Yoona SNSD dan Junho 2PM dikhabarkan kini sedang hangat bercinta!
Gosip mengejutkan ini membuatkan netizen dan peminat seluruh dunia heboh kerana kedua-duanya sering berinteraksi di masa lalu sewaktu menghadiri berbagai-bagai variety show. Sayangnya, agensi telah membantah khabar angin tersebut dengan menyatakan bahwa mereka hanya berkawan baik.
Sebelum ini, Junho juga pernah mengaku bahawa dia menyukai Yoona. di program Star Golden Bell Idol pada tahun 2009. Yoona yang mendengar pengakuannya kelihatan tersipu malu waktu itu.
Selain Junho, beberapa orang artis Korea lain juga pernah memilih Yoona sebagai jenis pasangan ideal buat mereka. Namun, Junho dianggap beruntung kerana dia memang rapat dengan Yoona sebagai kawan dan rakan sekerja.
Jom sama-sama kita lihat senarai artis lelaki Korea yang menyukai Idol kesayangan ramai ini:
1. Junho 2PM pernah menyatakan secara langsung bahawa dia menyukai Im Yoon-ah yang menurutnya seorang gadis yang pandai dan tahu cara untuk membuat suasana variety show menjadi lucu
2. Lee Seung Gi konsisten menyebut Yoona sebagai gadis idealnya selama 3 tahun. Dia bahkan pernah menjalin hubungan cinta dengan Im Yoon-ah, tapi putus di tengah jalan kerana kesibukan masing-masing
3. Leeteuk Super Junior pernah mengakui bahawa Im Yoon-ah cukup sesuai dengan dengan jenis wanita ideal idamannya. Mereka juga dikenali turut berkawan rapat
4. Sewaktu disuruh untuk memilih antara Bae Suzy dengan Im Yoon-ah sebagai artis yang sesuai dengan jenis wanita idealnya, Kyuhyun Super Junior terus memilih Im Yoon-ah
5. G-Dragon BIGBANG memilih Yoon-ah sebagai gadis yang menepati cita rasanya. Dia juga pernah mengirim pesanan video di Strong Heart yang menyatakan bahawa dia menyukai Yoon-ah
6. Nickhun 2PM pernah mengakui bahawa Yoon-ah merupakan idol yang sesuai dengan jenis gadis idamannya
7. Chansung 2PM dulu juga menyatakan dengan nada gurauan bahawa menurutnya Yoon-ah akan sesuai dan sempurna jika bersamanya
8. Dongwoon Highlight memilih Yoon-ah sebagai gadis idamannya, kerana dia terpesona sewaktu melihat Yoona begitu cantik tanpa riasan wajah pada pagi hari
9. Junhyung bekas anggota kumpulan Highlight juga pernah melihat rupa menawan Yoon-ah tanpa riasan dan solekan. Dia mengakui bahawa Yoon-ah cantik dan memilihnya sebagai gadis idaman
10. Gongchan B1A4 sangat memuja Yoon-ah. Dia bahkan pernah hadir di acara yang diadakan SNSD sebagai peminat tegar kerana ingin melihat Yoon-ah
11. Johnny NCT menyukai Yoona sejak dia berpindah ke Korea Selatan, tepatnya pada tahun 2008. Yoona adalah artis Korea pertama yang membuatnya kagum
12. Seo In Guk mengagumi keperibadian Yoona yang baik dan santai, serta memilihnya sebagai gadis idaman. Mereka pernah digosipkan menjalin hubungan cinta, tapi kedua-duanya menyangkal khabar angin tersebut
Yoona memang terkenal sebagai seorang artis yang mempunyai sikap yang baik dan paras rupa yang menawan. Tidak hairanlah jika ramai yang menyukainya, termasuk Junho 2PM.