Home Entertainment The Childe Meraih Box Office Korea, Rated 18

The Childe Meraih Box Office Korea, Rated 18

0

The Childe (2023), sebuah filem Korea R-18 yang dibintangi oleh Kim Seon Ho, Kang Tae Joo, Kim Kang Woo, dan Go Ara meraih tempat ketiga box office harian di Korea Selatan, pada hari Rabu, 21 Jun.

IMG 2537

Menurut Majlis Filem Korea (KOFIC), filem aksi noir itu menjual 64,918 tiket dan memperoleh kutipan sebanyak $485,057 daripada 966 tayangan pada hari pertama tayangannya. Termasuk tayangan pra-pembukaan, filem itu telah merekodkan 93,534 jumlah kemasukan dan kutipan kasar $631,021 setakat ini.

Spider-Man: Across The Spider-Verse (2023), yang dikeluarkan pada hari yang sama, mendapat tempat kedua dengan 70,801 kemasukan dan kutipan kasar $577,206. The Roundup: No Way Out (2023), yang telah melepasi 9 juta kemasukan sejak dikeluarkan pada 31 Mei, mengungguli box office harian dengan 82,541 penonton dan kutipan kasar $620,972.

Baca juga: The Childe – 7 Sebab Untuk Menonton Filem Korea Ini

The Childe (2023) ditayangkan pada 21 Jun di Korea Selatan, Taiwan dan Indonesia. Ia juga akan ditayangkan di Vietnam pada 23 Jun, di Singapura dan Malaysia pada 29 Jun, di Amerika Syarikat dan Kanada pada 30 Jun,  di Filipina pada 5 Julai, di Hongkong pada 13 Julai dan di Thailand pada 27 Julai.

IMG 2538

Filem berjudul The Childe sebelum ini dikenal dengan judul Sad Tropics. Dalam filem ini, Childe menjadi karakter utamanya. Filem ini menceritakan tentang watak misteri Childe dan pasukan asing yang lain yang memiliki tujuan berbeza, namun mereka sama-sama melakukan pemburuan terhadap Marco, iaitu seorang petinju yang melakukan perjalanan dari satu stadium ke stadium haram lain di Filipina.

Ia juga memaparkan kisah mengenai seorang petinju yang dilahirkan oleh ayahnya yang berasal dari Korea dan ibu yang berasal dari Filipina. Dia datang ke Korea untuk mencari ayahnya yang meninggalkannya.

Kemunculan Kim Seon-ho dalam filem The Childe, menjadi tanda debut filem buatnya, sekaligus comeback julung kalinya setelah lama menyepikan diri dari dunia seni.

IMG 2540

Membawa genre aksi, filem ini menjadi filem aksi pertama Kim Seon Ho. Dia berlakon sebagai Childe iaitu watak utama dalam filem The Childe.

The Childe

Rata-rata peminat filem Korea memang menantikan tayangan filem ini. Apakah yang membuatkan filem ini ditunggu-tunggu?

Memang ditunggu-tunggu, distributor untuk filem The Childe iaitu Next Entertainment World juga merupakan distributor filem Miracle in Cell No.7 dan Train to Busan.

Sumber: KOFIC

Baca lagi: 5 Filem Korea Bertemakan Jenayah Siber

Baca juga: 4 Filem Thriller Korea Tentang Misi Menyelamatkan Tebusan