Home Entertainment Persamaan Kdrama Bitch X Rich dengan The Glory

Persamaan Kdrama Bitch X Rich dengan The Glory

0

Bitch X Rich (2023) telah menayangkan episod terbarunya dari jumlah 10 episod.

Setakat ini jalan cerita Bitch X Rich cukup mencuri perhatian ramai penonton sehingga menjadi topik perbualan yang hangat bagi para peminat dan pencinta Kdrama.

Tambahan pula, Bitch X Rich memang mengingatkan para penonton dengan drama siri yang popular pada awal tahun 2023, iaitu The Glory (2022).

IMG 2497

Bitch x Rich ini menjadi debut Yeri Red Velvet sebagai watak antagonis. Yeri bergandingan dengan Lee Eun Saem, pelakon dengan gelaran ‘Miss Shibal’ dalam All of Us Are Dead (2022).

Jom sama-sama kita lihat persamaan antara kedua-dua drama siri tersebut seperti berikut ini:

1. The Glory dan Bitch X Rich masing-masing membawa tema buli

fb4bf340 b6fc 487f 93b2 c1f8aa2bd1df 1

Dalam Kdrama The Glory, terdapat watak Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) yang begitu angkuh dan membuli kawan-kawan satu sekolahnya, iaitu Moon Dong Eun (Song Hye Kyo). Kes buli tersebut terjadi dengan begitu sadis. Bukan hanya kekerasan secara verbal, Moon Dong Eun juga mengalami trauma secara fizikal dan mental.

IMG 2504
Sementara itu, terdapat juga watak Baek Je Na (Yeri) yang melakukan jenayah buli dalam Kdrama Bitch X Rich. Baek Je Na selalu menjatuhkan mental mangsanya dengan menggunakan kata-kata yang tajam dan kejam. Park Yeon Jin dan Baek Je Na melakukan perkara buruk ini secara berkumpulan dengan kumpulan mereka masing-masing.

Baca lagi: Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

2. Para pembuli mempunyai alasan yang sama

IMG 2500

Park Yeon Jin dan Baek Je Na berasal daripada keluarga kaya raya dan dipandang tinggi. Kehidupan mereka juga sangat mewah dan cukup dari segi segala hal. Bahkan, ibu bapa untuk kedua-dua karakter ini tanpa segan silu sanggup membayar dan merasuah untuk menutup kes kejahatan mereka.
Sikap tidak bermoral ibu bapa mereka telah membuatkan mereka tidak pernah merasa takut akan sebarang hukuman.

IMG 2505

Latar belakang keluarga yang dimiliki juga turut menimbulkan sifat angkuh dan sombong dalam diri masing-masing. Park Yeon Jin dan Baek Je Na mempunyai perasaan benci tersendiri kepada kawan sekolah yang lebih miskin. Perkara ini menjadi salah satu alasan hingga terjadinya kes buli.

Baca juga: “Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat

3. Gambarkan ironi tentang status sosial antara yang kaya dan yang miskin

IMG 2506Dalam drama siri The Glory, Park Yeon Jin sudah terbiasa memakai barangan-barangan mewah yang sangat mahal. Sementara itu dalam drama siri Bitch X Rich, Kim Hye In (Lee Eun Saem) pernah secara diam-diam memakai barangan mewah milik muridnya hanya untuk menunjuk di media sosial.

IMG 2502

Ironinya, anak-anak dari keluarga kaya dilihat dengan mudah mengumpul barang-barangan tersebut, padahal mereka belum tentu memerlukannya. Bagi Moon Dong Eun dan Kim Hye In ini merupakan kemewahan yang tidak pernah dirasai. Bahkan, mereka bersedia melakukan pelbagai kerja hanya untuk bertahan hidup.

Walaupun terdapat banyak persamaan, kedua-dua drama siri tersebut memiliki pesonanya masing-masing. Bagaimana dengan anda? Anda adalah peminat The Glory atau Bitch X Rich? Atau kedua-duanya sekali?

Baca lagi: 10 Fakta Yoo Jung Hoo, Pelakon “Bitch X Rich”

Baca juga: Bitch X Rich: 6 Sifat Negatif Kim Hye In