Home Entertainment 7 Filem Misteri Netflix, Penuh Teka-Teki Pembunuhan

7 Filem Misteri Netflix, Penuh Teka-Teki Pembunuhan

0

Filem Original Netflix merupakan filem yang diterbitkan oleh Netflix sendiri dan hak distribusi dipegang eksklusif oleh platform ini. Ada bermacam genre tayangan original yang boleh anda saksikan.

Bermula dari drama, romantik, seram hingga misteri. Buat anda yang menyukai filem yang penuh teka-teki dan sarat dengan babak mencemaskan, berikut ini adalah 7 buah filem misteri Original Netflix yang wajib anda tonton, jom sama-sama kita lihat:

1. Murder Mystery (2019)

NetflixFilem komedi misteri ini diarahkan oleh Kyle Newacheck. Menceritakan tentang pasangan suami isteri, Nick Spitz dan Audrey Spitz, dibintangi oleh Adam Sandler dan Jennifer Aniston yang menghabiskan percutian di atas kapal persiaran mewah di Eropah. Di sana, Nick dan Audrey bertemu dengan jutawan kaya raya yang mengundang mereka. Namun, di tengah-tengah keseronokan dan majlis keluarga jutawan tersebut, tuan kapal misteri tersebut tiba-tiba dibunuh. Nick dan Audrey terjebak dalam pembunuhan itu dan dengan cepat menjadi suspek utama. Mereka berusaha membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dan mencari pembunuh sebenar.

2. Enola Holmes (2020)

a41b465d 2012 4c93 9ecd bed0830dee7aFilem pengembaraan misteri ini diarahkan oleh Harry Bradbeer berdasarkan novel berjudul sama karya Nancy Springer. Ceritanya berkisar tentang Enola Holmes, adik perempuan detektif ternama Sherlock Holmes. Pada hari lahirmya yang ke-16, Enola mendapati ibunya, Eudoria Holmes menghilang secara misteri.

Enola memutuskan untuk mencari ibunya dan memecahkan misteri di balik kehilangannya. Dengan kepintaran dan keterampilan detektif yang diajar oleh abangnya, Enola menemui petunjuk-petunjuk yang mengarah kepada konspirasi politik yang lebih besar. Di tengah-tengah pencarian itu pula, Enola bertemu dengan Tewkesbury, seorang anak bangsawan muda yang juga berusaha melarikan diri dari bahaya.

3. 7 Woman and a Murder (2022)

28b512f6 33c8 446d aa52 43b1ff786949Filem komedi misteri Itali ini diarahkan oleh Alessandro Genovesi. Berdasarkan naskah drama Huit femmes oleh Robert Thomas. Filem ini berlatarkan malam Krismas di sebuah rumah besar di Itali. Ketua keluarga, Marcello, ditemui mati ditikam dari belakang. Yang hadir pada waktu itu adalah isterinya, ibunya, ibu saudaranya, saudara perempuannya, anak perempuannya, cucunya, dan pembantunya. Semua wanita itu menjadi suspek, dan mereka masing-masing mempunyai motif yang kuat atas kematian Marcello.

4. The Pale Blue Eye (2023)

711dc0ed a654 4584 b23c 13e0d178d2aaThe Pale Blue Eye merupakan filem thriller misteri yang ditulis dan diarahkan oleh Scott Cooper. Filem ini diadaptasi dari novel tahun 2006 dengan tajuk yang sama karya Louis Bayard. Berlatarkan tahun 1830 di West Point, New York.

Ceritanya mengenai veteran detektif, Augustus Landor yang diminta untuk menyiasat pembunuhan bersiri di Akademi Tentera Amerika Syarikat. Landor meminta bantuan Edgar Allan Poe, seorang tentera muda. Kedua-duanya bekerja sama untuk mencari pembunuh sebenar secepat mungkin sebelum mangsa lain dibunuh.

5. Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022)

da7c9126 07c5 4bc6 966f bdf9acbd51a7Filem yang diarahkan oleh Rian Johnson ini merupakan sekuel Knives Out (2019), walaupun ceritanya tidak berkaitan. Kisahnya tentang Benoit Blanc, detektif terulung yang sedang menangani kes yang melibatkan jutawan teknologi Miles Bron dan rakan-rakan rapatnya. Mereka diundang oleh Miles untuk mengunjungi pulau peribadi miliknya di Greece. Salah seorang dari mereka mati dibunuh. Suasana panik terjadi. Masing-masing menyimpan curiga pada yang lain. Sewaktu Blanc menyoal siasat para suspek, dia mula mengungkap jaringan rahsia dan pembohongan.

6. Luther: The Fallen Sun (2023)

0e684e1a 34b5 47e0 8ffb 770a68afa0b1Luther: The Fallen Sun merupakan filem misteri jenayah arahan pengarah Jamie Payne. Menceritakan tentang seorang detektif John Luther yang kehilangan reputasi dan dipenjara. Suatu hari terjadi kes pembunuhan bersiri. Luther tidak boleh menahan naluri detektifnya. Dia nekad untuk melarikam diri dari penjara dan menjadi buruan polis. Luther kini bertekad akan menangkap pembunuh tersebut.

7. Brazen (2022)

33663f97 2683 44c3 9197 b62ae65a8cabBrazen merupakan filem misteri thriller arahan pengarah Monika Mitchell. Filem ini diadaptasi dari novel berjudul Brazen Virtue tahun 1988 karya Nora Roberts. Menceritakan tentang Grace Miller, penulis novel misteri yang memiliki naluri kuat tentang motif. Kini, dia perlu menggunakan kepakarannya itu untuk membantu merungkai kes pembunuhan terhadap adiknya.

Tujuh filem misteri Netflix yang tersenarai di atas menampilkan jalan cerita yang sukar untuk diteka, penuh kejutan dan persoalan yang rumit. Filem Netflix manakah yang belum anda tonton? Jom! Cepta-cepat tonton dan rasakan ketegangan dalam setiap misteri yang mendebarkan!

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru Bakal Tayang di Netflix
Baca juga: 5 filem Original Netflix terbaru tayang Julai ini