Ban Ji Eum (Shin Hye-sun) merupakan watak utama dalam drama siri terbaru Netflix See You in My 19th Life, Ban Ji Eum adalah seorang gadis yang mempunyai kebolehan magikal.
Ban Ji Eum boleh mengingati semua kehidupan lampaunya. Dia mempunyai umur yang panjang tetapi dia perlu menjalani banyak kehidupan. Setiap kehidupan yang dilaluinya meninggalkan banyak memori suka dan duka.
Oleh kerana sudah dapat menikmati hidup dalam pelbagai zaman, gadis ini pada kehidupannya yang ke 19 menjadi sangat berbakat dan mempunyai ilmu pengetahuan tinggi yang membuatnya senang untuk berjaya pada usia muda.
Walaupun begitu, kehidupan sebagai Ban Ji Eum ternyata sama sekali bukannya mudah. Dia perlu menghadapi berbagai-bagai masalah dalam kehidupannya, bahkan sejak masih berusia kanak-kanak.
Apakah kisah sedih yang menyelubungi hidup Ban Ji Eum dalam See You in My 19th Life? Jom sama-sama kita lihat ulasan seperti berikut ini:
1. Mengingati semua kehidupannya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi Ban Ji Eum. Setiap masa dia membandingkan hidupnya yang sekarang dan di masa lampau
2. Lebih menyedihkan, ada banyak kenangan tragik di masa lalu yang sebenarnya ingin dilupakannya, tapi sayangnya dia tidak boleh meninggalkan semua kenangan pahit kerana dia selalu mengingatinya walaupun sudah beratus tahun berlalu
3. Dalam kehidupan yang baru, Ban Ji Eum lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dan sangat toksik. Ayahnya adalah seorang kaki mabuk dan kaki judi, ibunya melarikan diri, dan saudaranya juga toksik
4. Kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang keluarganya ini, Ban Ji Eum tidak mendapat hidup yang sempurna dan perlu bekerja sejak kecil
5. Sewaktu dewasa, dia memang boleh tinggal jauh dari keluarganya, tapi ternyata saudaranya kerap mengganggunya untuk meminta duit
6. Di antara semua masalah yang ada, masalah yang paling sedih yang perlu dihadapinya adalah kerinduan pada keluarga di kehidupannya yang ke-18
7. Kerana dia mati dan hidup semula terlalu cepat, dia bertemu keluarganya di masa lalu. Namun, dia hanya boleh melihat mereka dari kejauhan
Walaupun hidupnya menghadapi banyak kesusahan, Ban Ji Eum tidak pernah patah semangat. Watak utama drama siri See You in My 19th Life ini selalu menjalani hari-harinya dengan ceria dan kerja kuat. Minda dan sikap positifnya ini sangat sesuai untuk dijadikan teladan dalam kehidupan nyata.