Cheon Sa Rang (Im Yoon-ah SNSD) dalam drama siri King the Land dikisahkan bekerja di sebuah hotel yang dia impikan sejak kecil lagi.
Saat menjalani kerjayanya sebagai hotelier, Cheon Sa Rang menunjukkan cara kerja yang sangat baik, hingga ketua-ketuanya di hotel tersebut begitu menyukainya.
Pada awalnya, jawatannya di hotel tersebut hanyalah sebagai seorang pekerja biasa. Namun, setelah beberapa tahun kemudian, dia berjaya mendapat satu jawatan yang lebih tinggi. Dia bahkan ditempatkan di bahagian perkhidmatan tetamu kelas atasan (VVIP) di King Hotel yang diberi nama King the Land.
Bagaimanakah perjalanan karier Cheon Sa Rang hingga dapat mencapai jawatan yang sebelum ini tidak pernah disangka-sangka olehnya? Jom sama-sama kita lihat, fakta perjalanan karier Cheon Sa Rang seperti berikut ini!
1. Cheon Sa Rang pada awalnya memohon kerja di King The Land hanya bermodalkan niat dan tekad yang kuat sahaja. Semuanya adalah kerana kelayakan pendidikannya yang rendah
2. Namun, secara tidak sengaja namanya lulus ke tahap proses temuduga. Semuanya terpikat dengan senyumannya tulus dan sikapnya yang baik, makan Cheon Sa Rang akhirnya lulus temuduga dan mendapat pekerjaan yang diidamkan
3. Pada awalnya, Cheon Sa Rang hanya bekerja sebagai pekerja biasa. Dia turut ditugaskan untuk membersihkan setiap bahagian di ruangan hotel
4. Namun, hasil kemampuannya yang sangat baik dalam mempelajari prosedur, Cheon Sa Rang akhirnya di tempatkan di lobi hotel
5. Sewaktu bekerja di lobi, dia menunjukkan semangat yang luar biasa dan sangat ramah terhadap semua tetamu. Dia seringkali mendapat gelaran sebagai pekerja terbaik
6. Sewaktu melakukan video promosi syarikat, Cheon Sa Rang juga mampu menjalankan tugasnya dengan baik hingga membuat pemilik hotel terkesan dan menyukainya
7. Melihat prestasi kerja Cheon Sa Rang yang sangat baik, akhirnya pemilik hotel menempatkannya di bahagian paling atas untuk service pelanggan kelas atasan (VVIP), King the Land
Tidaklah mudah bagi Cheon Sa Rang mencapai posisinya sekarang. Cheon Sa Rang selalu menghadapi berbagai-bagai kesukaran dan masalah yang ditimbulkan oleh para tetamu yang datang ke hotel. Namun, Cheon Sa Rang tetap sabar menghadapi mereka mengikut aturan dan prosedur hotel. Pasti dengan jawatannya yang sekarang, Cheon Sa Rang akan mendapat ujian yang lebih berat bukan?