Home Entertainment 7 Villain Dalam Kdrama Bertemakan Survival

7 Villain Dalam Kdrama Bertemakan Survival

0

Kewujudan watak-watak jahat dalam sesebuah Kdrama siri memang sangat penting. Bayangkan sahaja jika tiada watak penjahat, maka jalan cerita akan terasa mendatar sahaja. Lebih-lebih lagi jika sesebuah Kdrama tersebut membawa genre aksi dan menegangkan.

Namun, dengan adanya watak penjahat dalam sesebuah Kdrama siri tentang bertahan hidup (survival), watak jahat itu akan terasa dua kali ganda lebih menegangkan dan terkadang membuat para penonton benar-benar sakit hati.

Semua orang sedang berjuang untuk bertahan hidup, tetapi ada pula manusia yang semakin membuat pelbagai masalah dengan melakukan kejahatan.

Berikut merupakan senarai beberapa orang villain yang berjaya membuat para penonton rasa terbakar emosi dalam Kdrama bertemakan survival. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini!

 

7fd7193a 6ac9 452b 82f9 f9649f502fb31. Dalam drama Duty After School (2023), semua pelajar bersusah payah bertahan hidup dari serangan makhluk asing Sfera, tapi Young Soo (Ahn Do Kyu) sanggup pula membunuh kawan-kawannya

08c55622 40cd 46b9 a7bd dd68f5e1d9652. Yoon Gwi Nam (Yoo In-soo) terus menerus mengejar dan membahayakan para pelajar di tengah-tengah serangan zombie dalam All of Us Are Dead (2022)

476ad219 7f90 49d1 bdce f2111b007b463. Siapa sangka dalam drama siri Squid Game (2021) watak lelaki tua Il Nam (Oh Young Soo) yang menjadi peserta merupakan penjahat yang sebenarnya

f1179301 341e 499e bac2 91ea730b2ea24. Andrew (Lee Joo Seung) selalu memakai topeng muka dan sangat pendiam. Ternyata dia adalah dalang di sebalik kes pembunuhan dalam drama siri Happiness (2021)

88f4711d d4f3 482b a25d ebe1505a8e125. Masyarakat sedang panik kerana kehadiran raksasa dari neraka dalam Kdrama Hellbound (2021), Lee Dong Wok (Kim Do Yoon) sebagai ketua arrowhead malah secara menggila melakukan hukuman sendiri

2859057f 33c9 4f04 8a99 1e136c0154866. Dalam Kdrama Black Knight (2023), masyarakat bertahan hidup dari pencemaran udara yang tercemar. Namun, Ryu Seok (Song Seung Heon) sanggup membunuh manusia demi kepentingannya sendiri

Kdrama7. Terdampar di sebuah pulau akibat tragedi kapal terbang, Choi Tae Ho (Choi Tae Joon) sanggup pula melakukan pembunuhan terhadap penumpang yang selamat dalam Missing 9 (2017)

Watak villain dalam beberapa drama siri survival yang tersenarai di atas memang telah berjaya membuat para penonton merasa kesal dan geram. Ada juga para peminat drama siri yang mencaci maki di sosial media para pelakonnya. Hasil lakonan yang berkesan sebagai penjahat, ramai penonton merasa benci dan sakit hati. Jangan terbawa-bawa dengan perasaan ya! Mereka hanyalah pelakon yang beraksi sesuai dengan watak yang diberikan.

Baca lagi: Rating 12 Kdrama Pada Minggu Ke-4 Jun 2023
Baca juga: 10 Filem Thriller Korea Mencemaskan, Adaptasi Dari Novel