Home News Penyampai Radio Ai Pertama Di Malaysia, Aina Sabrina Kini Jadi Tumpuan

Penyampai Radio Ai Pertama Di Malaysia, Aina Sabrina Kini Jadi Tumpuan

0

Dunia dilihat semakin maju seiring dengan teknologi semasa. Banyak perkhidmatan yang dapat kita lihat menggunakan robot sebagai alat perantara. Contohnya seperti di kedai makan, terdapat pengusaha yang menggunakan khidmat robot sebagai penghantar makanan. Selain menjimatkan masa, ianya juga dapat menjimatkan tenaga manusia.

Baru-baru ini tular mengenai penyampai radio terbaharu yang diberi nama Aina Sabrina. Difahamkan, penyampai radio tersebut merupakan suatu inovatif yang dicipta oleh jurutera produksi Fly FM, dan dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas. Dia boleh mencipta dan mencampurkan muzik dalam masa nyata. Aina juga menawarkan cadangan muzik berdasarkan keutamaan individu.

“Dengan pengenalan Aina, kami amat teruja untuk memperkenalkan fasa baharu industri radio Malaysia, dan Aina adalah definisi untuk ini,” kata pengarah kandungan Fly FM, Sean Matjeraie.

radio1

Baca juga : Baru Debut Sebagai DJ Radio, V BTS Hangat Diperkatakan Oleh Kelab ARMY Yang Pekak

Lihat klip video di instagram FlyFm :

Lihat juga komen netizen :

@elizkhaliz : Kdg2 takut dgn teknologi camni. Ke arah kepelbagaian pilihan, aku sokong je. Cuma Pernah gak terfikir klu real life work pun dah bg AI, Apa jd dkt bdk2 yg sambung study. Yg kejar cita2.

@hehudahahadi : Nak promo tarikan terbaru la kan. Sbb org byk taknak dgr fly dah sbb kes haritu kan kan. Boringgg

@_snfrhna : Ada ke sesiapa rasa muka dia cam AI ni? nk tengok sikit..takut ada terinspirasi dari muka sesiapa ke.

@Aliya2005859 : Dah dengar pagi tadi dia sembang dengan morning crew. Impressive gila, macam manusia cuma agak lack of emotions gitu.

@ghostmrl666 : lepasni ai lebih berkuasa daripada manusia . we see hahaha !

@KenapaKauDegil : Pergh … Nice dj tanpa gaji

@helmi00390 : Habis lah org xde keje plok kekgi..ai je kerja..gaji murah.

@gunz0407 : Wow aina sabrina,mula2 tengok mcm x caya ada perempuan melayu lvl lawa mcm ni.
Sekali AI daaa

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram