Home Artis Korea Artis-artis Korea ini saling bermusuhan, sukar berdamai

Artis-artis Korea ini saling bermusuhan, sukar berdamai

0

Artis Korea tidak lari dari terlibat dengan konflik ataupun masalah yang besar malah kadang kala tidak mudah untuk diselesaikan dalam menjalin hubungan persahabatan. Perbezaan pendapat dan keinginan individu menjadi penyebab utamanya. Setidak-tidaknya, perkata itulah yang pernah memicu permusuhan di antara para artis Korea Selatan.

Beberapa orang artis Korea berikut ini bermusuhan kerana sukar untuk menemui jalan keluar ataupun penyelesaian agar boleh berdamai. Kedua-dua pihak mempunyai pendapat masing-masing, jadi masalah mereka menyebabkan perdebatan di kalangan orang ramai yang mengetahuinya.

Jom sama-sama kita lihat ulasan ini untuk mengetahui cerita lengkapnya mengapa para artis Korea ini bersengketa!

1. Jiyoung BOL4 dan Jiyoon

Artis koreaJiyoon tarik diri dari BOL4 pada tahun 2020 menimbulkan banyak spekulasi berkaitan permusuhannya dengan rakan kumpulannya iaitu Jiyoung. Spekulasi itu semakin meyakinkan setelah Jiyoon melancarkan muzik solonya yang dianggap menyinggung Jiyoung. Jiyoung sempat memberi respon, menyatakan bahawa dia berhenti mengikuti akauan Instagram Jiyoon kerana merasa lagu itu ditujukan secara khusus untuknya.

Jiyoon yang merasa dituduh menyasarkan Jiyoung telah menyangkal dakwaan tersebut melalui sebuah hantaran Instagram Story nya. Dia menyatakan bahawa dia meninggalkan BOL4 kerana bimbang terhadap karier masa depannya. Dia sebetulnya ingin keluar setelah menyelesaikan konsert BOL4, tetapi Jiyoung seolah-olah ingin berpisah dengannya lebih cepat. Perkara itu membuatnya tarik diri lebih awal.

Jiyoon juga menyatakan bahawa lagu solonya bukan ditujukan untuk menyindir Jiyoung. Lagu itu sudah dibuatnya selama beberapa tahun lalu. Kes ini mendapat berbagai-bagai respon dari orang ramai. Ramai yang beranggapan bahawa hubungan dua artis Korea ini semakin buruk kerana Jiyoon diperlakukan dengan tidak adil oleh agensinya dan Jiyoung.

Tidak lama kemudian, Jiyoung membalas pernyataan itu dengan menjelaskan cerita dari perspektifnya di Instagram Story. Dia mengakui bahawa dia memang meminta Jiyoon tarik diri lebih awal kerana merasa sukar untuk mempromosikan album sebagai duo tanpa adanya perasaan yang tulus. Jiyoon juga menyetujui pendapatnya. Jiyoung meminta Jiyoon menyelesaikan masalah berdua sahaja tanpa menyebarkannya kepada orang ramai.

2. PSY dan Kim Jang Hoon

8f6446fa 23c6 4288 9f14 01904a6a8cf3Dua artis Korea PSY dan Kim Jang Hoon dikenali berkawan rapat. Sampai akhirnya, permusuhan keduanya dihidu oleh orang ramai pada tahun 2004 sewaktu Kim Jang Hoon menuduh PSY menciplak idea untuk konsertnya. Mereka bermusuhan selama 2 tahun, hingga akhirnya berbaik semula pada tahun 2017.

Pada tahun 2009, kedua-duanya menjadi duo dan aktif dengan tour konsert bertajuk One Touch. Namun, Kim Jang Hoon menghentikan konsert itu kerana kembali terlibat masalah dengan PSY. Mereka terlibat konfrontasi secara fizikal atas masalah yang sama seperti sebelumnya, plagiarisme konsert.

Pada tahun 2012, Kim Jang Hoon kembali menyindir PSY di hantaran me2day yang mengisyaratkan keinginannya bunuh diri kerana pengkhianatan seorang kawan. Setelah itu, dia dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan psikologi. PSY juga mengunjunginya waktu itu, bahkan mereka berbual selama lebih dari 8 jam hingga menghasilkan suasana yang damai.

Melalui program Win Win pada tahun 2012, Kim Jang Hoon menyatakan bahawa masalahnya dengan PSY sudah selesai. Dia mengaku menyesali perbuatannya yang melibatkan media hanya kerana masalah peribadi dengan PSY. Dia menyesal tidak berdamai dengan PSY lebih awal dan membuat masalah mereka berlarutan.

3. Heeseok dan ahli kumpulan LIMITLESS lain

816ad95d b645 4ebc 9b1d b48fcb551678Pada tahun 2020, Heeseok menyatakan melalui Instagram peribadinya, bahawa dia keluar dari LIMITLESS kerana tidak sanggup lagi menahan penderitaannya. Dia mengalami masalah kemurungan yang teruk, gangguan anxiety, gangguan panik, dan pernah mencuba untuk bunuh diri. Ini semua terjadi kerana masalahnya dengan agensi dan rakan kumpulannya sejak awal debut.

Heeseok merasa sering disisihkan dan sering jadi mangsa serangan verbal dari anggota kumpulan LIMITLESS lain. Beban fikirannya makin besar kerana sukar memperbaiki hubungan itu dengan rakan kumpulannya. Dia sudah memberi tahu CEO agensi tentang masalah dan kesukarannya. Namun, CEO itu seolah-olah menutup mata dan menyuruhnya memahami tindakan anggota lain hanya kerana perkara itu sudah biasa mereka lakukan.

