Home Entertainment 10 Filem Thriller Korea Mencemaskan, Adaptasi Dari Novel

10 Filem Thriller Korea Mencemaskan, Adaptasi Dari Novel

0

Minat filem thriller? Selain drama siri, banyak juga filem Korea yang kisahnya diadaptasi dari novel terkenal

Tidak kiralah novel itu karya penulis yang berasal dari Korea sendiri ataupun karya penulis dari negara luar. Genre yang dibawa juga ada bermacam jenis, seperti romantik, melodrama, slice of life, dan juga thriller.

Jika anda adalah peminat genre thriller, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton beberapa buah filem Korea yang berikut ini kerana menampilkan kisah yang menarik dan berjaya membawa suasana cemas.

Bermula dari yang berlatarkan masa kini hingga era di mana Korea masih di bawah pemerintahan penjajah Jepun, jom sama-sama kita lihat senarai filem thriller Korea di bawah ini:

Filem thriller1. Unlocked (2023) adalah sebuah filem thriller yang mengisahkan aksi kejahatan melalui telefon pintar, diadaptasi dari novel Jepun Sumaho o Otoshita dake karya Akira Shiga

cb9c2283 74aa 47c4 b84e dae15390c7972. Christmas Carol (2022) diadaptasi dari novel karya Joo Won Kyu berjudul sama, mengisahkan tentang aksi balas dendam atas kematian saudara kembar

cbb42df6 870b 4331 8911 9f09494ce6fd3. Diadaptasi dari novel karya Kim Young Ha, Memoir of a Murderer (2017) menceritakan tentang seorang pembunuh bersiri yang menderita penyakit Alzheimer

638e9d06 5dd4 45c2 8392 ab73ff0cd1984. Beasts Clawing At Straws (2020) adalah sebuah filem thriller yang menceritakan tentang berbagai-bagai insiden karena sejumlah duit dalam sebuah beg, diadaptasi dari novel Jepun karya Keisuke Sone

920ef7ff c1ae 4be6 b9f9 df0c239217555. Golden Slumber (2018) diadaptasi dari novel Jepun berjudul sama karya Kotaro Isaka, mengisahkan tentang seorang penghantar bungkusan yang difitnah sebagai pembunuh

02d24678 6bd3 46e4 9c5c 64a8b0b53f866. The Handmaiden (2016) yang mengisahkan tentang aksi penipuan namun menyajikan plot twist yang mengejutkan. Filam ini diadaptasi dari novel Fingersmith karya Sarah Waters

74b61546 7e90 492d aaf1 96efad9d97497. Mengisahkan aksi polis dalam merungkai kes penculikan anak kecil, Limit (2022) diadaptasi dari novel karya Hisashi Nozawa berjudul Kiroi Jou

85fb4483 6f28 4337 b8cd 488ecaf547e08. Broken (2014) yang menceritakan tentang kisah balas dendam seorang ayah atas kematian anak perempuannya. Filem thriller ini berdasarkan novel Samayou Yaiba karya Keigo Higashino

85fb4483 6f28 4337 b8cd 488ecaf547e0 19. The Tooth and the Nail (2017) diadaptasi dari novel berjudul sama karya Bill S. Ballinger, menceritakan tentang misteri pembunuh di sebuah rumah agam

Baca lagi: 4 Filem Thriller Korea Tentang Misi Menyelamatkan Tebusan

240faf37 dc10 429c b5c8 a6e8db6856b610. Diadaptasi dari Sound of the Wind karya Mai Jia, Phantom (2023) mengisahkan tentang kepayahan 5 orang individu untuk melarikan diri setelah disyaki sebagai pengintip dan perisik. Dibintangi Sol Kyung-gu, Lee Hanee, Park So-dam, Park Hae-soo, and Seo Hyun-woo.

Filem adaptasi novel selalunya mempunyai daya tarikan tersendiri, bagi orang yang telah membaca novelnya terlebih dahulu, pasti perasaan ingin tahu membuak-buak semasa menonton filem-filem ini. Senarai filem thriller Korea adaptasi novel di atas juga menyajikan kisah yang menarik dan mencemaskan dan memang wajib masuk ke watchlist anda!

Baca lagi: 9 Kdrama dan Filem Korea Bakal Tayang Julai Ini
Baca juga: 8 Kdrama Thriller seperti “My Perfect Stranger”, Wajib Tonton