.
Baca lagi: “Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan
Baca juga: 7 Pelakon Wanita Korea Ini Dulu Langsung Tidak Meminati Dunia Lakonan