Heeseok meminta untuk menamatkan kontrak, tapi CEO agensi lebih menyukarkan keadaan. Dia diminta untuk menunggu, tetapi penamatan kontrak itu tidak juga ditangani. CEO agensinya mengadu domba mengenainya kepada ibu bapanya sewaktu berbincang masalah kontrak. Perkara ini yang membuatnya makin tertekan, bahkan perlahan-lahan merasa kehilangan identiti dirinya sendiri. Dia makin sakit hati kerana CEO mengeluarkan kenyataan yang menyatakan hantarannya di media sosial tentang keinginan untuk menarik diri dari LIMITLESS itu tidak benar.

Selepas kenyataan dari Heeseok itu viral, ONO Entertainment akhirnya bersedia untuk mengakhiri kontrak dengan Heeseok. ONO Entertainment juga menyebut bahawa beberapa aspek dari hantaran itu agak berbeza dari kenyataan yang sebenarnya. Namun, agensi mengaku tidak boleh berkongsi alasan sebenarnya yang membuat Heeseok ingin menarik diri kerana ianya adalah perkara yang terlalu peribadi mengenai artis itu.

4. Baek Ji Young dan Seo In Young

6f6af0bb 6c85 4166 96bd 8f4ff6219901Dalam program Strong Heart pada tahun 2013, Baek Ji Young mengaku pernah membenci Seo In Young pada masa lalu. Solois ini tidak menyukai Seo In Young yang baginya mengada-ngada dan selalu acah-acah cute dengan cara berlebihan dan mempunyai postur tubuh seperti patung Barbie. Namun, dia akhirnya menyedari bahawa Seo In Young bukanlah orang yang teruk sewaktu berbual dengannya.

Ada juga kejadian di mana Baek Ji Young membuat artis yang dulu dibencinya itu menangis. Seo In Young datang ke ruang menunggu Baek Ji Young untuk berborak dengan Lyn. Baek Ji Young yang tidak menyukai perkara tersebut dan meminta Seo In Young keluar dan berhenti berborak dan melepak di ruangannya. Seo In Young akhirnya meminta maaf dan berjanji akan berborak-borak di luar sahaja. Selepas kejadian itu, Baek Ji Young mendapat maklumat dari pengurusnya bahwa Seo In Young sebetulnya menangis selepas keluar dari bilik menunggunya.

Baek Ji Young mengaku bahawa dia sebenarnya sangat tertekan pada masa itu kerana keadaan vokalnya yang buruk. Dia menjadi mudah marah hingga tanpa sedar melukai perasaan Seo In Young. Nasib baik, Seo In Young mendekatinya dahulu di sebuah majlis selepas kejadian itu. Seo In Young meminta Baek Ji Young untuk menyukainya. Baek Ji Young merasa malu atas tindakannya sebagai senior, lalu berjanji akan melayan juniornya itu dengan baik.

5. Park Hyun Ho dan ahli kumpulan Topp Dogg lain

7e388a9d 92ff 46a7 8815 864caab5fbb7Melalui konten Idol Olympics pada tahun 2020 di YouTube, Park Hyun Ho mengaku pernah mengalami trauma akibat buli. Waktu dia memutuskan ingin menarik diri dan berbincang dengan ahl kumpulan Topp Dogg, reaksi mereka membuatnya sakit hati. Salah seorang ahli kumpulan bertanya siapakah saja yang setuju dengan kemahuan Hyunho untuk keluar, lalu mereka semua mengangkat tangan tanpa terkecuali.

Park Hyun Ho juga menyatakan bahawa dia merasa seolah-olah ahli kumpulan Topp Dogg selalu membawa masalah. Beberapa masalah seperti perbezaan populariti kadang-kadang menjadi penyebab pertengkaran hingga keakraban di antara mereka terjejas. Hyunho berfikir bahawa dia tidak mempunyai masalah jika seseorang ahli kumpulan mungkin lebih popular darinya. Baginya, setiap perhatian dan populariti yang diraih oleh siapa pun adalah perkara yang bagus untuk kumpulan mereka.

Kenyataannya yang viral itu membuatkan Star Road Entertainment selaku agensi Sanggyun yang waktu itu masih melakukan promosi bersama JBJ95 perlu memberikan kenyataan yang lebih terperinci. Menurut agensi itu, mereka sudah menyiasat masalah tersebut dengan lebih jauh dan sampai pada kesimpulan bahawa apa yang dikatakan oleh Park Hyun Ho berbeza dari kenyataan sebenarnya.

Agensi juga sudah meminta pihak YouTube untuk menurunkan video berupa fitnah itu, hingga akhirnya disetujui. Pihak agensi mengatakan bahawa mereka tidak akan memberi toleransi terhadap sebarang kenyataan yang akan mencermar nama baik artisnya dalam bentuk apa pun.

Masalah dalam hubungan persahabatan memang tidak mudah untuk dihadapi, jadi cukup wajar jika artis-artis Korea ini merasakan amat sukar untuk menemui cara untuk berdamai. Masalah para artis Korea ini juga sudah tersebar luas di kalangan media dan para peminat yang berakhir dengan masing-masing berdebat dalam memilih pihak yang benar menurut pandangan masing-masing.

Baca lagi: Filem Aksi “Revolver” Menyatukan 3 Bintang Ini
Baca juga: “King the Land’, menduduki No.1 dalam siri bukan Inggeris yang paling banyak ditonton