Home Entertainment 8 Kdrama Tema Perubatan, Watak Utamanya Wanita

8 Kdrama Tema Perubatan, Watak Utamanya Wanita

0

Drama siri Korea yang bertemakan perubatan kini sedang mencuri perhatian ramai peminat dan penonton Kdrama. Contohnya seperti Doctor Cha yang mendapat rating tinggi pada setiap episodnya, serta drama siri popular Dr. Romantic 3.

Pada kebiasaannya watak sebagai doktor yang gigih dan tidak mudah menyerah kalah dalam Kdrama ditampilkan dan dilakonkan oleh pelakon lelaki. Watak-watak doktor lelaki yang hebat dan kadang kala diciptakan dengan karakter bebal dan buat-buat bodoh.

Namun, tahukah anda bahawa drama siri dengan pelakon utama wanita juga sangat menarik untuk ditonton? Doktor wanita mempunyai perwatakan dan aura menarik yang akan membuatkan para penonton takjub dan terpesona.

Berikut ini merupakan senarai Kdrama perubatan dengan pelakon utamanya adalah wanita. Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:

Kdrama tema perubatan

1. Dalam drama siri popular Doctor Cha (2023), seorang doktor pelatih yang sudah berusia dan membina keluarga secara tiba-tiba sangat bercita-cita meneruskan cita-citanya. Dibintangi Uhm Jung-hwa, Kim Byung-chul, Myung Se-bin, dan Min Woo-hyuk

b4339d64 5060 45e9 bdd8 497fe761ea08 12. Walaupun pada awalnya dia dipaksa oleh ibunya, Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) akhirnya menjadi seorang doktor yang hebat dalam drama siri Dr. Romantic 3 (2023)

8d1cf3e0 4289 44fc 9300 26473a2a9bc83. Kehebatan Park Jin Hee sebagai doktor dalam Industri kesihatan dan perubatan tidak perlu diragukan lagi. Dia turut direkrut ke dalam kumpulan detektif dalam drama siri Doctor Detective (2019)

Kdrama4. Merupakan satu-satunya wanita dalam kumpulannya dalam drama siri Hospital Playlist (2020), Jeong Mi Do sebagai Chae Song Hwa diingati hingga kini

abf5d207 9d53 440d a556 bfcec885d3be5. Dalam drama siri Hometown Cha Cha Cha (2021), Shin Min Ah berlakon sebagai doktor gigi yang membuka klinik di sebuah kampung

9c3bbd1d dcb2 45b8 b655 aed502a5ce856. Walaupun segalanya berlaku di atas sebuah kapal, kehebatan Ha Ji Won sebagai seorang doktor dalam drama siri Hospital Ship (2017) tetap luar biasa. Dia dan pasukannya telah menyelamatkan banyak nyawa

d664db59 4c7e 4aad bacd b3a659f3794d7. Jo Bo Ah membawa watak sebagai doktor pelatih bahagian bedah dalam drama siri Forest (2020). Dia juga mempunyai seorang teman lelaki yang bekerja di bahagian kecemasan 119

2ccbcb87 8ee0 4733 8953 36b8676088b28. Seorang gadis yang berjaya bertahan hidup selepas menjalani pembedahan kini menjadi seorang doktor dalam drama siri Heart Surgeons (2018). Hidupnya menjadi sukar kerana dia perlu menjaani pembedahan sekali lagi

Ternyata para doktor wanita juga kelihatan sangat hebat, menawan dan sangat profesional. Mereka sangat gigih dalam menjalankan tugas mereka. Drama siri medikal dengan pemilihan pelakon utama wanita ini memang sesuai untuk ditonton bagi mengisi masa lapang anda!

Baca lagi: 8 Kdrama Thriller seperti “My Perfect Stranger”, Wajib Tonton

Baca juga: 6 Kdrama Pendek Paling Menarik